[17] : Mianhae and Saranghae

2.6K 143 5
                                    

Jin menarik nafas kelegaan bila dia nampak Laura ada di atas katil sedang baring membelakangi dia. Langkah kakinya diatur mendekati Laura. Lama dia merenung muka putih bersih Laura sebelum dahi Laura dikucupnya kejap. Kemudian, Jin berlalu ke bilik air untuk membersihkan diri.

LAURA POV

Aku dengar pintu dibuka dan ditutup semula. Jin oppa dah balik. Serta merta rasa ngantuk aku hilang. Aku dapat dengar derapan tapak kaki Jin menghampiri aku. Lama juga dia berdiri sebelah aku sebelum dia tunduk kucup dahi aku.

"Mianhae," bisik Jin perlahan di tepi telinga aku sebelum dia berlalu. Aku dengar pintu bilik air ditutup.

Aku membuka mata lalu menarik nafas sebelum menghelanya perlahan. Tiba tiba pula aku rasa rindu dengan pelukan hangat Jin. Kucupan penuh kasih Jin. Rindu.. tapi aku ego...

Aku kembali memejam mata bila pintu bilik air dibuka. Aku malas nak ambil tahu apa yang Jin Oppa buat, aku cuba tidur. Baru je nak pergi ke alam mimpi, aku rasa ada pergerakan atas katil. Maybe Jin Oppa dah nak tidur. Jantung aku dah mula laju. Kalau ikutkan hati nak je aku peluk dia. Aku rindu. Tapi, ego menghalang aku dari bertindak macam tu. Jin Oppa membelai rambut aku lembut. Lalu tangannya memeluk pinggang aku, menarik aku menghampiri dia. Airmata aku dah bertakung. Aku tak boleh. Aku terlalu rindu dengan pelukan, kucupan dan sentuhan Jin. Walaupun aku ego tapi aku tetap tak boleh tipu diri aku. Perlahan lahan aku terlelap dalam pelukan hangat Jin..

END POV
----------------

Aeri hanya memandang Laura disebelahnya yang daritadi termenung. Sesekali terdengar keluhan dari mulut kecil Laura. Kasihan pula Aeri dengan kawan baiknya nan seorang ni. Baru sahaja nak berbahagia dengan Jin, ada pula yang mengganggu.

"Laura..." Aeri memegang bahu Laura, menyuruh Laura memandangnya.

"Emm apa?" Sahut Laura perlahan.

"Kau okey tak ni?" Tanya Aeri risau.

"Ok. Aku okey.." balas Laura tersenyum hambar.

"Risau aku tengok kau ni. Kau pergi lah tandas, basuh muka dulu eh. Bagi segar sikit," kata Aeri.

Tanpa membatah, Laura bingkas bangun menuju ke tandas. Ketiadaan saem di dalam kelas membolehkan hagsaeng keluar masuk kelas sesuka hati diorang je.

Laura membasahkan mukanya lalu dia mengeringkan dengan sapu tangan yang selalu dia bawa. Mood nak belajar hilang sejak pagi tadi lagi. Laura keluar dari tandas tanpa hala tuju. Dia hanya ikut kakinya melangkah. Akhirnya, dia tiba di taman mini di tepi sekolah. Dia sendiri tak tahu kenapa dia ke sini.

"Ughhh..." Laura melepaskan keluhan. Dia melabuhkan duduk di kerusi yang terletak di sudut taman. Kata kata Aeri petang semalam terngiang ngiang di telinganya.

"Masa kau pergi tu, sempat aku tengok Jin rentap tangan yeoja tu kasar. Lepastu Jin tengking yeoja tu."

"Aku tak rasa Jin curang dengan kau."

"Maybe tu helah yeoja tu, nak rosakkan rumah tangga kau?"

"Betul ke? Yeoja tu.. bukan ke yeoja tu yeoja yang sama dengan Jimin haritu?" Laura mengeluh lagi. Entah dah berapa kali dia mengeluh pun dia tak tahu.

