[20] : Hospital

2.5K 167 1
                                    

Jin menunggu di wad kecemasan dengan penuh debar. Naik sembap mukanya sebab terlalu banyak menangis. Tak dapat Jin bayangkan hidup dia lepas ni andai Laura tak dapat diselamatkan. Tae yang di sebelah Jin memandang hyungnya itu dengan simpati. Dia sendiri pun masih terkejut dengan apa yang jadi. Dia sendiri menyaksikan Laura dilanggar kereta tadi. Terasa bagai nak hilang nyawa dia melihat kakak ipar dia tu terbaring di atas jalan dengan darah yang memancut keluar dari mulut. Jin entah macam mana pula perasaan dia masa tu. Oh tuhan, selamatkan lah Laura..

Seorang doktor lelaki keluar dari wad kecemasan Laura. Segera Jin dan ahli keluarga yang lain menghampiri doktor tersebut.

"Doktor.. macam mana dengan wife saya?" Tanya Jin.

Doktor yang memakai tag nama Gong Han Cheol tu mengeluh perlahan.

"Laura okey. Nasib dia baik bila dia cepat dikejarkan ke hospital. Kaki dia okey cuma terdapat luka sikit. Sekarang ni cuma tunggu Laura sedar je. Laura saya dah pindahkan dia ke wad vip." Terang Doktor Gong.

"Oh jinjja? Thanks god Laura selamat.." kata Tae. Jin hanya mengangguk perlahan mendengar kata kata doktor Gong.

Jin dan ahli keluarga yang lain masuk ke dalam bilik vip yang menempatkan Laura. Dari pintu masuk, diorang dapat tengok Laura yang terbaring lemah di katil hospital.

"Laura.. cepat sembuh ye," Puan Jung mengusap rambut Laura lembut. Sedih hatinya melihat keadaan Laura macam tu.

"Jin, kita balik dulu ye?" Kata Puan Kim.

"Shireo. Jin nak teman Laura.." lemah sahaja suara Jin.

Puan Kim dan Tuan Kim berpandangan. Tumpah rasa kasihan pada anak lelaki mereka.

"Gurae, kamu stay hospital jaga Laura malam ni. Esok kamu balik ye, Jin? Mandi, tukar baju biar selesa sikit." kata Puan Kim. Jin hanya mengangguk.

Mereka yang lain pun beredar dari bilik vip tersebut, meninggalkan Jin bersama Laura.

Airmata yang ditahan sedari tadi mengalir juga di pipinya. Jin menggenggam erat tangan Laura sebelum dikucupnya.

"Chagi ya... cepat la bangun. Jangan buat oppa macam ni. Chagi kena kuat, lawan semua ni. Maafkan oppa sebab tak dapat jaga chagi elok elok.." Jin berbisik di tepi telinga Laura. Tangannya memeluk Laura. Esakkan Jin mula kedengaran memenuhi bilik vip itu.(?)

'Oppa... Uljima...'

Tanpa Jin sedari, seseorang berdiri di hadapan pintu, mendengarkan esakkannya. Orang tersebut mengeluh kesal.

'Mianhae Laura ya. Mianhae Jin. Aku bukan kawan yang baik'

------------------

Sinaran matahari pagi mencuri masuk ke dalam bilik vip. Jin terjaga dari tidurnya. Dia mengeliat sekejap, meregangkan otot otot badan yang mula lenguh akibat tidur di kerusi. Matanya merenung ke arah Laura. Masih sama seperti semalam. Laura masih belum sedarkan diri.

"Good morning chagiya.." kata Jin sambil mengucup kedua belah pipi Laura. Jin tersenyum sendiri dengan perlakuannya sebelum matanya mula berkaca. Laura tak memberi balasan padanya. Laura masih terbaring lemah...

"Chagi.. ireonna haseyo.." lemah suara Jin berkata. Sedikit sebanyak hilang semangatnya untuk terus hidup melihatkan Laura macam tu. Yea, walaupun doktor kata Laura tak apa apa.

Jin berdehem perlahan, membetulkan suaranya yang mula serak.

"Chagi, oppa pergi toilet basuh muka jap tau.." kata Jin pada Laura walaupun Jin tak pasti Laura akan mendengarnya.

Jin bingkas bangun menuju ke bilik air. Mujurlah dalam wad vip ni disediakan tandas sekali. Senanglah dia tak perlu keluar pergi ke mana mana. Jin membelek mukanya di hadapan cermin. Matanya dah mula sembap dek kerana terlalu banyak menangis. Jin membasahkan mukanya dengan air paip. Sejuk. Terasa segar je mukanya dibasahkan dengan air sejuk. Jin kemudian membasahkan sedikit rambutnya yang dah tak terurus tu. Dia mengunnakan jari untuk merapikan rambutnya.

Dah selesai Jin segera keluar dari bilik air. Dia terkejut bila semua ahli keluarganya termasuk keluarga Laura dah ada dalam bilik.

"Ouh tu Jin hyung," kata Tae. Mungkin tadi mereka mencari Jin.

"Jin, kajja kita turun makan." Kata Puan Kim.

Jin memandang Laura yang di atas katil. Berat pula hatinya nak meninggalkan Laura sendirian.

"Kajja Jin. Nanti lepas makan, Jin naik balik teman Laura eoh." Kata Puan Jung pula.

Jin akur. Sempat Jin mengucup dahi Laura sebelum meninggalkan wad vip tersebut.

"Be strong ok hyung," kata Tae sambil menepuk bahu Jin.

Jin hanya membalas dengan anggukan. Jin dan Tae meneruskan langkah mereka menuju ke kantin(?) hospital.

Jimin mengintai ke dalam wad Laura, kelihatan wad itu kosong tanpa pelawat. Segera Jimin masuk ke dalam. Makin menebal perasaan serbasalahnya melihatkan Laura yang terbaring lemah di atas katil.

"Laura ya.. mianhae.. jeongmal mianhaeyo. Oppa banyak buat salah pada Laura dan Jin.." kata Jimin sayu. Lama dia merenung muka Laura sebelum menyambung semula kata katanya.

"Maafkan oppa eoh Laura. Oppa sanggup buat apa sahaja untuk tebus balik kesalahan oppa pada Laura dan Jin. Oppa sanggup walaupun terpaksa korbankan nyawa oppa.."

"Jeongmal mianhaeyo Laura ya. I'm still love you.. forever..." Jimin meraup mukanya sambil mengeluh perlahan. Kali ini dia sedar dengan kesalahannya. Jimin tekad akan berubah demi kebaikan semua orang. Tak lama lagi, dia akan menyerah diri pada polis.

Mengingatkan dia yang dah hampir lama melawat Laura, Jimin bingkas berlalu keluar. Dia tak nak Jin tahu dia di berada di wad Laura. Jimin sedar, marah Jin pada Jimin masih ada.

- to be continue -

Sorry sebab part ni agak membosankan right emm :3 Nanti author sambung next chapter. By the way vote and comment juseyo!

And author nak promote ff chingu author. Kalau rajin baca lah and dialu alukan untuk follow diorang.

1) Ex Kingka vs Queenka (Seventeen)
Author ; syahirabalqis

2) My Crush is My Husband (Jimin BTS)
Author ; fykamohammad

Highschool Marriage + K.S.J ✔Where stories live. Discover now