Part 23

57 7 0
                                    

Jimin menoleh ke belakang di saat dia merasakan ada orang yang menyentuh bahu kirinya itu.

Ianya Taehyung.

Jimin menggosok matanya yang kabur akibat air mata yang terlalu deras.

Jimin cepat cepat memusingkan badannya.
Taehyung juga duduk melutut menghadap Jimin.

"Jimin minta maaf Taehyung.." Kata Jimin sambil kedua dua tangannya menggenggam antara satu sama lain,menggeletar.Dia menunduk.

Taehyung mengambil tangan milik Jimin dan digenggamnya erat.Memberikan perlindungan pada tangan Jimin.

"Jimin tak pernah buat salah pada Taehyung.." katanya ingin meredakan Jimin.

Jimin menaikkan wajahnya dan menatap mata Taehyung yang tenang,tenang daripada anak matanya yang menggeletar dan berair.

"Tak! Jimin banyak...malah...Jimin yang menyebabkan kematian Tae-"
Jari telunjuk Taehyung serta merta bertindak untuk menghentikan percakapan Jimin.

"hyung..." sambung Jimin sambil setitis air matanya mengalir perlahan dengan jari Taehyung masih lagi berada di bibirnya.

"Jangan cakap macam tu.."
Taehyung memandang ke arah mata Jimin.Mata mereka berdua bertamu.

"Taehyung...sentiasa maafkan Jimin.." katanya perlahan dan memegang tangan Jimin.

Jimin hanya menangis teresak esak dan menunduk sebelum bahu kirinya ditepuk perlahan dari arah lain pula.

Jimin dengan perlahan mengelap wajahnya dan menoleh ke arah tersebut.

"Hyung...Yoongi hyung.."

'Ji-Jimin? kenapa ni?' Tanya Yoongi yang cemas serta bang rambut yang agak basah sedikit dan matanya yang kemerahan.

