8

1.5K 153 6
                                    

Jin terbangun dari tidur lenanya meraba-raba sebelahnya . Kemudian , dia menoleh . Kosong . Malah , cadarnya juga seperti tidak disentuh , seperti tidak ada sesiapa yang tidir disitu.

"Nana.." Jin cuba memanggil . Dia menolak pintu bilik air , kosong . Di balkoni bilik juga kosong .

"Mana pulak lahh dia ni." Kemudian dia keluar dari biliknya dan menuju ke arah dapur di tingkat satu .

. . .

Cahaya matahari yang masuk melalui tingkap rumahnya menghala ke arah Nana dan membuatkan dirinya terbangun dek kerana silau itu . tangannya sibuk mengurut dahinya . Panas dan melayang sedikit . kemudian dia bangun menuju ke arah dapur untuk membuatkan mereka bertiga sarapan pagi . Dia mula mengambil bahan-bahan untuk dibuat sarapan dan mula memasaknya. Kedengaran bunyi kerusi ditarik memeranjatkan Nana yang sedang masak lantas dimenoleh siapa . JIN rupanya.

"Kau tidur mana semalam ?"

"Buat apa nak tahu ?" Tanya Nana perlahan .

"at least aku teringin jugalah nak tanya . Prihatin jugaklah aku tanya ni , kalau aku tak tanya lagilah kau kata apa kan ." Kata Jin seolah-olah menyindirnya . Nana pula terdiam , tangannya masih sibuk menyiapkan sarapan mereka .

"Omma .. appa .." suara kecil itu membuatkan Nana dan Jin menoleh . Tersenyum Nana melihat Seo Rin yang ketika itu sedang memegang patung beruangnya sambil duduk bersebelahan dengan Jin .

"Best bilik baru ?" tanya Jin sambil mengusap-usap rambut anak kecil itu .

"Uhh ! Bestttt !! dahlahh besar , lain macam kat rumah halmeoni. Lepastu banyak teddybear . Seo Rin dah ada kawan nak tidur . " Seo Rin tersengih sambil menunjukkan gigi susunya.

Nana datang sambil meletakkan tiga pinggan di atas meja . Seo Rin sudah mencapai sudu untuk makan sarapan yang dibuat oleh Nana . "Makan lahh, nanti nak pergi taska kann " Nana tersenyum melihat Seo Rin yang sedang makan .

"Kau tak pergi taska ke ?" Jin memandang muka Nana yang kelihatan pucat sedikit itu .

"Hmm , taklah kot. Pening pula kepala ni .. biarlah saya rehat dulu .." perlahan-lahan dia cuba menelan nasi goreng bersama kimchi itu kemulutnya. "Awak hantar Seo Rin ea ?" Sambungnya lagi .

"Hm... " balas Jin perlahan . "Seo Rin , kalau dah habis makan , pergi mandi , siap-siap , nanti appa hantar " kata Jin sambil tersenyum kearah anaknya itu . Seo Rin pula mengangguk-angguk . Selesai makan , dia segera pergi ke biliknya untuk mandi .

Terlihat Jin yang masih lagi di meja makan membuatkan Nana pelik , "awak..tak pergi kerja ? selalu awak pergi saing Seo Rin .."

"Saya pergi lambat sikit . " balas Jin kasar .

Nana terdiam . Tahu sudah perangai Jin , mana nak berbaik dengannya . Baik hanya dihadapan orang lain .

.
.
.
(SELESAI HANTAR SEO RIN)

Nana baring di atas sofanya . Kepalanya masih lagi pening , tapi tidak sepening pagi tadi .

"Bangun" suara garau itu memeranjatkan Nana . Segera dia duduk dari baringannya tadi. Pelik terlihat Jin datang bersama peti .

"Awak nak buat apa dengan peti tuu ? Mana dapat ? Awak tak pergi kerja lagi ?" Bertalu-talu soalan keluar dari mulut Nana membuatkan Jin mendengus .

"Haishh budak ni . dalam peti ni ada ubat , aku nak bagi kau lahh . Aku kan doktor , banyak peti nii kat hospital lahh , aduhhh . Kejap lagi aku pergi kerja lahh . Banyak soalan lahh kauu nii . " semua soalan Nana dijawabnya walaupun sakit hati mendengar mulut itu bersuara .

