Part 22

77 9 0
                                    

Yoongi duduk di atas sofa.Matanya fokus menatap bekas logam itu.Penutupnya dibuka.

'Semua ni..sangat indah'  Kata Yoongi sambil membelek barangan yang berada di dalam bekas tersebut.

Senyumannya masih lagi terpaut pada bibirnya sehinggalah jari jemarinya berhenti di satu helaian kertas yang menyebabkan senyumannya terhenti.

'Surat ni..'  Yoongi membuka lipatan kertas tersebut yang ada kesan renyuk padanya.
Yoongi membuka surat tersebut.
Surat yang pernah dibacanya dahulu,sewaktu Taehyung masih berada di sampingnya.

'benda tak guna ni..heh'  Yoongi tersenyum sinis.
Yoongi tidak terkejut apabila membaca isi surat tersebut, apa yang membuatnya terkejut adalah..

' Tapi kenapa ada dua...'
.
.
.
//flashback//
TING
TONG
loceng rumah berbunyi.

"Hyung!! boleh tolong tengokkan tak? Tae tengah basuh seluar hyung nihhh!!" jerit Taehyung dari dalam bilik air.

'Nae!' Yoongi bangun dari katilnya dan keluar menuju ke arah pintu.

'Ouu..TAEHYUNG! ada surat untuk kamu!!'

"sekejap!!...." Taehyung datang ke arah Yoongi sambil mengelap tangan di kain yang dipegangnya.

Taehyung mengintai ke luar pintu
"Eh,siapa yang bagi surat ni tadi?"

'Entah la..tau tau je dah ada dekat Mat luar ni'

"Ohh baiklah"

'Ok lah,hyung nak sambung kerja hyung..'

"Tido lah tu.. "

'Shhhh' dan Yoongi berlalu pergi meninggalkan Taehyung dan "surat misteri" itu.

" -UNTUK TAE- ..Eh?.. ni bukan ke..." bingung Taehyung apabila melihat perkataan yang tertulis di dalam surat tersebut.

"S-Suga hyung dalam bahaya..."  Taehyung menunjukkan riak wajah cemasnya sebaik sahaja dia habis membaca surat tersebut.

Ternyata Taehyung mendapat dua helaian surat.Satu daripada orang yang dikenalinya,dan satu lagi pasti daripada orang yang langsung tidak pernah bertembung dengannya.

*" Selamat tinggal wahai .....,"*  dengan nada yang sinis,
pastinya daripada orang asing tersebut

dan

Sedang Taehyung fokus menjalarkan tangannya pada surat tersebut,dia tanpa sengaja telah mencalarkan ibu jarinya sendiri.Calar yang menyebabkan darah mengalir keluar melaluinya.

"Gosh,paper cut"
Taehyung menghisap jarinya itu dan sambung menatap pada surat yang kedua,yang tertulis..

*" Taehyung,dia akan menyerang Yoongi hyung...
-Park Jimin-"*    yang terang terangan dari sahabatnya,Park Jimin.

Surat amaran tersebut dimasukkan ke dalam poket di sebelah kanan jaketnya manakala surat dari Jimin diselitkan ke dalam poket yang satu lagi.

"Suga hyung.."  Taehyung memandang ke tingkat atas,tempat keberadaan bilik Yoongi.

"Park Ji..min"  Tiba-tiba Taehyung rebah jatuh ke lantai setelah melihat ke arah tingkap berdekatannya.

dan dia hanya melihat bayangan Yoongi dan mendengar suara Yoongi memanggil namanya beberapa minit setelah dia rebah dan semuanya kembali kelam.

//End of flashback//
.
.
.

Mata Yoongi bergenang dengan air mata tatkala melihat beberapa tompok cap jari berdakwatkan darah yang kurang jelas pada surat tersebut,yang dia pasti darah daripada ibu jari Kim Taehyung.Pada surat yang tertera nama penulisnya,Park Jimin.

Yoongi membelek kesan cap jari Taehyung itu dengan jarinya.Dia masih merasakan bahawa Taehyung masih..masih
berada dekat dengannya.

~~~

Jimin meletakkan tiga tangkai bunga yang sudah diikat dengan reben di luar penutup kaca itu.Penutup kaca yang berkunci.

Tertera nama Kim Tae Hyung di dalamnya,dan bekas..abu miliknya.

Jimin menunduk.Tidak sanggup ingin meneruskan pandangannya.Lama dia berdiri sahaja di hadapan tempat itu.

Jimin mendongak sedikit,memberanikan dirinya memandang ke hadapan..ke arah pusara kecil Taehyung.Matanya tertumpu pada sebuah frame di dalamnya.Gambar mereka bertiga iaitu,Jimin yang sedang menguruskan layang layang di udara,Yoongi yang sedang tersengih kecil sambil menggaru kepalanya dan melihat ke arah Taehyung.

//flashback//

"Yah Kim Taehyung!! Biar Jiminlah yang kawal layang layang tuu! "   marah Jimin tatkala melihat layang layang tersebut mulai terpesong ke arah lain.

"Yeaa Yeaa.Nah ambil lah,hahahahah" Taehyung mencampakkan penggulung tali layang layang itu kepada Jimin.

"Apalah Jimin niii,itu pun tak boleh nak tangkap"  Ejek Taehyung.

Taehyung bergerak selangkah dan dengan tiba-tiba terjatuh akibat lubang yang tidak diduga berada di situ.

"Adui,Sakitnya!"  rintihnya.

"Haa tu lah,jangan buat macam tu pada orang yang lebih tua daripada kita."  Sampuk Mi Ra tiba-tiba.

"Hahahahah,dengar tu Kim Taehyung?"  Jimin menoleh sedikit pada Taehyung sambil tangannya ligat mengawal tali layang-layang.

"Nae Halmeonii!"  Taehyung membalas.

'Lupa pula nak bawa kamera tu'  Yoongi menggaru kepalanya sambil tersengih.

Klikk!

satu gambar diambil tanpa mereka sedari

Klikk!

satu lagi gambar diambil dengan mata Yoongi memandang ke arah kamera.

'Woaahh!  ahjumma sudah pandai pakai kamera laaaaah'  Sorak Yoongi.

Dengan pantas Taehyung bangun dan menyerang kamera itu.Banyak gambar wajahnya diambil,seperti hidung,bibir,mata dan dahi.

//end of flashback//

Jimin terjatuh,terduduk.
"Taehyung..Mi-Mianhae Tae-Taehyung"  Jimin merintih perlahan.Dia membetulkan posisinya,melutut.Walaupun tempat pusara kecil Taehyung berada tiga tingkat dari pusara pusara yang lain.

Air mata Jimin mulai gugur,jatuh ke atas seluar slacknya.

"Taehyung,maafkan Jimin..."  Jimin menggumam.suaranya tidak kedengaran jelas kerana sedu yang terselit dalam setiap percakapannya.

Tiba-tiba Jimin terasa bahu kirinya ditepuk perlahan dari arah belakang

Jimin menoleh ke belakangnya,

Papillon [ Butterfly ]حيث تعيش القصص. اكتشف الآن