[16] : Let Begin The Game.

2.9K 147 2
                                    

Jin mengetuk meja perlahan mengunakan jarinya. Sambil tu dia mengerling ke arah jam yang tergantung di dinding hadapan kelas. Dia tak sabar nak tunggu loceng waktu tamat persekolahan berbunyi. Bukan apa, dia dah tak sanggup nak duduk sebelah Hani. Walaupun ada jarak antara mejanya dengan meja Hani tapi dia tetap tak selesa. Hani daritadi lagi memanggil manggil namanya. Entah apa yang dia nak, Jin pun tak tahu.

"Psst.. Jinnie," panggil Hani perlahan. Jin mengeluh. Dia mengerling Hani sekilas lalu menghadiahkan jelingan tajam.

"Jinnie, sombong you sekarang eoh..?" Rengek Hani sambil menarik muka masam.

Jin buat tak endah je dengan Hani. Jin merenung jam dinding, mengira waktu untuk loceng tamat waktu sekolah berdering. Makin lama makin rimas pula Jin dengan Hani ni. Bukannya Jin tak perasan, Hani pandang dia lain macam. Rimas tahu tak.

Jin tak perlu tunggu lama, bila loceng tamat waktu persekolahan kedengaran nyaring(?) di kawasan persekitaran sekolah. Jin bingkas bangun dan berlalu keluar. Panggilan dari Hani pun dia buat tak dengar sahaja.

"Jinnie! You nak pergi mana?!" Panggil Hani sambil mengejar langkah Jin. Mujurlah laluan di koridor tu agak sesak, Jin tak dapat lari jauh. Hani terus mendekati Jin lalu memeluk lengan sasa Jin.

"You nak pergi mana?" Tanya Hani gedik.

Jin mendengus kasar. Tangannya ditarik dari pegangan Hani. "Kau nak apa ha?"

"I nak you.." kata Hani sambil mencapai lengan sasa milik Jin semula tapi Jin lebih tangkas mengelak. Jin meredah kesesakan di koridor. Hani masih tak puas hati, dia turut mengikut langkah Jin sampai ke dataran sekolah. Dari jauh Hani boleh nampak Laura bersama kawan baiknya berbual sambil memandang ke arah Jin.

"Let's start the game!" Kata Hani sendirian dengan senyuman sinis. Langkahnya dilajukan, mengejar langkah Jin. Lalu dia memeluk Jin dari belakang.

Jin tersentak. Bulat matanya merenung Laura dan Aeri yang sedang memandang ke arahnya. Dia dapat lihat, Aeri seperti berkata sesuatu pada Laura dan Laura menggengam penumbuk kecilnya.

"Laura.." Jin menyebut nama Laura perlahan sambil kepalanya menggeleng, memberitahu yang dia tak bersalah. Tangannya menarik narik tangan Hani, cuba melepaskan tangan Hani dari tubuhnya.

Laura tak perlu tunggu lama bila air matanya dah menitik di pipi. Cepat cepat Laura berjalan, meninggalkan tempat tu. Tak sanggup lagi dia nak tengok semua tu.

"Laura!!" Panggil Jin kuat, berharap yang Laura akan mendengar dan berhenti.

"Lepaslah sial! Kau nak apa lagi hah Hani?!" Jin merentap tangan Hani dari tubuhnya kasar. Hani yang tersenyum jahat dipandang meluat.

"I nak you balik, Jin.." kata Hani.

"Jangan mimpilah! Aku dah ada Laura," kata Jin pula.

"Huh.. Jin, you tak rindu I ke?" Hani mengusap lengan Jin perlahan, cuba menggoda Jin.

Jin menepis tangan Hani lalu dia berpaling, meninggalkan Hani di situ. Makin lama dia di situ makin menjadi jadi si Hani tu. Sekarang ni, dia nak cari Laura. Tapi kat mana? Memang tak lah Laura nak balik rumah omma Jung/Kim dengan keadaan macam ni.

Hani senyum sinis melihatkan Jin yang dah menjauh. "Ni baru permulaan, Jin.."

LAURA POV

Lepas aku nampak kejadian tadi, terus aku lari dari sekolah. Aku sendiri tak tahu aku ke mana. Aku hanya ikut ke mana kaki aku melangkah.

Aku terduduk dekat bustop. Airmata ni dari tadi tak nak berhenti. Sakit hati aku tengok Jin dengan perempuan tadi. Siapa sangka, rupanya Jin ada perempuan lain. Siap berpeluk bagai. Bila ada texi berhenti depan bustop, cepat cepat aku naik.

"Nak ke mana?" Tanya ahjussi tu.

"Pergi Han River ye ahjussi," kata aku dengan esakkan perlahan. Aku nampak ahjussi tu mengangguk dan tersenyum tipis. Maybe dia dah biasa hadap penumpang yang macam aku ni.

# Skip #

Aku tarik nafas dalam dalam sebelum menghela perlahan. Tenang lah juga dekat sini. Phone aku yang berbunyi daritadi aku buat tak dengar je. Kalau ikutkan hati nak je aku baling iphone 5 aku ni dalam sungai. Ughh -.-

"Laura.." sapa seseorang dari tepi sambil pegang bahu aku. Aku cepat cepat menoleh.

"Aeri? Mana kau tahu aku dekat sini?" Tanya aku terkejut

End Pov
------------------
No one pov

"Aku follow kau. Kau okey?" Tanya Aeri. Laura hanya mengangguk. Aeri menarik tangan Laura, menyuruh Laura duduk di bangku.

"Kau tak nak balik ke, Ra?" Tanya Aeri lagi.

Laura mengeluh perlahan. "Aku tak sanggup nak tengok muka Jin oppa. Hati aku sakit.."

"Baliklah, Laura. Jin oppa cari kau. Kau balik lah ye? Dengarlah dulu penjelasan dia," kata Aeri.

"Penjelasan apa? Dah terang lagi bersuluh dia dengan yeoja tu berpeluk. Bukan main suka lagi yeoja tu," kata Laura mendengus geram.

"Kadang kadang apa yang kita lihat tak sama dengan apa yang sebenarnya. Mungkin pada pandangan kau, Jin berpeluk dengan yeoja tu. Tapi pada pandangan aku, yeoja tu yang peluk Jin.." kata Aeri.

"Sama je lah, Aeri." Laura mengeluh.

"Ani. Masa kau pergi tu, sempat aku tengok Jin rentap tangan yeoja tu kasar. Lepastu Jin tengking yeoja tu. Aku tak rasa Jin curang dengan kau. Maybe tu helah yeoja tu, nak rosakkan rumah tangga kau?" Kata Aeri membuatkan Laura terdiam sekejap.

"Aeri, hantar aku balik." Kata Laura bingkas bangun. Aeri memandang Laura pelik. Namun dia turutkan juga permintaan Laura. Memang dia yang memujuk Laura untuk balik.

--------------

Aeri hantar Laura di rumah Keluarga Kim. Entah kenapa dia nak datang rumah keluarga kim. Sepatutnya dia balik rumah eomma dan appa seperti yang dirancang dulu..

"Hye, Laura. Baru balik?" Sapa Tae yang tengah tengok tv.

Laura hanya mengangguk. "Jin oppa dah balik?"

"Belum." Jawab Tae ringkas.

Laura menarik nafas sebelum meminta diri untuk naik ke bilik. Sementara Jin belum balik, Laura masuk ke bilik air untuk bersihkan diri.

Mian pendek and bosan. Takde idea wehhhh T__T

Highschool Marriage + K.S.J ✔Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