Part 20: PRESENT(now)

105 9 10
                                    

'Uh..'  Yoongi bangun dan memandang sekelilingnya,putih.

Hanya kelihatan dia dan Jimin sahaja yang sedang terbaring di lantai,tidak beralaskan apa apa.

Dia memegang kepalanya yang sakit dan merasakan dirinya lemah seolah olah dia telah kehilangan tenaga yang sangat banyak.

'Ji...Jimin! '  Panggilnya.Jimin masih lagi tidak menyahut.

Dia bingkas bangun,akan tetapi terjatuh semula.

Yoongi berusaha untuk berdiri dan dia berjaya.Sambil berjalan dalam keadaan yang terhuyung hayang,dia berteriak memanggil nama seseorang.

'Taehyung!!  Taehyunggieee!!! Eoddisseo?!!'

'Taehyung!!  Where are you!! '   Jeritnya sambil membuat terowong tangan pada mulutnya berharap jeritannya akan didengari dari jauh.

Tiba tiba seseorang datang mendekatinya.Ianya Taehyung,berpakaian baju T-shirt dan berhud yang masih ada darah bertompok padanya.

"Hyung.."  Sapanya perlahan,hanya cukup untuk didengari Yoongi dan dirinya sahaja.

'Tae..Taehyungg!'   Yoongi sepantas kilat pusing ke belakang dan memeluk Taehyung.

"Hyung.."  Panggilnya lagi.

Tiba tiba Yoongi terasa lemah,kakinya tidak dapat bertahan lagi.Kepalanya juga berasa sakit.Dia jatuh terduduk membiarkan Taehyung berdiri tercegat di situ.

'Erh..kepala hyung..arh!' 

"Hyung...

"Hyung.....

"Hyung......

Penglihatan Yoongi semakin lama semakin kabur dan suara Taehyung bermain di telinganya..dan tiba tiba..
PUPP!   segala galanya kembali kelam...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

'Arh...'  Yoongi terbangun.Segera dia memegang kepalanya yang amat sakit.Tangannya meraba sekeliling.Lembut,ada tilam dan dia dilitupi dengan selimut sehingga ke paras dada.

Yoongi duduk,baru sahaja dia ingin mengalihkan selimutnya untuk bangun,pintu bilik dikuak dan kelihatan seorang perempuan pertengahan umur menyapanya sambil membawa dulang yang berisi dua bekas mangkuk yang terkandung air suam,bersama tuala basah disangkut di bahunya.

"Suga! Syukurlah kamu sudah sedar..Hah..Ahjumma risau tau tentang kamu dan Jimin." 

'Risaukan Suga..? Jimin...?' terkebil kebil matanya

"Yea,Jimin.Tuuu"  Mi Ra menunjukkan ke arah katil di sebelahnya,kelihatan Jimin sedang terbaring lemah,masih ada kesan lebam dan luka di hujung bibirnya.

"Mari sini,Ahjumma lap kan luka kamu tu."  Perintah Mi Ra dan mula mengambil tuala basah yang diletakkan di bahunya tadi.

Yoongi hanya menurut seperti orang yang baru sahaja hilang ingatan,dia pun tidak pasti adakah mukanya tercedera.

"Ok,dah siap."

Sedang Mi Ra berborak bersama Yoongi,Terdengar suara seseorang.

"Aih....sakitnyaa"

"ChimChim!! Kamu pun dah sedar!! baguslahh!!"  Teriak ahjumma gembira.

Jimin bangun duduk,dan bersandar di dinding katil.
Mi Ra segera pergi menghadap ke muka Jimin,takut takut ada apa apa yang tidak diingini.

"Ahjumma..Chim dekat mana nih..?"  Tanya Jimin terkebil kebil.

"Dekat rumah ahjumma la..takkan lah kamu dah hilang ingatan?"  Mi Ra tergelak kecil.

Papillon [ Butterfly ]Where stories live. Discover now