[9] : Nothing Change

3.5K 186 2
                                    

Hari pertama sekolah selepas bergelar suami isteri bagi Laura dan Jin biasa biasa je, nothing change sebab status diorang tu hanya beberapa orang je yang tahu. Saem pun tak tahu kecuali pengetua. Aeri dan Sunbae yang lain suka usik Laura dengan Jin pasal status baru diorang tapi cepat cepat diorang suruh tukar topik, bukan apa takut ada orang tahu.

- Kelas 2 -

"Laura, neo gwenchanayo?" Aeri memandang Laura yang asyik termenung daritadi.

"Gwenchana." Balas Laura.

"Kau dah ada rasa tanda tanda pregnant ke?" Tanya Aeri. Suaranya diperlahankan seakan berbisik.

Laura menjeling Aeri tajam. "Micheosseo? Aish takkan lah. Tak sanggup aku bayangkan kalau aku pregnant." Laura turut memperlahankan suaranya. Bimbang ada yang mendengar.

"Em Jimin ada kacau kau?" Aeri memandang pelajar pelajar kelas 2 yang buat kerja masing masing. Suaranya dah pun kembali seperti biasa, dah tak berbisik.

"Buat masa ni tak ada." Laura meletakkan kepalanya di atas meja berlapikkan lengannya.

"So, kau dengan Jin macam mana?" Aeri turut membuat perkara yang sama, meletakkan kepala di atas meja.

Laura mengeluh perlahan. "Molla. Kitorang macam tu je. Nothing change. Lagipun masih terlalu awal nak terima semua yang berlaku secara mengejut ni."

"Be strong ya, Laura. Aku akan ada dengan kau. Kau kan bff aku," Aeri mengukir senyum.

"Mungkin ni takdir aku. Thanks Aeri." Laura membalas senyuman Aeri. Perlahan lahan dia memejamkan mata. Sudah lah semalam dia tak dapat tidur lena sebab Jin. Hehh.

♜█████████♜

Jin berdiri di palang besi rooftop, merenung ke tengah dataran sekolah. Loceng waktu rehat dah lama berbunyi. Tapi dia tak ada mood nak pergi kantin. Jadi, rooftop lah tempat yang dia tuju. Melepak dekat rooftop sementara tunggu masa rehat habis.

Jin menarik nafas dalam dalam sebelum menghelanya perlahan. Iphone 6+nya dikeluarkan. Dia membuka contact book. Entah kenapa laju sahaja tangannya mencari nama Laura. Jari jemarinya menekan abjad di keyboard phone. Dia menghantar pesanan ringkas pada Laura.

Laura POV

Aku baru je jejak kaki dekat kantin, tiba tiba aku dapat mesej dari Jin.

"Rooftop!"

Eh eh dia ni. Suka hati jee nak arah aku pergi rooftop. Emangnya kenapa? Haa kan dah keluar bahasa indon aku.

"Nak buat apa pergi rooftop?"

Mesej yang aku hantar dia tak balas. Naik cemas juga aku. Kenapa? Sakit ke dia? Jatuh tangga ke? Uishh aku baru je sehari bergelar isteri takkan nak jadi balu pulak.

Eh apa aku merepek ni!! -.-

"Aeri, kau makan sorang je lah eh. Aku ada hal jap." Aku kata pada Aeri yang tengah beratur depan aku lalu aku cepat cepat pergi ke rooftop.

Sampai je dekat rooftop aku tengok Jin tengah termenung dekat palang besi. Aku mengeluh lega. Nasib baik dia takda pape.

"Nak apa?" Tanya aku. Aku tengok bahu Jin terhinjut sikit. Terkejut lah tu.

Jin pandang aku. Lama. Lepastu dia senyum.

First time tengok dia senyum dekat aku. Cair juga lah aku. Haihh Laura kau fikir apa ni.

"Yahh, oppa nak apa panggil Laura datang sini?" Aku tanya dia lagi sekali.

"Takdepape. Saja je suruh datang sini." Dia jawab selamba.

Aku tenung muka dia geram. Suka suka dia je suruh aku datang sini. Dah lah aku bagi mesej tadi tak balas --'

"Tahu tak Laura penat lari dari kantin pergi sini? Ughh," aku silang tangan dekat dada.

"So? Oppa tak suruh pun Laura lari kan?" Jawab Jin.

"Mananya Laura tak lari. Tiba tiba suruh datang rooftop. Dah lah Laura bagi mesej oppa tak balas," aku tenung muka dia tajam.

"Risau juga Laura dengan oppa ek," dia pandang muka aku dengan smirk. Entah kenapa laju je jantung aku bila dia senyum macam tu. Muka aku dah membahang.

"Ma-mana ada!" Aku alih pandangan ke tempat lain.

Aku dan Jin diam melayan perasaan masing masing. Lama lah juga kitorang senyap tanpa suara.

"Mianhae," kata Jin tiba tiba.

"Mian untuk apa?" Aku pandang dia sekilas.

Aku dengar Jin mengeluh perlahan. "Mian sebab semalam. Oppa tak bole kawal diri oppa."

"Tak apa lah. Salah Laura juga sebab pakai macam tu. Nado mianhae," kata aku perlahan. Tapi aku tahu Jin boleh dengar.

"Kenapa oppa tak rehat?" Aku ubah topik perbualan kitorang.

"Takde selera." Jawab dia pendek.

Aku tenung muka dia dari tepi. Aku tahu dia tengah fikir pasal perkahwinan kitorang sampaikan dia takde selera.

"Gwenchana oppa. Janganlah fikir sangat pasal semua ni. Oppa kan tak lama lagi dah nak graduate," Jin pandang muka aku. Dari muka dia pun aku tahu dia macam serabut fikir macam macam.

"Oppa tak tahu lah. Still rasa macam bersalah sangat dengan Laura. Sebab oppa, Laura jadi macam ni. Mianhae.." Aku terharu bila Jin kata macam tu.

"Oppa, dah lah jangan cakap pasal benda ni lagi. Okey? Kita mulakan hidup baru. Apa yang jadi tu semua dah lepas." Aku pegang tangan dia.

Jin pandang muka aku, mintakan kepastian. Aku senyum ikhlas. Aku ikhlas nak hidup dengan dia. Walaupun perit kisah lalu antara aku dengan dia tapi aku akan cuba terima dia sebagai suami aku.

Jin tarik aku ke pelukan dia. Aku terkejut. Perlahan lahan tangan aku balas pelukan dia.

End Pov

Di sebalik pintu rooftop, Jimin mendengar dan melihat semuanya. Entah kenapa dia rasa sakit hati dan menyampah. Dia rasa tercabar bila Laura berada dalam pelukan Jin. Sepatutnya dia yang ada di tempat Jin.

"Kau tunggu Jin. Laura akan jadi milik aku juga suatu hari nanti." Jimin menggenggam penumbuknya. Dia cepat cepat pergi dari situ bila loceng tamat waktu rehat berbunyi nyaring.

- to be continue -

Highschool Marriage + K.S.J ✔Where stories live. Discover now