chapter 55

198 16 9
                                    

"Mirae dengar dulu apa yang saya nak explain" panggil luhan dari belakang . tapi mirae tidak sesekali pun berhenti

"Mirae stop" jerit luhan . sekarang ni mereka berada di parking lot bawah tanah

Larian mirae makin lama makin perlahan dan hal itu membuatkan luhan dapat memegang lengan mirae

"Lepaslah ! lepaskan aku ! Lepaslahhh !" Mirae meronta ronta minta di lepaskan tetapi luhan membawa mirae kedalam dakapannya

Air mata mirae masih berjujuran (?) di pipi mulusnya . luhan mengetatkan lagi pelukannya

"Lepaskan aku luhan lepaskan" sayu suara mirae di telinga luhan

"Sayang awak salah faham" luhan membelai kepala mirae

Mirae melepaskan pelukan luhan padanya

"Salah faham ?! Salah faham apa lagi luhan ? Benda dah terang terang depan mata , lagi nak kata aku ni salah faham ?" Panggilan mirae pada luhan sudah berubah dari 'awak saya' kepada 'kau aku' . mirae sangat terluka kalini . dia tak sangka luhan sanggup buat macamtu pada dia

"Awak kena dengar dulu apa yang saya nak terangkan dulu . awak tak boleh buat saya macamni mirae . saya sayang awak"

"Pergi matilah dengan sayang kau tu . aku nak balik . kau pergilah sambung kerja kau yang lagi penting dari keluarga kau tu . jangan hiraukan keluarga kau . dorang dah tak perlukan kau lagi . ceraikan aku !" Mirae terus meninggalkan luhan yang sedang menjerit jerit memanggil namanya .

Mirae menghidupkan enjin keretanya lalu pergi meninggalkan kawasan parking lot tersebut

"Arghhhhh shit !" Maki luhan . rambutnya di serabaikan . sungguh fikirannya kusut saat ini . dia tak sanggup kehilangan isteri dan anak anaknya . ni semua salah dia kerana terlalu sibuk sangat dengan kerja sampai tak sedar dia telah melukakan hati banyak pihak

°°°°°°°

Setibanya mirae di rumah dia terus masuk ke biliknya . abangnya yang sedang duduk di ruang tamu bersama anak anaknya pelik melihat perangai mirae .

Dyo terus menaiki tangga untuk ke bilik mirae

Pintu bilik mirae di ketuk . risau akan keadaan adik perempuannya

"Mirae ok tak ? Do mirae ! Mirae !"

Mirae hanya menjawab ok dari dalam bilik dan menyuruh dyo turun ke bawah .

Bila dyo di bawah , dyo ternampak kelibat luhan yang tergesa gesa masuk ke dalam rumah seperti orang tak betul dengan rambut serabainya , tali leher tak terikat dengan betul , baju tak thigh in (?) . nampak seperti orang yang bermasalah .

Dyo menegur

"Luhan ? Kamu ok tak ?" Tanya dyo prihatin

"Ok hyung . mirae mana ?"

"Dalam bilik . pergilah tengok . dia balik balik tadi terus masuk dalam bilik"

"Ouhh ok . thanks hyung" luhan terus membuka langkah naik ke biliknya

"Noona , kenapa appa tu selekeh sangat ?" Tanya sang adik kepada kakaknya

"Terjatuh longkang kot" jawab lumie selamba

Raehan hanya menggaru kepalanya yang memang gatal . dyo tergelak melihat telatah dua beradik kembar tersebut

"Kids , jom keluar . uncle nak belanja korang mainan baru . nak tak ?"

Bersinar sinar mata kembar tersebut apabila mendengar unclenya menyebut tentang MAINAN BARU . peluang keemasan jangan di sia siakan

"Nakkk" serentak raehan dan lumie jawab

"Kajja" dyo memegang tangan kedua dua kembar tersebut lalu membawa mereka naik kereta

Dyo tahu yang mirae dan luhan bergaduh . sebab tu dia bawak lumie dan raehan keluar . biarlah luhan dan Mirae settlekan hal mereka tanpa ada gangguan pun

••••••••••••

Luhan masuk ke dalam bilik tersebut lalu berbaring di sebelah mirae yang sedang terbaring menghadap arah bertentangan dengannya .

