10

1.7K 155 5
                                    

Sudah beberapa hari juga Nana dan Jin tidak bertegur sapa . Hanya sekadar 'dah makan?' 'Nak makan ?' sahaja . Itupun kalau Seo Rin ada bersama mereka , kalau tiada , lagilahh . Tetapi malam itu , ntah kenapa Seo Rin tiba-tiba sahaja mahu tidur di rumah halmeoninya. Katanya rindu . Ntah betul ke tidak .

Nana perlahan-lahan membawa secawan kopi susu sambil menaiki tangga . Dadanya berdegup laju , macam ada sesuatu akan terjadi . tapi dia hanya pedulikan sahaja , niatnya hanya mahu berbaik dengan Jin. Itu sahaja . Pintu bilik bacaan diketuk perlahan . Agak lama juga dia mngetuk barulah Jin bersuara . Itu pun hanya 'hmm' .

"Awak , ni kopi susu .. saya buatkan untuk awak . "

Baru sahaja Nana hendak meletakkannya cawan itu diatas meja , Jin berpusing dan membuatkan air didalam cawan itu tertumpah dan terkena kertas-kertas kerja milik Jin . Nana tercengang , apatah lagi Jin yang terdiam sambil tangannya menggengam penumbuk .

"Heii ! Apa kau buat nii ?! Tengok ! Apa semuaa nii?! " Jin menumbuk meja . cawan kata itu ditepisnya dan jatuh berderai di atas lantai . Nana terkejut . Sungguh , dia tidak sangka perkara ini akan berlaku .

"Sa..saya tak--"

"Tak apa ?! Tak sengaja ?! Heii , kau tau takk penat aku buat kerja ni semua ?! Dah lahh semua ni nak kena siapkan esok ! " Jin mengambil kertas-kertas yang habis basah itu kemudiannya direnyuk dan dilempar ke arah tong sampah berdekatannya .

"Saya betul-betul tak--"
Belum sempat Nana bersuara , Jin sudah menolaknya ke luar bilik .

"Berambus . "

"Awakk. Dengar lahh dulu--"

"Berambusss ..!"

"Awak , saya--"

"Heii perempuann ! Berambusss lahh ! Aku suruh berambus tuu berambus je lahh ! Keluar ! Keluar dari bilik nii . Kalau nak keluar dari rumah ni pun bagus !" Jin menolak Nana ke luar bilik membuatkan Nana terjelopok jatuh dihadapan pintu . Tanpa belas kasihan , Jin terus menghempas pintu bilik itu membuatkan Nana sedikit tersentak . lantas dia berdiri .

"awak.. saya tak sengaja .. saya tahu awak bencikan saya sebab Yoo Rin unnie kan.. awak.. sa..saya minta maaf." Nana memegang pintu bilik itu , seperti dia bercakap dengan Jin sahaja . Dia terus turun dari tangga dan berjalan ke arah pintu rumah . Disarung kasut dan dia terus berjalan keluar dari kawasan perkarangan rumah itu dengan hatu yang sebak .

.  .  .

Dia duduk di taman berdekatan rumahnya . Digosok-gosoknya telapak tangannya untuk menghangatkan tubuh badannya . Yelah , dia keluar hanya dengan sweetshirt yang agak nipis dan jugs legging . Dia langsung tidak tahu malam itu sungguh sejuk begitu sekali . Tiba-tiba dia merasakan bahunya diliputi cecair sejuk . Lantas dia mendongak . Hujan . Tidak lama kemudian , hujan semakin lebat . Dia terus bangun , berjalan dan berjalan tanpa arah tujuan. hujan pula semakin lama semakin lebat , juga disertai dengan guruh . dia mana boleh terkena hujan bahkan gerimis pun , pasti esoknya dia akan demam panas juga .  matanya terhenti pada sebuah rumah . Segera dia berlari , menuju ke rumah itu .

"Un..unniee ! " suaranya sudah serak-serak sambil mengetuk pintu.

"Unniee !" Kali ini dia sedikit menjerit dan ketukannya juga semakin kuat , yelahh hujan semakin lebat ,takkan dia mahu berlama-lama disitu .

"Unn--" belum sempat dia menghabiskan panggilannya , matanya sudah gelap .  Dirinya terbaring dihadapan pintu . Baru sahaja Jihye membuka pintu rumahnya , dia terkejut .

"Omoo ! Jeon Nana-sshii ! Omo omoo !" Jihye terus mendakap saengnya . Tangannya dibawa ke dahi . "Auu , panasnyaa. Dah berapa lama dia kena hujan nii ?" Lantas dia mengambil telefonnya dipoket dan mendail seseorang .

{✿} promise ➽ ksj Where stories live. Discover now