Part 25: Diari Pengakuan

51 4 1
                                    

Yoongi turun untuk mengemaskan barangan yang jatuh tadi.Dia mencangkung dan melihat barang apa yang paling dekat untuk dikutip dahulu.

' Eo..Dompet? '  Yoongi membuat muka sambil mengangkat bahu dan meletakkannya di dalam beg Jimin.

~~~

"Berapa harganya ahjumma? "

"4000 won"

"Oh baiklah"  Jimin menyeluk poketnya dan mengambil beberapa helaian duit kertas sebelum menyerahkannya kepada makcik tersebut.

"Terima kasih"  Jimin tersenyum dan menunduk sedikit.

"Nae,sama sama"

Jimin dengan riangnya berjalan menuju ke hospital tersebut yang terletak agak jauh dari kedai tadi.

~~~

' Ini..Diari Jimin ke? '  soal Yoongi pada dirinya apabila terlihat senaskah buku yang terselak.

Helaian itu menayangkan gambar mereka bertiga.Taehyung,Jimin,dan Yoongi yang sedang tersenyum.

Yoongi meletakkan buku misteri itu di atas katilnya dan dengan pantas mengutip barangan tadi.
Setelah meletakkan beg Jimin di atas meja,Yoongi menaruhkan sepenuh perhatiannya pada buku tersebut.

Dibaca setiap perkataan yang ditulis di dalam itu.Pastinya tulisan Jimin..Tulisan yang pernah dia temui dahulu pada surat misteri.

~~

' Jimin..dia terseksa selama ni..'  Yoongi berkata perlahan dan menyelak helaian seterusnya.

Yoongi agak terkejut membaca helaian yang kelima ditulis oleh Jimin.Ianya tinggal suku muka surat kerana telah dikoyakkan seseorang.

""Hai Diari..Lama kita tak jumpa.Sihat? Esok Jimin akan pulang ke Korea..Tak sabarnya nak jumpa dengan diorang.Taehyung,Yoongi hyung!!
Tapi....""

Itu saja yang dapat Yoongi baca.Namun,yang mengejutkannya adalah,tarikh diari itu ditulis.Ianya Disember 2013.

' Bukan sepatutnya Jimin balik Mac 2014 ke?'  Dia menyengetkan kepalanya sedikit dan menggaru lehernya yang tidak gatal.

Walaupun terbit persoalan dan tanda tanya,Yoongi juga berasa bersalah kerana membaca diari seseorang tanpa kebenarannya.Membaca diari Jimin,tanpa kebenaran Jimin..

Yoongi terus mengambil beg milik Jimin dan menerbalikkannya,menyebabkan kesemua barangan Jimin terjatuh keluar,di atas katil.Diari itu Yoongi sorokkan di bawah bantalnya.

Barang Jimin diselerakkan lagi oleh Yoongi,pastinya ingin mencari sesuatu.

Yoongi menggelengkan kepalanya,dia berfikir sejenak dan mula menyelongkar setiap inci beg sandang Jimin.

' Aha! dapat! '  Yoongi memasukkan sesuatu yang dijumpainya ke dalam poket baju pesakitnya.

Setelah itu,dia mengemaskan semula semua 'kerosakan' yang telah dilakukan dan meletakkan semula beg sandang Jimin.Meletakkannya di tempat asal.

Beberapa saat selepas Yoongi baring,Jimin mengetuk pintu tanda dia mahu masuk.Tepat pada masanya...

"Nah hyung..air"  Jimin menghulurkannya kepada Yoongi manakala dia mula membuka tutup minumannya.Keletihan agaknya..

' Kamsahamnida Jimin-ah'  Yoongi mempamerkan senyumannya yang menawan.

~~~

appa melarang Jimin berkawan dengan Taehyung..dan Yoongi hyung..Jimin tak tahu kenapa appa benci sangat dekat diorang..Sehinggakan..sehinggakan appa sanggup mengupah orang untuk mengganggu Yoongi hyung dan Taehyung..Sebab tu Jimin putuskan untuk balik ke Korea lebih awal supaya Jimin dapat jenguk mereka berdua walaupun bukan secara terus.

*14 Februari 2014*
_Taehyung dah syak pada Jimin..Jimin lah yang selalu Taehyung nampak,berhud hitam dan selalu mengekori mereka.Cuma Yoongi hyung saja yang tak perasan...heh,mungkin dia terlalu gembira dengan Taehyung.Ada satu hari,Jimin mengekori mereka ke pasaraya..dan Taehyung hampir hampir mahu memeluk Jimin kerana dia tahu Jiminlah Jimin..dan ketika Taehyung pengsan di dapur rumah..Sejujurnya Jimin tak sanggup hanya biarkan dia macam tu..Jimin menyorok di balik semak dan menunggu Yoongi hyung jumpa Taehyung,nasib baiklah takde apa apa yang jadi pada dia.._

Yoongi menerbalikkan muka surat tersebut

*20 Februari 2014*
Hinggalah satu hari,ketika Taehyung memang dah pasti Jimin ada berdekatan dia...Taehyung hantar mesej ke telefon Jimin..Jimin rindu sangat mereka berdua.Jimin rasa macam nak peluk aje skrin telefon tu..Jimin memang berhasrat yang keesokan harinya Jimin akan mendedahkan diri Jimin dekat diorang..Tapi sebaliknya pula yang terjadi.

Yoongi memandang Jimin yang lena tertidur dengan kepalanya beralaskan tilam hospital Yoongi

Yoongi sambung membacanya..

memang Jimin tak sangka appa akan bertindak macam tu sekali..Appa hantar orang untuk bunuh Yoongi hyung!!  Jimin terkedu waktu appa menelefon Jimin dan memberitahu rancangan kejinya..dan pada masa yang sama..
Semuanya Sudah Terlambat...Taehyung sudah pun rebah...Taehyung melindungi Yoongi hyung.
Jimin..Jimin memang tak berguna..kalaulah..kalaulah Jimin jumpa dengan diorang dan beritahu hal sebenar..Taehyung takkan pergi..Dan..dan Yoongi hyung takkan merasa bersalah seumur hidupnya..

Yoongi mengusap bekas air mata yang sudah kering pada kertas itu.Dakwatnya juga kembang akibat terkena air,yang pastinya air mata Jimin.

Hampir hampir saja air mata miliknya menitis,tetapi egonya menahan dia daripada berbuat begitu.

Helaian kertas itu digenggam Yoongi..Makin keronyoklah ia,Sambungan daripada diari Jimin yang telah Jimin koyakkan.

Yoongi menyandarkan kepalanya pada dinding.Tangannya diletakkan di atas kedua kakinya yang separuh lurus.Dia menutup matanya seperti tidak dapat menerima kenyataan.

' Taehyung ah...' 

Papillon [ Butterfly ]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora