[24] : End

3.2K 189 14
                                    

Hani ketawa dengan rancangan jahatnya. Dia akan memiliki Jin tak lama lagi. Laura yang teresak esak menangis dijeling meluat.

"Eh kau boleh diam tak?! Memekak jee," Hani menunjal kepala Laura.

"Yaa! Apa laa main kepala. Tak elok." marah Jimin.

"Did i look like i care?" Hani tersenyum sinis sebelum berlalu pergi.

"Laura okey?" Jimin mendekati Laura. Pipi Laura yang basah dengan airmata dia seka.

"Uljima..." bisik Jimin perlahan.

"Gomawo, Jimin Oppa." Ucap Laura dengan esakan yang masih bersisa.

"Eung. Oppa keluar dulu." Jimin bingkas bangun dan berlalu pergi. Meninggalkan Laura sendirian di situ.

20 minit kemudian, Jin tiba di kilang lama yang dikatakan Jimin tadi. Dia menarik nafas dalam dalam sebelum menghelanya perlahan, cuba menenangkan hati. Dia tak boleh nampak terlalu takut di hadapan Hani.

Jin melangkah masuk ke dalam kilang, dilihatnya Hani bersama Jimin dan Laura terduduk lemah di antara mereka berdua. Di kiri dan kanan Jin berdirinya orang orang suruhan Hani.

"Aku dah sampai. Lepaskan Laura." Kata Jin.

"Huh, kau ingat semudah tu aku nak lepaskan perempuan ni?" Hani tersenyum sinis.

"Kau nak apa lagi hah, Hani!?"

"Aku nak kau! Aku sayang kau, Jin!"

"Sayang? Heh kalau sayang kau tak akan curang belakang aku lah, Hani! Perempuan jenis apa kau ni? Kau dah buang aku lepastu kau nak aku balik? Jangan buat lawak lah." Jin merenung Hani dengan pandangan jijik.

"Sampai hati kau cakap aku macam tu, Jin. Kau tak sayang aku ke?" Hani berdrama -.-

"Sayang aku hanya untuk Laura sorang je." Balas Jin.

Hani mengetap bibir geram. Dia memberi isyarat kepada orang suruhannya untuk menangkap Jin. Dan serentak dengan itu dua orang orang suruhan Hani memegang tangan Jin dan menolak Jin jatuh melutut. Hani berjalan mendekati Jin.

"Kau milik aku Jin. Aku sayang kau!" Hani menampar muka Jin. "Kenapa susah sangat kau nak faham yang aku sayangkan kau?"

"Kalau aku cakap aku tak sayang kau, aku tak sayang lah. Yang kau tak faham bahasa sangat kenapa?"

"Sebab sampai mati sayang aku pada kau takkan hilang! Baro, belasah dia!" orang suruhan Hani yang bernama Baro terus menumbuk muka Jin diikuti dengan yang lain. Jin tak mengalah, dia membalas semua serangan yang dibuat oleh orang orang suruhan Hani. Seorang demi seorang orang suruhan Hani tumbang. Jin mengesat darah dihujung bibirnya sebelum menyambung semula aktiviti tumbuk menumbuk.

Hani hampir terbeliak melihat orang orang suruhannya tumpas di tangan Jin. Hani menarik Laura berdiri lalu pistol diacu di tepi kepala Laura.

"Jin!! Kalau kau nak nyawa Laura selamat, kau berhenti!" ucap Hani kuat, membuatkan Jin yang sedang berlawan terus berpaling ke arahnya.

"Laura!!" Jerit Jin tak percaya dengan apa yang dilihatnya.

"Kau buat apa ni, Hani!?" Tengking Jimin. Sungguh dia tak menyangka yang Hani mempunyai pistol.

"Kau diam!! Aku nak bunuh perempuan tak guna ni. Dia perampas!!" Hani ketawa sinis. Belum sempat dia nak menarik pucung(?) Pistol, Jimin menolak Hani jatuh terduduk. Tubuh Laura yang lemah segera dia papah.

"Laura! Dengar cakap oppa, pergi lari dekat Jin." Kata Jimin. Laura hanya mengangguk. Dia sedaya upaya menguatkan diri untuk berjalan ke arah Jin.

"Kami polis! Letakkan senjata anda." Kedengaran kuat suara polis di sekitar kilang lama tersebut. Kemudian seorang demi seorang polis masuk ke kilang. Separuh dari polis menahan orang orang suruhan Hani dan separuh dari mereka mendekati Hani dan Jimin.

Highschool Marriage + K.S.J ✔Where stories live. Discover now