Lamunan Laura terhenti bila ada orang duduk di sebelahnya. Laura menoleh sebelum mengeluh. Serta merta egonya muncul semula.

"Laura..O-" belum pun sempat Jin nak berkata, Laura bingkas bangun dan berjalan pergi. Jin turut sama bangun, tangannya menarik tangan Laura kuat menyebabkan Laura berpaling dan hampir memeluk Jin.

Jin menarik Laura ke pelukannya. "Jebal Laura.. dengar apa yang oppa nak cakap ni.."

"Ughh.. nak cakap apa lagi?" Kata Laura mendengus perlahan.

"Oppa nak Laura dengar penerangan oppa.." kata Jin.

"Penerangan apa lagi? Oppa pergi lah dengan yeoja tu!" Kata Laura sambil meronta dari pelukan Jin.

"Jebal Laura.. dengar dulu apa oppa nak cakap. Lepas ni kalau Laura nak pergi pun, pergilah.." rayu Jin.

"Kure. Cepatlah cakap, apa yang oppa nak cakap tu." Kata Laura ego.

"Yeoja tu nama dia Hani. Dia.. dia ex yeochin oppa dulu. Sebelum oppa masuk sekolah ni, kitorang dah break. Lama dah benda ni berlaku. Tup tup harini dia pindah sekolah ni. Jujur oppa cakap, oppa dah tak ada apa apa perasaan dekat dia. Tapi dia.. dia kacau oppa semalam. Dia ikut oppa, lepastu dia peluk oppa. Sumpah! Bukan oppa yang peluk dia." Terang Jin.

"Jebal Laura. Trust me.. oppa tak curang. Oppa cuma ada Laura seorang je. Dan oppa taknak pun yeoja lain. Oppa cuma nak Laura je.." kata Jin sayu.

Laura memejamkan matanya yang dah berkaca. Rasa serbasalah pula dia dengan Jin sebab tuduh yang bukan bukan.

"Laura.. Laura percaya oppa kan?" Tanya Jin.

Laura hanya mengangguk.

"Laura maafkan oppa?" Tanya Jin lagi.

"Nae. Laura maafkan oppa. Nado mianhae sebab tuduh oppa macam macam," kata Laura dengan esakannya.

"Gwenchana. Saranghaeyo, Laura-ah. Jeongmal saranghae.." luah Jin.

Airmata Laura makin laju mengalir di pipinya. Betul ke? Jin sayangkan dia?

"Oppa.. na-nado.. saranghae," kata Laura. Jin tersenyum tipis bersama linangan airmata. Dia mengeratkan lagi pelukannya.

"Janji dengan oppa, Laura takkan tinggalkan oppa?" Kata Jin.

"Eung!" Laura mengangguk laju. Tangannya membalas pelukan Jin.

"Oppa pun janji tak kan kecewakan Laura?" Tanya Laura.

"Nae, chagiya. Oppa takkan kecewakan chagi. Saranghae.." janji Jin. Laura mengukir senyum gembira.

Moga moga kali ini kebahagiaan memang milik kita berdua.

--------------------

Hani dan Jimin mengeluh berat melihatkan Laura dan Jin yang asyik berpelukan tu.

"Apa ni Hani?" Tanya Jimin geram.

"Apa? You jangan nak salahkan I okey. I dah buat kerja I. You tu bila nak buat kerja You?" Balas Hani.

"Aku tahu lah apa aku buat!" Marah Jimin. Hani hanya mencebik.

"Aku nak lepas ni kita lagi fokus. And aku nak rancangan kita yang seterusnya ni berjaya." Kata Jimin.

"Rancangan apa?" Tanya Hani ingin tahu.

"Kau tunggu je la nanti bila aku bagi arahan. Aku akan pastikan Laura milik aku." kata Jimin tersenyum jahat.

"Kau ambil Laura. Jin aku punya.." Hani tersengih sinis.

- To be continue -

Maafkan lah author yang makin malas sejak cuti panjang ni --' malas nak type, malas nak imagine, dgn idea takde huhu mianhae yeorobeun :3

Highschool Marriage + K.S.J ✔Where stories live. Discover now