LUKISAN RUMAH MISTERI 1

823 48 1
                                    

ribby terjaga dari tidurnya. jam sudah menunjukkan pukul 6 pagi. perlahan lahan dia bangun dari atas katilnya. pintu jendela di bukanya. bayu pagi bertiup lembut ke wajahnya. dia menghirup udara pagi itu seketika. Sewaktu dia sedang berdiri di situ kelihatan olehnya eddy sedang bersiap hendak pergi ke sekolah. "hai... eddy.... selamat pagi....", laung ribby dengan ramah. "oh....selamat pagi ribby.... awak tak pergi sekolah ke hari ni?", soal eddy. "oh... nantilah... saya baru bangun ni.... bersarapan pagi pun belum.... awalnya awak bangun hari ni...", kata ribby. "oh... mestilah awal. Bukan ke hari ni kita ada perhimpunan di sekolah....", balas eddy. "oh... ye ke?... awak pergilah dulu nanti saya akan menyusul kemudian. saya pergi bersiap dulu, ya....", ribby membalas sambil tersenyum. "ok....bye!", eddy melambaikan tangannya. kemudian dia pun pergi dari situ.

Ribby terus pergi mandi. selepas mandi, dia pun berpakaian kemas. kemudian dia pergi ke ruang dapur pula. Sewaktu dia sedang menyiapkan sarapan paginya kelihatan sekeping nota kecil terlekat kemas di atas pintu peti sejuk yang ada di situ. dia pun membaca nota kecil itu, "hai ribby sayang.... selamat pagi.... papa ucapkan happy birthday sweet sixteen pada awak.... sorrylah sebab papa tak sempat ucapkannya pada awak secara face to face, maklumlah papa ada meeting di pejabat hari ni. Papa harap awak tak kisah tentang perkara itu. so, happy birthday my sweetheart....", begitulah bunyi nota yang di tinggalkan oleh papanya itu.

ribby hanya tersenyum saja bila dia baca nota tersebut. dia kembali menyiapkan sarapan paginya. selepas bersarapan pagi dia pun melangkah keluar dari dalam apartment itu. Sewaktu dia membuka pintu apartment papanya, tiba tiba dia lihat ada sebuah kotak sederhana besar berbalut kemas di hadapan pintu apartment tersebut. ribby pun terus mengambil kotak itu. hatinya mula tertanya tanya. Siapakah orang yang memberikannya kotak tersebut?... dia sendiri pun tidak tahu. "mungkinkah ini hadiah dari papa untuk hari jadiku? hm.... mungkin juga...", bisik hati kecil ribby. perlahan lahan dia membawa masuk kotak besar itu ke dalam apartment papanya.

Dia melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya. Kemudian dia meletakkan kotak besar tersebut di atas meja studynya. Di perhatikannya kotak besar itu seketika. kelihatan namanya tertulis kemas di atas kotak besar tersebut. "especially for ribby james...", nama pengirimnya tidak ada pula tercatit di atas nota itu. ribby pun terus membuka kotak tersebut dengan penuh berhati hati. Sewaktu dia sedang membuka kotak itu, dia lihat ada sebuah lukisan rumah yang berbingkaikan silver tersimpan kemas di dalam kotak tersebut. ribby pun mengambil lukisan itu. dia terasa lain macam aje ketika melihat lukisan rumah tersebut. Ianya kelihatan sangat menggerunkan. namun di buangkannya saja perasaan itu jauh jauh dari lubuk hatinya. perlahan lahan dia menggantungkan lukisan tersebut di dinding bilik tidurnya.

Setelah menggantungkannya di dinding bilik tidurnya, dia kembali memerhatikan lukisan itu. lukisan tersebut menggambarkan sebuah rumah misteri yang terletak di dalam hutan. rumah misteri itu kelihatan sangat cantik dari segi seni binanya tapi ianya kelihatan menggerunkan jika di perhatikan dengan betul betul. Di sekeliling rumah tersebut ada pokok mati yang tidak berdaun. Ini membuatkan pemandangan di dalam lukisan itu bertambah menggerunkan. Sewaktu dia sedang leka memerhatikan lukisan tersebut dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan lukisan itu. Tiba tiba saja ia berubah menjadi gambaran rumah yang real pula. Tadi ia hanya sebuah lukisan yang biasa biasa saja tapi kini ia berubah menjadi gambaran rumah yang benar benar 'hidup'. Ribby dapat melihat pintu jendela terbuka dan tertutup dengan sendirinya. Malah lebih memeranjatkan lagi ranting ranting kayu di atas pokok mati dekat dengan rumah tersebut nampak bergoyang sedikit seperti di tiup angin yang kuat. Daun daunan kering berterbangan di bawa angin. Ribby terkejut ketika dia menyaksikan kejadian itu. Baginya inilah kali pertama dalam hidupnya dia melihat sebuah lukisan tiba tiba 'hidup' dalam sekelip mata.

LUKISAN RUMAH MISTERI (PG13)Where stories live. Discover now