[22] : Hani's Mission

2.2K 151 6
                                    

Hani menunggu Jimin di club malam yang terkenal di Busan. Sementara menunggu Jimin, sempat juga dia habiskan secawan beer. Kepalanya terangguk angguk mengikut rentak muzik. Sesekali dia melemparkan senyuman pada lelaki lelaki yang memerhatikan dirinya.

p/s :: jangan tanyaa macam mana diorang boleh masuk club sebab author sendiri pun tak tahu xD yeah diorang baru 18 _(._.)_

"Sorry lambat," ucap Jimin yang melabuh duduk di sebelah Hani. Lelaki lelaki yang merenung Hani tadi berlalu pergi. Jimin memandang kosong lelaki lelaki tu dengan pandangan 'what? Perempuan ni bukan yeoja aku lah' .-.

"Kau sampai Busan pukul berapa?" Tanya Hani.

Jimin mengangkat keningnya sebelah. Memang dia tak beritahu Hani yang dia berada di Busan. Dia tak nak Hani mengesyaki apa apa mengenai kes Laura.

"Petang tadi dalam pukul 4 kot. Sampai je Busan aku terus check in hotel. Penat sangat." Tipu Jimin.

Hani hanya mengangguk. "Kau tak ada plan apa apa ke, Jimin?"

"Plan? Hm aku rasa macam dah malas pula nak kacau rumah tangga diorang." Kata Jimin.

"Apa ni Jimin? Dulu kau yang beriya iya ajak aku tolong kau dapatkan Laura." Kata Hani geram.

"Tu dulu, Hani." Jimin meneguk beer berjenama Whisky yang digelasnya.

"Huh. So kau tak nak join aku lah ni? Kau jangan menyesal kalau aku apa apa kan yeoja kesayangan kau tu," ugut Hani.

Jimin sedaya upaya menahan riak mukanya yang mula berubah. Jantungnya berdegup laju bila mendengar kata kata Hani yang berbaur ugutan.

"Maksud kau?" Tanya Jimin.

"Adalah. Aku bagi kau masa fikir betul betul. Kalau kau tak nak ikut aku, terserah. Tapi kalau jadi apa apa pada Laura kau jangan salahkan aku. Kau yang biarkan dia tersakiti oleh aku." Hani tersenyum sinis.

"Gurae. Esok apa apa aku call kau. Kau, jangan nak buat bukan bukan pada Laura sebelum aku call!" Kata Jimin.

"Bunyi macam kau berminat nak sertai aku je. Haha well Jimin, aku tak janji Laura selamat dengan aku." Sejurus berkata begitu, Hani berlalu pergi meninggalkan Jimin. Jimin mengusutkan rambutnya.

'Shit! Nyawa Laura dalam bahaya. Otteoke? Laura ya.. aku janji aku akan selamatkan kau. Jin, aku akan tebus balik semua salah aku.' Bisik hati Jimin.

Jimin bingkas bangun meninggalkan kelab malam tersebut. Dia memandu keretanya menuju ke hospital. Kakinya melangkah menuju bilik wad Laura. Nasibnya baik kerana tiada Jin di dalam bilik wad Laura. Pintu ditolak perlahan, Laura yang sedang tidur dia dekati.

"Laura... maafkan oppa. Oppa janji oppa akan tolong Laura. Oppa takkan biarkan sesiapa pun sakiti Laura." Kata Jimin. Tangan Laura digenggam sebelum dikucupnya. Jimin mengeluh perlahan. Jimin menarik selimut Laura sampai ke bahu Laura. Lama dia merenung muka Laura sebelum berlalu pergi.

Laura terjaga dari lenanya. Jin yang baru keluar dari bilik air dipandang dengan pandangan kosong.

"Kenapa?" Tanya Jin pelik.

"Laura mimpi..."

"Mimpi? Laura mimpi apa?"

"Laura mimpi, Jimin datang jenguk Laura. Lepastu Jimin minta maaf, and dia ada cakap dia takkan biarkan sesiapa sakiti Laura." Kata Laura.

