Part 26(ii)

27 1 2
                                    


' Perasaan..hyung? '

"em" Jimin mengangguk kemudian membalas pandangan Yoongi.

'Hyung nak minta Jimin sesuatu..boleh tak?'

Jimin mengangguk,sesungguhnya dia mengetahui tentang apa yang akan ditanya oleh Yoongi.

' Boleh tak Jimin habiskan ayat Jimin...?'

"Boleh..hyung.."

"Hyung ingat tak..masa kita nak pergi rumah ahjumma tu.."

Yoongi mengangguk tanpa mengeluarkan sebarang suara.

"kita ada berhenti dekat stesen minyak.."

Yoongi sedikit tersentak..
Ya,dia mengingati peristiwa itu.Saat rakaman suara Taehyung dan lagu tersebut dimainkan,dan dia menangis di dalam kereta.

"Jimin memang sengaja biarkan enjin terpasang..walaupun radio tak berapa lancar suaranya..heh.."  Jimin tersengih..manakala Yoongi menahan emosinya dari menguasai jasadnya.

" Masa dekat pasaraya,sebelum pergi perkelahan yang akhirnya tertangguh tu.."

"Jimin nampak hyung kejar orang tak dikenali tu..hyung berlari sambil bawa Yoghurt yang Taehyung suka..,Jimin tak cuba hentikan hyung pon..
Jimin geram.."

Yoongi menggenggam jari jemarinya.

"Satu hari,Jimin ada terjumpa gambar polaroid masa tengah kemas baju dekat bilik..gambar tu..Jimin letak dalam satu kotak,bungkus kemas kemas dan..Jimin pura pura ada orang hantarkan bungkusan dekat depan rumah..
Ya,gambar Hyung dengan Taehyung.."

Yoongi masih lagi menahan dirinya..dia terpaksa menahan sabar.

"Hyung menangis,lepastu tertidur..Jimin pun keluar dari rumah..jalan jalan..dan bila Jimin balik..Hyung tengah korek sesuatu yang tak berguna dekat laman belakang..Hyung sanggup redah salji.."

"Jimin nampak hyung menangis pada mulanya..semua nya Jimin nampak..tapi Jimin tak cuba pun untuk pujuk Hyung..Jimin pun menangis..masa tu Jimin tersedar yang Jimin tak sepatutnya buat macamni dekat hyung.."

"Jimin tak tahu kenapa jiwa Jimin ni..nak sangat lakukannya..Nak sangat buat hyung menderita dengan Kim Tae Hyung yang menyedihkan tu--

BUKK!!
satu tumbukan tepat ke pipi kiri Jimin membuatkannya rebah sebentar..

' Haff,haff'  Yoongi tercungap cungap..wajahnya,jelas kelihatan berwarna merah dan matanya yang berair.

Jimin menundukkan mukanya..

"Jimin rasa macam tengah dirasuk masa tu..Jimin marah,Jimin kesal..kenapa Hyung lebihkan Taehyung daripada Jimin..kenapa,sampailah Taehyung dah takde..dah mati--

Yoongi mencengkam kolar baju milik Jimin kasar..membangunkannya..
"hyung masih jugak nak mempertahankan si Taehyung tu--"

' CUKUP!!..cukup Jimin..cukup..' 

"..waktu Taehyung sudah terbaring di sisi hyung tu..Kenapa Jimin tak telefon ambulance..kenapa Jimin tunggu beberapa minit seterusnya..baru Jimin telefon ambulance.Jimin tak tahu.."

' ENOUGH PARK JIMIN!!!'  Yoongi menjerit di hadapan muka Jimin sambil wajahnya menahan air mata.
Dia rebah manakala Jimin masih longlai berdiri dengan baju kemejanya yang sudah tidak kemas lagi..

' Kenapa Jimin buat semua ni dekat hyung..kenapa appa Jimin sanggup buat macam ni..HYUNG SAYANG DEKAT DIA TAHU TAK?!!! '   teriakan Yoongi buat kali kedua dilepaskan.Jimin memejamkan matanya menangis..begitu juga Yoongi..

"Lepas semua tu..Jimin betul betul sedar apa yang Jimin buat ni salah..Jimin cuba untuk beritahu hyung lebih awal..lebih awal daripada diari tu."

"Maafkan Jimin,hyung..Ceongmal Mianhaeyo...."  Jimin menangis dan dia juga rebah terduduk

' Kenapa..Kenapa perlu Taehyung yang pergi...'  perlahan suara Yoongi..perlahan seperti berbisik tetapi masih boleh didengari Jimin.

' Kenapa bukan hyung..kenapa?!  WAEEEE?!!!!! '   semakin deras air mata milik Jimin turun apabila mendengar teriakan Yoongi..

"Mianhaeyo..Mianhaeyo
..Mianhaeyo"  Jimin menangis sambil menyebut perkataan itu berulang kali..

Papillon [ Butterfly ]Where stories live. Discover now