Part 24: Mesej

27 2 0
                                    


Yoongi membetulkan posisi duduknya.Dia menghadap Jimin sekarang ini.

"Tentang pagi tadi...Min rasa bersalah sangat..Min minta maaf.Min memang gila! Min memang psycho! Min memang patut mati hyung!!"  

'Min..?  Jimin?  '  Yoongi mengawang awangkan tangannya di hadapan muka Jimin yang termenung kaku.

'Are you alright?'  tanyanya lagi.

"Ah ya..hyung,Min ok je."  Katanya tersenyum dan baru menyedari yang dia hanya mendiamkan dirinya sahaja tadi.

"Hyung.." 

'Eh Jimin,ke-kenapa ni?!'  Yoongi menegur Jimin yang bertindak mendudukkan diri ke bawah.Dia melutut di hadapan Yoongi.

"Jimin minta maaf.."  Jimin menggosok gosok kedua tapak tangannya dan memandang Yoongi serius.

"Tolong maafkan Jimin! Tolonglah! "  Sambung Jimin lagi.Dia memandang ke arah dua kaki milik Yoongi yang pucat itu.

Yoongi memegang tangan Jimin yang sedang digosok kasar olehnya,sejurus memberhentikan tindakan Jimin dan Jimin mendongak.Mendongak menatap wajah Yoongi.

'Jimin...kalau ni soal pagi tadi,hyung tak kisah' Yoongi kemudiannya tersenyum walaupun agak lemah.

' Sekarang bangunlah..'  kata Yoongi kepada Jimin.

Jimin menundukkan mukanya sekali lagi

"Hyung..Jimin nak minta maaf.."  esakan nya kedengaran.

' Jimin..kan hyung dah cakap,hyung tak kisah.Sekarang bangun,'

" Tak! Bukan! Bukan soal tadi.."  Jimin mendongak menatap Yoongi sekali lagi.

' Bukan soal tadi?'

" Ya! Tak! Jimin memang nak minta maaf pasal tadi..juga tentang"

'Juga tentang?' Yoongi menunggu jawapan daripada Jimin.
Yoongi masih lagi memegang tangan milik sahabatnya itu.

" Juga tentang,Taehyung.."

Riak wajah Yoongi tiba tiba berubah.Senyuman yang hinggap di bibirnya tadi sudah hilang,terbang entah ke mana.
Yoongi melepaskan tangan Jimin.

" hyung..Jimin betul betul minta maaf...Jimin memang.."  Jimin teresak esak.

Yoongi memandang tepat ke mata Jimin.Tetapi pandangannya kosong.
Yoongi menatap mata Jimin yang sedang mengeluarkan air mata,dengan pandangan yang kosong.Rohnya seperti tidak berada di situ,hanya jasadnya yang sedang memandang Jimin.

"Hyung..?"  Menyedari akan hal itu,Jimin dengan segera menggoncangkan tubuh Yoongi.

"Hyung! Hyung!!"
Yoongi tersedar daripada lamunannya.Lamunan memori bersama Taehyung.

Dia mengerdipkan matanya beberapa kali.Segalanya seperti perlahan baginya.Suara teriakan Jimin pun kurang jelas kedengaran.

Perlahan...perlahan...dan perlahan...

~~~

Tit,tit,tit

Bunyi mesin nadi kedengaran.Yoongi membuka matanya dan mendapati Jimin berada di sebelah,memandang dirinya.

"Hyung..dah sedar?  biar Jimin panggilkan doktor" Kata Jimin lalu berjalan pergi.

Yoongi mengeluh.Dia keliru,mengapa dia berada di sini.Terbaring seperti orang sakit,memakai pakaian pesakit di hospital dan wayar yang melekat di tangannya itu.

Seorang doktor dan Jururawat memasuki bilik yang diduduki Yoongi.Doktor itu tersenyum kemudian meminta izin untuk memeriksa Yoongi.

" Hai Min Yoongi.Saya doktor Sungjae."

Papillon [ Butterfly ]Where stories live. Discover now