"Erm mimpi jee tu. Dah lah Laura tidur eh. Dah malam dah ni," Jin tersenyum tipis. Laura hanya mengangguk dan berbaring semula.

'Jimin.. apa maksud kau?' Bisik hati Jin. Sebenarnya Jin terdengar kata kata Jimin tadi. Cuma dia masih belum bersedia untuk bersua muka dengan Jimin.

Jin mengeluh. Hatinya tiba tiba diusik perasaan aneh. Perasaan yang sama ketika Laura dilanggar tempoh hari.

# S_K_I_P #

"Laura.. oppa keluar pergi kafeteria(?) kejap tau. Duduk kat wad diam diam." kata Jin. Laura hanya mengangguk dan tersenyum ceria. Jin memandang Laura lama. Entah kenapa berat pula hatinya nak tinggalkan Laura.

"Termenung apa lagi tu? Pergilah sana," Laura memandang Jin yang berdiri di hadapan pintu wad dengan dahi yang berkerut.

"Haa ye lah. Ingat pesan oppa. Jangan pergi mana mana," pesan Jin.

"Arasseo. Ka." Sebaik sahaja kelibat Jin hilang dari pandangannya, Laura baring semula di katil hospitalnya. Tiba tiba pula kakinya kebas. Laura memejamkan matanya.

Bunyi pintu wad dibuka mengejutkan Laura. Fikirnya, Jin tertinggal sesuatu. Namun, sangkaannya salah bila dia terpandangkan Hani yang berdiri di muka pintu dengan senyuman jahat terukir di bibirnya.

"U-unnie.. buat apa kat sini?" tanya Laura teragak-agak.

"Unnie nak lawat Laura lah. Tak boleh ke?" Hani berjalan mendekati Laura.

"Macam mana unnie... emm!" Laura meronta ronta di atas katil bila tiba tiba Hani menekup mulut dan hidungnya dengan sapu tangan yang diletakkan serbuk yang boleh buatkan seseorang pengsan. Laura tercungap cungap mengambil nafas tapi sayangnya, semakin dia cuba mengambil nafas, makin banyak serbuk tersebut dihidunya. Tak sampai beberapa minit, Laura dah lemah dan matanya mula terpejam.

Hani tersenyum jahat. Orang orang suruhannya yang berada di hadapan pintu meluru masuk dan membawa Laura keluar. Mereka membawa Laura turun melalui tangga kecemasan.

---------

"Laura, oppa-" Jin kaku di muka pintu. Matanya terbuntang melihat katil hospital Laura yang berselerak. dan... Laura... Laura tiada!

"Laura!!" Jin bergegas menuju ke kaunter pertanyaan(?) yang berada di tingkat dua, menanyakan tentang kehilangan Laura. Namun sorang pun tak tahu ke mana perginya Laura. Jin terduduk. Padan lah hatinya rasa lain macam sejak semalam. Sepatutnya dia jangan tinggalkan Laura! Kalau lah dia tak turun tadi, mesti Laura masih ada kat wad dia. Mesti semuanya takkan jadi macam ni.

Dalam kebuntuan mencari Laura, Jin tiba tiba teringatkan kata kata Jimin. Dengan pantas Jin mendail nombor telefon Jimin. Jin yakin, semua ni ada kaitan dengan Jimin dan Hani.

"Mana Laura!!?" tanya Jin bila panggilannya berjawab.

"Jin, sabar Jin. Aku on the way pergi hospital. Jumpa aku kat lobi." kata Jimin sebelum panggilan dimatikan.

"Shit!" Jin menggenggam penumbuknya. Mahu tak mahu, dia turun juga ke lobi. Dia tekad, kalau Jimin punca semuanya, dia tak akan teragak agak untuk berbuat sesuatu di luar jangkaannya pada Jimin.

- To Be Continue -

Author tahu makin hari makin merepek -,- mianhamnida. Author dah kekeringan idea. And yea, dah nak sekolah. Hehhh --" Sorry yeorobeun :3

Highschool Marriage + K.S.J ✔Where stories live. Discover now