Part 26

18 1 0
                                    


Yoongi bangun daripada katilnya dan mengambil buku Jimin yang disorok di bawah bantal.
Tanpa beralaskan apa-apa di kaki,Yoongi melangkah keluar dari bilik itu dan sempat memandang Jimin sekilas sebelum menutup pintu.

~~~

Yoongi longlai berjalan sambil membawa buku itu.Dia tidak mengendahkan kakinya yang memijak lantai bangunan itu walaupun terdapat sedikit kekotoran padanya.

Dia berjalan terus dan mengetahui hala tujunya.

~~~

Yoongi melangkah pada anak tangga yang terakhir sebelum membuka sebuah pintu yang berada di depannya.

' Hah...hah..'  keluhnya perlahan akibat kepenatan.

Yoongi menggoyangkan sedikit kepalanya untuk membetulkan kedudukan bangs yang tidak teratur.
Dia kemudiannya duduk berdekatan dengan palang penghalang agar sesiapa tidak terjatuh dari situ.

Buku tersebut dibuka dan dibacanya..

~~~

Jimin terbangun daripada tidurnya.Dia segera mencari Yoongi yang hilang daripada pandangannya.

~~~

5 April 2014…
diari..Jimin dah lakukan perkara yang tak sepatutnya Jimin buat..Jimin dah..Jimin dah buat hati Yoongi hyung terluka.terluka dan menderita..Jimin tak patut buat Yoongi hyung menangis.Sebenarnya,Orang yang buat Yoongi hyung teringat dekat Tae tae adalah Jimin..Jimin memang jahat.

Yoongi tersentak.Dia menutup buku itu lalu menekup wajahnya.Bingung..Kenapa lah Jimin tulis tak habis..

' Buat Aku menangis...? '  Yoongi berkata perlahan

Setelah beberapa minit,Yoongi menatap kakinya yang tidak beralaskan kasut..

'hmm..tapi,bila masa Aku menangis..?'
Tanpa dia sedari..seseorang sedang tersenyum rapuh di balik pintu tangga itu.

Yoongi menikmati angin yang bertiup lembut sebelum seseorang mendekatinya

"Hyung.."

Yoongi membuka matanya dan menoleh ke kiri.

' Eoh?  Jimin..mana kamu tahu hyung ada dekat sini?'

" Jimin teka ja..heheh."  Jimin tersenyum,tetapi sekejap sahaja.

" Kenapa hyung duduk dekat sini?"

' Saja..sini ada angin.Meh lah duduk'  Yoongi bangun dari sandarnya dan menepuk tempat di sebelahnya.

" tapi kan baha-"

'duduk sini! '  arah Yoongi sambil senyum.

"nae hyung." Jimin akur dan duduk dengan berhati hati di sebelah Yoongi.

" Ah,ni air hyung"  Kata Jimin sambil menghulurkan sebotol air teh.

' Rajinnya bawa sampai ke sini.Hahah'  Yoongi meneguk air tersebut dan meletakkannya di bawah.

Yoongi berdiri dan meluruskan lengannya di palang dan Jimin menirunya.

"Hyung?"

' hmm?' 

" Kenapa hyung tipu?"  tanya Jimin sambil melihat pemandangan dari atas bumbung itu.

' Tipu? '

"Tentang perasaan hyung..sekarang ni." 

Yoongi menoleh ke kirinya,memandang Jimin dengan penuh tanda tanya.

Papillon [ Butterfly ]Where stories live. Discover now