Jimin kembali menoleh ke depannya,dan melihat kelibat Taehyung yang sudah hilang.Sama seperti apa yang disangkakannya.
Dia menutup matanya rapat.

~~~

'Nah Jimin,Yukgaejanggggg~~' Sorak Yoongi sambil mengawang awangkan makanan itu pada Jimin.

Yukgaejang itu diletakkan di atas meja berhadapan dengan Jimin.
Muka Jimin yang pucat itu hanya memandang ke arah yukgaejang tersebut.

"Apa ni hyung?" tanya Jimin pada Yoongi.

'kan hyung dah cakap tadi,Yukgaejang...Khas hyung buat,hahah' Tawanya.

"yelah,tapi apa ni?"

'ni kan kegemaran Jimin,hyung yang buat.makanlah'

"Hmm,baik hyung." Akur Jimin.

Jimin terpesona dengan rasa yukgaejang itu.Air tangan Min Yoongi memang hebat.

Tiba-tiba Jimin berhenti makan,dia hanya menunduk dan memandang pada mangkuk itu.

'Eh kenapa? tak sedap ke? Min tercekik? biar hyung ambilkan air ye?' Yoongi bingkas bangun dan menuju ke ruang dapur.Dia mengambil secawan air dan memberinya pada Jimin.

'Nah Jimin,minumlah.' kata Yoongi sambil menghulurkan air itu.

"Hyung..kenapa hyung masih berbuat baik pada Min?" Tanya Jimin tiba tiba.

' Nae? '

Jimin mendongak.Mata Yoongi ditatapnya.

"Kenapa hyung masih lagi cakap elok elok dengan Jimin?"

'Jimin,Jimin kan sahabat hyung..'

'Takkan lah hyung nak-'

"Min tahu...Min tahu yang sebenarnya hyung dah tahu segalanya,tapi kenapa hyung masih baik dengan Min?!" Jimin bangun.

'Tahu..? Tahu apa ni Jimin?' Yoongi juga berdiri berhadapan dengan meja yang terletak di antara mereka berdua.

"Dahlah Hyung!! Hyung dah dengar semuanya kan?! " Jimin berteriak

'Jimin...' Yoongi meletakkan air itu di atas meja.Tangannya diletakkan pada bahu kanan Jimin.

Tangan Yoongi ditepis Jimin kasar.Meja yang memisahkan mereka juga ditolak ke tepi oleh Jimin.Yukgaejang serta air yang tumpah itu dibiarkan.

"Hyung dah tahu,dah dengar,
yang sebenarnya Jimin lah sebab pemergian Taehyung..kan?" Jimin mula memperlahankan ton suaranya.

Yoongi menundukkan mukanya.Suasana ruang tamu itu sunyi seketika,sebelum Jimin mulai bersuara.

"Jimin tahu,hyung berada dekat tempat tu semalam kan? hyung dengar semua pengakuan Min kan?" Tanyanya sambil memandang Yoongi yang tidak mahu mengangkat wajahnya.

Yoongi masih tidak memberikan sebarang respon.

"Hyung jawablah!! Hyung sepatutnya bencikan Jimin sekarang ni kan-"

'Ya! memang hyung ada dekat sana semalam..hyung juga nampak Taehyung.
Memang pada mulanya hyung geram,marah! rasa amarah tu membuak buak dalam diri hyung,hyung rasa nak bunuh saja Min pada masa tu.'

"Habistu kenapa hyung tak bunuh saja Min sekarang ni? kenapa?....
Hyung sayangkan Taehyung.Hyung pasti akan membalas perbuatan orang yang menyebabkan Taehyung mati! Min juga yang membuatkan hyung menangis dan membuatkan hyung terkenang pada dia.

"...Tapi kenapa,kenapa hyung masih berbaik dengan Min? Kenapa?!" Air mata Jimin mulai bercucuran jatuh kerana perasaan bersalahnya.

Jimin kemudian melangkah ke arah Yoongi.Dia mengambil tangan kanan Yoongi dan menggerakkannya agar tangan itu memukul dadanya.

"Bunuhlah Min,bunuhlah!" Jimin memejamkan matanya agar air mata itu dapat keluar dari kelopak matanya.

'Hyung memang nak sangat...hukum Min sekarang ni,'

"Lakukannya! hukum sajalah Jimin yang tak guna ni..."

'Tapi hyung tak boleh..'

Jimin memandang tepat pada Yoongi.

"Bunuh sajalah! Kenapa hyung tak mahu?! Min memang patut mati-" Jimin menangis lebih kuat.

'Sebab hyung sayangkan Min.Hyung sayangkan Park Jimin...' Kata Yoongi.
Dia mengambil kain tuala dari poketnya dan mengelap kedua tangan Jimin yang sudah merah akibat lecuran kuah sup Yukgaejang yang panas itu.

Wajah Taehyung yang menyuruhnya agar kekal bersabar itu bermain di kepalanya.

Air mata Yoongi perlahan lahan mulai turun.Yoongi menangis.

~~~

Tuk Tuk Tuk

Lamunan Yoongi terhenti tatkala dia mendengar bunyi ketukan pintu biliknya itu,diketuk dari luar.
Yoongi memusingkan tombol pintunya dan melihat susuk tubuh Jimin yang masih berpakaian baju tidur berdiri di hadapannya.

"Hyung,boleh...Jimin masuk?"  Tanyanya.

'Masuklah..'  Yoongi membuka pintu biliknya lebih luas dan memberikan Jimin masuk dahulu sebelum dia berdiri sahaja di pintu.

Jimin mengamati setiap sudut bilik Yoongi itu.Lebih kemas daripada biasa.
Dia kemudiannya duduk di atas katil milik Yoongi.

' Ya Jimin?'  Yoongi menaikkan sedikit keningnya.

"erm...Min.."   Jimin melambatkan sedikit percakapannya.

'Ya? Min ada masalah?' Yoongi mara ke katil dan duduk di sebelah Jimin.

"Min nak minta maaf hyung"  Katanya sambil menunduk sedikit dan bergilir memandang Yoongi dan kakinya yang bergerak gerak.

' Minta maaf? tentang apa?'  Tanya Yoongi sambil membetulkan posisinya.

" Tentang pagi tadi..Min rasa bersalah sangat.."

Papillon [ Butterfly ]Where stories live. Discover now