Part 6: Pesanan

135 26 5
                                    

"Min dah balik"  Jimin membuka pintu sambil mengusap usap lengannya yang kesejukan.Hidungnya pula merah

"H..Hyung?"  Jimin menanggalkan baju sejuknya dan mula mencari Yoongi

Tush! Tush!  Jimin terdengar bunyi salji dikorek dari laman belakang rumah

Jimin melangkah untuk ke belakang rumah.Dia menyangkutkan bajunya di dinding sofa dan mula meliar liar mencari bunyi tersebut.

Tapp!  Kaki Jimin terpijak sesuatu. Jimin mengambil barang tersebut.
"Gambar ni?"  Jimin memegang Gambar polaroid yang sudah renyuk akibat digenggam Yoongi tadi.Jimin pantas berjalan menuju ke belakang rumah sambil memegang gambar tersebut.

Kelihatan seseorang sedang bertungkus lumus mengorek tanah di halaman belakang rumah.Termengah mengah.

"Hyu.."  Panggilan Jimin terhenti..Hasratnya untuk memanggil Yoongi terbantut..Ini kerana,dia melihat sahabatnya menangis teresak esak sambil melutut meminta maaf.

~~~~~~~~~~~

Yoongi keluar dari bilik air,Jimin dicari cari,akan tetapi..tidak bertemu jua.Tiba tiba..Yoongi teringatkan sesuatu.gambar polaroid yang digenggamnya tadi dijatuhkan.Dia pantas berlari mencari cangkul kecil.

Tanpa beralaskan Selipar dan baju sejuk,Yoongi keluar melalui pintu belakang rumah menuju ke laman belakang..

Dia mengorek ngorek tanah tersebut yang telah dilitupi salji.dia tidak menghiraukan kesejukan kakinya.Merah tangannya..

Yoongi mengeluarkan bekas logam yang bercorak Rama Rama dari dalam tanah tersebut..dibukanya bekas itu..Semua barang yang berada di dalam bekas tersebut telah tertulis nama YoongiTae

'Taehyung..Mi..mianhae..Cheongmal mianhaeyo..'  Yoongi bersuara..kelihatan wap panas yang keluar dari mulutnya.

Yoongi melutut di hadapan bekas tersebut.Kedua dua tangannya memegang pehanya.kepalanya ditundukkan.

Tup! Tup!   Kedengaran air mata Yoongi jatuh menitis ke atas bekas tersebut.

~~~~~~~~~~~~~

Jimin yang menyedari hal itu,berlari ke arah Yoongi.Yoongi dipeluk Jimin dari belakang..

Habis rambut mereka berdua..basah dilitupi salji yang sedang lebat turun.bagaikan air mata mereka

~~~~~~~~~~~~~

"Cepat hyung! nanti lewat pulaa!"  Jerit Jimin dari luar rumah.

'Ye..Ye..sekejap!'  Yoongi terjongkit jongkit memakai kasutnya.Harini dia bangun lewat..mungkin disebabkan..hal semalam?

"Barang semua dah siap kan?"  Soal Jimin sambil memegang buku nota dan pen.

'yea'  Suga sekadar mengangguk.

"Ok jom.mari kita gerak!"  sorak jimin.

~~~~~~~~~~~~~~~

"Tapi..kita nak ke mana?'  Yoongi memecah kesunyian di dalam kereta.

"Ada lah..rahsia..shh"  Jimin membuat wink dan jari telunjuknya diletakkan di bibir kepunyaannya.

Yoongi kembali menyandarkan kepalanya ke tingkap kereta.

'Woah~'  Yoongi menguap sebesar besarnya.Jimin hanya tertawa kecil.

Yoongi menghulurkan tangannya ke arah radio.Butang on ditekan dan..mula lah lagu dimainkan.

dalam beberapa puluh minit perjalanan,Mereka berhenti di stesen minyak,untuk membeli snek dan minuman..Hanya Jimin yang keluar dari kereta..Manakala Yoongi duduk bersandar.

"Baiklah..ni ada lagu khas yang di requestkan daripada seorang jejaka yang bernama Taehyung"

Mata Yoongi terbuka luas.posisi nya yang tadi bersandar ditukar kepada duduk tegak.mata dan telinganya fokus terhadap radio tersebut.

DJ Radio tersebut memainkan semula rakaman ucapan seseorang yang bernama Taehyung tersebut.

Volume Radio dikuatkan.

"Hyung..Tae cuma nak bagitahu hyung..yang Tae.."  kata kata rakaman terhenti.

"Saranghae..hyung.."  Pupp pupp!  Panggilan ditamatkan.

Sekelip mata,mata yoongi mula berkaca..air mata mula berderai..ditatapnya radio tersebut,seolah olah dia sedang memandang Taehyung.

DJ radio tersebut mula memainkan lagu yang diminta oleh Taehyung yang bertajuk.."Papillion"

~~~~~~~~

Kelibat Jimin kelihatan keluar dari kedai stesen minyak itu.dengan bergayanya,menyangkutkan baju kotnya di bahu kanan dan tangan kirinya memegang Plastik beg yang berisi snek.

Rambut orennya terangkat angkat ditiup angin..Sungguh kacak.

Mereka pun menyambung semula perjalanan.Jimin tidak mahu menegur Suga yang sedari tadi diam terpaku.mukanya pucat..Jimin hanya menghulurkan air kepada Suga semasa berhenti di Red Light.

Papillon [ Butterfly ]Where stories live. Discover now