"Ouhh , sorry and thanks . hehee . " ketawa Nana perlahan . dalam pada yang sama , dia mengambil ubat yang dihulurkan oleh Jin .

"Kalau ikutkan aku , taknak aku tolong perampas macam kau nii ." Kata-kata Jin memeranjatkan Nana .

"Perampas ? Sejak bila saya jadi perampas ? " terkejut Nana bila digelar perampas oleh lelaki itu .

"Yelahh , kau dah rampas kebahagiaan aku dengan Yoo Rin kan ? KAN ?! " sergah Jin membuatkan Nana tersentak .

"Apa awak cakap ni..?" Matanya mula bergenang dan bangun walaupun masih pening.

"eyyy jangan buat-buat tak tahu lahh . Kematian Yoo Rin tu disebabkan kauu kan ?! Kau yang bunuh dia kann?! " Jin juga turut bangun .

"Kematian Yoo Rin unnie takda kena mengena dengan sayaa ! Kenapa nak tuduh sayaa ?!" Nana mula meninggikan suaranya .

"Wahhh , dah pandai.. dah pandai tinggikan suara hah ?! Kau fikir aku tak tau kau ada masukkan cecair kat dalam badan Yoo Rin kann ?! " Jin menundingkan jari telunjuknya di depan muka Nana . Geramnya pada Nana bertambah-tambah .

"bukan .. ada sebab kenapa--"

"Sebab ? Sebab apaa hahh ?! Eyy dah jadi pembunuh , bukan cara pembunuh . Untung aku tak hantar pergi balai polis sana tau . Hah , pembunuh memang banyak alasan ! Dan kalau tak kerana Yoo Rin , aku takkan kahwin dengan pembunuh macam kau ! Entah apa kau buat kat dia sampai dia suruh aku kahwin dengan kau ! " Jerit Jin sebelum keluar dari rumahnya dan kedengaran bunyi kereta keluar dari perkarangan rumah .

Nana terdiam . Air matanya keluar berjurai-jurai dari matanya . Hatinya masih lagi sakit mendengar kata-kata Jin tadi . Bertambah perit . Bertambah sakit hatinya. Kepalanya bertambah pening dan dahinya juga panas . "Unnie.. what should i do ..?" Suara hatinya bersuara sebelum dia tertidur keletihan .

.
.
.
TASKA--

"Cikgu , omma cakap dia tak datang . " Jihye terdiam , matanya yang tertumpu pada telefonnya dialihkan kepada Seo Rin .

"Uh ? Tak datang ? Wae ?"

"Katanya demam dengan pening. muka omma pun pucat " beria-ria dia kata kepada Jihye. Jihye hanya terangguk-angguk dan menyuruh Seo Rin duduk .

"Noona ! Mana Nana noona ?" Jungkook meletakkan topi keledarnya di tepi meja .

"Demam.. Pening kepala .." balas Jihye perlahan .

"Oh ? Jarang noona demam . Biasanya noona demam kalau dia .. nangis teruk kan?" Tanya Jungkook sambil memandang Jihye.

"Kau nak kata dia gaduh dengan suami dia ?" Jihye memandang muka Jungkook .

"Ehh , Jungkook tak cakap papa , noona yang cakap hahh"

"Dahlahh kau, pergi layan diaorang sana . Malas aku layan kau " Jihye menolak-nolak badan Jungkook , Jungkook terus membuat muka sambil berjalan kearah kanak-kanak itu .

Jihye masih terdiam. Takkan mereka berdua bergaduh pula ?

Soalan itu dibiarkan sahaja tergantung. Soalan yang tidak tahu jawapannya apa melainkan dia sendiri yang dengar dari mulut Nana dan Jin .

----------------------------------------------------------------------

rajin admin update kan ? Hahaa , ingat nak habiskan sebelum 2016 , cehhh lama lagii padahal . Yelahh , bukan selalu update kan ?

▶Esok , 30 November . Guys .. BTS comeback guysss /nangis/ dan katanya kat MAMA nanti dorang nyanyi lagu comeback tu , katanya lahh .

▶5 days to go (*'▽`)ノノ◀

Ohh ya ! Untuk next chapter ... lain sikit ... ada kejutan . Ahaks , kejutan sangat . Hohooo = ̄ω ̄=

{✿} promise ➽ ksj Where stories live. Discover now