Bom dan Seo Rin duduk di bangku berdekatan taman tersebut. Mereka sedang menikmati aiskrim mereka. Tiba-tiba telefon Bom berbunyi .
"Ohh Seo Rin-sshi , kamu tunggu kat sini ya ? Jangan pergi mana-mana" Bom memberi arahan kepada Seo Rin dan dia mengangguk . Bom menjawab panggilannya jauh sedikit dari Seo Rin .
Ketika Bom sedang sibuk menjawab panggilan , Seo Rin ternampak seekor kucing di tengah-tengah jalan (masa tu jalan raya lengang-.-)
"Omoo . Comelnyaa kucing tuu . Ahh Bommie imo tak nampak , boleh lah aku ambil kucing tu" (eii beraninyaa dia nii (。_。) ) dengan beraninya dia melintas jalan raya tanpa menyedari ada kereta laju hendak melanggarinya.
"OMOOOO ! SEO RIN-AHHH !!"
Kebetulan Nana juga ada di seberang jalan raya itu , ketika dia ternampak Seo Rin ada di tengah-tengah jalan raya dan hampir dilanggar , dia segera menarik tangan Seo Rin ke tepi dan kucing itu juga ke seberang jalan (selalu kan nampak kalau kita nak langgar kucing , kucing tu cepat-cepat lari ke seberang jalan )
"Yahhh Seo Rin-ahh ! tau tak bahaya kamu diri kat tengah-tengah jalan rayaa ?" Nana bangun sambil memarahi Seo Rin . Seo Rin pula hanya tersengih tanpa rasa bersalah .
'Eii budak kecil nii , boleh senyum jee ?'
"Dah laa jom, kamu datang dengan sapa tadi ?" Nana memegang tangan SeoRin dan berjalan ke arah bangku tadi ."Dengan-- ohhh ! Park Bom imoo !" Seo Rin melepaskan tangan Nana dan berlari ke arah Bom . Bom yang ketika itu sedang mencari Seo Rin menoleh setelah mendengar seseorang memanggil namanya .
"Aigooo Seo Rin-ahhh ! Mana awak pergii ? Tau tak imo risauu ?" Bom mencium-cium pipi SeoRin . "naee kamsa--ohh neo .. Nana ? Jeon Nana ?" Bom membulatkan matanya .
"Ohhh ! Park Bom-sshi ?"
Mereka berdua ketawa dan berpelukan sakan . Sudah lama katakann tidak berjumpa . Selepas tamat sekolah sehinggalah sekarang.
"Ehh Bom , aku kena balik ni . Jumpa lagi ea ?" Nana meminta diri untuk pulang .
"Ohh chakkaman .." Bom mengeluarkan kad namanya dan memberikan kepada Nana . "Igeo.. kad nama aku , kalau ada apa-apa , call je tau ?"
"Omoo . Kau dah jadi doktor sekarang . Ohh arraseo . Seo Rin , ingat tauu . Jangan buat lagi macam tuu " Seo Rin hanya ketawa mendengar percakapan Nana yang acah acah garang itu . "Jumpa lagi , annyeong .." Nana melambaikan tangannya , Seo Rin dan Bom membalas lambaian itu .
.
.
.BILIK JIN--
"Ohh sekarang oppa nak salahkan Bom sebab tinggalkan Seo Rin ?!" Bom bangun dari duduknya . Dia sudah menceritakan apa yang berlaku sebentar tadi dan sekarang mereka sedang bergaduh . Mujur Seo Rin ada bersama Dr.Hoseok ketika itu .
"yess . Sebab Bom tinggalkan anak oppa macam tu je . Kalau dia kena culik macam mana ?" Jin pula bangun ketika itu .
"ohh ? Bom tinggalkan dia sekejap sebab jawab panggilan oppa , so salahkan oppa la sebab telefon Bom masa tu " nafasnya turun naik , masih geram dengan Jin .
"Kan bolehh je jawab telefon sebelah dia . Takda masalah kan ?" Jin 'smirk' kearah Bom dan duduk semula . Bom terdiam sebentar dengan kata-kata Jin .
"Jeongmal .. oppa , oppa tau tak lately ni asyik Bom je ambil Seo Rin dari taska dia , dia pula asyik tanya Bom kenapa bukan oppa yang ambil dia sebab oppa sendiri yang cakap nak ambil dia balik taska , tapi tetiba Bom pula yang ambil . kalau lahh Yoo Rin unnie tau ni .. " Bom mengeluh "dah lah oppa , just married . Biar isteri oppa dapat jaga Seo Rin " Bom terus berlalu keluar pergi ke bilik nya .
Jin terdiam dengan kata-kata Bom .
"dahlah oppa , just married . Biar isteri oppa dapat jaga Seo Rin "
Dia mengakui .. dia kurang jaga Seo Rin sejak isterinya meninggal .
"Yoo Rin-ahh . Mianhae . Jinjja mianhae" matanya tidak lepas melihat gambar mereka berdua di atas mejanya ..
.
.RUMAH JIN--
*di meja makan*"Halameoni .. halameoni tau tak , kat taska Seo Rin tadi kan .. ada unnie . Lawaa sangat" Seo Rin beria-ria bercerita kepada Pn.Kim
"Unnie mana pulaa ?" Pn.Kim mengerutkan dahinya sambil tersenyum . Jin di sebelahnya hanya makan tanpa memberi reaksi .
"Dia adik Cikgu Jihye. Sepupu Jungkook oppa lah kiranya . Dia kawan Park Bom imo . " Seo Rin masih lagi tersenyum . Jin sudah tiada mood mendengar nama Bom dek kerana hal petang tadi dia bergaduh dengan Bom . Habis sahaja makan , Jin cepat cepat naik ke atas .
"Haii , awalnya naik ? " Pn.Kim menyoal Jin .
"Dah kenyang . " Jin terus naik tanpa menoleh ke belakang . Pn.Kim hanya menggeleng .
"Siapa nama unnie tuu ?" Pn.Kim sepertinya berminat dengan 'unnie' yang dikatakan oleh Seo Rin .
"Jeon Nana . "
"Ouhh , kalau kita jodohkan appa dengan Nana unnie , nak tak ? " Pn.Kim sengaja menguji Seo Rin dan Seo Rin kelihatan seperti suka dengan kata-kata halameoninya .
"Nak nakk ! Nanti Seo Rin dapat omma . " Seo Rin tersengih-sengih . Pn.Kim pula memandang Seo Rin sayu .
'Dah tiba masanya Jin cari omma untuk Seo Rin'
TO BE COUNTINUEE ~
----------------------------------------------------------------------
Sorry guys kalau tak best . I know i know (╥_╥)
YOU ARE READING
{✿} promise ➽ ksj
RomanceOleh kerana JANJI , dia dibenci . Mereka berkahwin atas dasar amanah dan janji oleh Yoo Rin . Dia melarikan diri , tetapi akhirnya tetap bersatu . Boleh dikatakan , sejak mereka disatukan , hanya cacian yang dilemparkan oleh si suami . Dan Jin tahu...