Luhan terus memeluk mirae tapi tangan luhan di tepisnya mirae

"Jangan sentuh aku"

"Sayang"

"Jangan panggil aku sayang"

"Saya takkan lepaskan awak . awak milik saya mirae"

Mirae terus duduk dari pembaringannya dan memandang muka luhan

"Kau nak apa lagi ? Kau tak dengar ke aku cakap apa tadi ? Ceraikan aku ! Tak faham lagi ke ?"

"Saya dah cakap dekat awak yang saya takkan ceraikan awak . awak milik saya mirae . milik saya ! And please jangan ber'aku kau' dengan saya . I'm still your husband and always be your husband !" Tegas luhan

"Tahu suruh aku hormat kau tapi kau ada hormat aku sebagai seorang isteri ? Seorang ibu ? Seorang perempuan ? Ada ?" Mirae memulang buah paku (?) pada luhan

Luhan terdiam . ya ! Sejak kebelakangan ni dia sudah tak selalu luangkan masa dengan mirae . dia langsung tak ambil tahu pasal hal di rumah . dia tak jalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami kepada isterinya , tanggungjawab sebagai seorang bapa kepada anak anaknya dan tanggungjawab sebagai seorang lelaki kepada keluarga kecilnya . baru dia sedar sekarang yang dia dayus ! Terlalu sibukkan sangat hal di tempat kerja sampai keluarga kecilnya di abaikan

"Saya minta maaf mirae . saya sibukkan sangat hal di tempat kerja sampai tanggungjawab saya di rumah pun saya lupa . saya jarang luangkan masa dengan awak dan anak anak kita . saya tak jalankan tanggungjawab saya sebagai ketua keluarga dengan betul . saya tak pernah terfikir nak curang di belakang awak . ya ! Saya mengaku yang saya cium dia . tapi bukan saya yang mulakan dulu . dia yang start dulu mirae . dia yang mulakan dulu . saya pun lelaki jugak mirae . punya nafsu . tapi tu bukan yang macam awak fikirkan . percayalah mirae . saya betul betul cintakan awak"

"How could you this to me luhan ? Awak dah lukakan hati saya dan senang senang macamtu je awak minta maaf pada saya . awak ingat senang senang je awak nak dapatkan kepercayaan saya balik ? Kita dah ada anak luhan . awak tak fikir pasal anak kita ke sebelum awak buat semua benda tu ? Saya kecewa sangat dengan awak luhan . kecewa sangat" pecah sudah kolam air mata mirae

Luhan terus memeluk mirae . mirae hanya menangis di bahu luhan

"I'm sorry . mianhae ! Jeongmal mianhae"

Pelukan luhan di leraikan oleh mirae

"Saya perlukan ruang , saya perlukan masa . malam ni awak tidur dengan raehan dan lumie" mirae terus keluar dari bilik tersebut

Air mata jantan luhan pun keluar juga akhirnya . dia tak sanggup hendak berpisah dengan mirae . dia akan bagikan masa dan ruang sebanyak mana yang mirae mahu asalkan mirae tidak akan berpisah dengannya . dia jugak tak sanggup kehilangan dua orang penyeri rumah tangganya dan mirae

TBC

Please be strong luhan . I will always be here for you . ehehehe . do vote and comments guys ! xoxo

Question of the day :-

Dah tengok dah <sing for you MV> ? Sedihkan lagu dia T^T antara lagu <sing for you> , <girl × friend> , <unfair> and <on the snow> korang suka lagu yang mana ?

Kalau saya saya suka lagu unfair . lagu dia best and ceria ceria gitu ^^

[H] Kau Milik Aku Seorang ! [ L U H A N ] [ new acc ]Where stories live. Discover now