LUKISAN RUMAH MISTERI 4

298 31 0
                                    

"ya.... ratu.... memang pun kami pandai bercakap. apakah ratu sudah lupa? ratulah yang sumpah kami sehingga kami jadi macam ni...", kata si monyet. "oh... nanti dulu.... siapa yang ratu ni? bila masa pula saya sumpah korang sehingga korang jadi macam ni?", soal ribby. ketiga tiga binatang itu saling berpandangan seketika. "awaklah ratu.... ratu sendiri yang menyumpah kami semalam sehingga kami berubah bentuk menjadi binatang....", jawap si kucing. "sebenarnya saya bukan ratu korang lah....", kata ribby berterus terang. semua binatang itu saling berpandangan. mereka merasa hairan. "jika awak bukan ratu kami... jadi awak ini siapa?", soal si anjing. "nama saya ribby james... sebenarnya saya terperangkap di dalam tubuh ratu korang ni... tentu korang tidak percaya dengan cakap saya ni kan? tapi saya cakap yang betul...", kata ribby. "kami tak faham... cuba awak terangkan satu persatu apa yang telah terjadi pada diri awak...", kata si monyet pula.

"begini.... pagi tadi semasa saya bersiap hendak pergi ke sekolah saya ternampak ada kotak hadiah depan pintu apartment papa saya. jadi saya pun ambil lah kotak hadiah tu. bila saya buka kotak hadiah tu, saya nampak ada sebuah lukisan rumah di dalam kotak tu. saya fikir pasti papa saya yang berikan hadiah lukisan tu pada saya. maklumlah hari ni kan hari jadi saya. Jadi, saya ambik saja lukisan tu. kemudian saya gantungkannya di atas dinding bilik tidur saya...", ribby berhenti bersuara seketika. Kemudian dia kembali bersuara semula, "saya perhatikan lukisan rumah yang penuh misteri tu. Saya rasa ada keanehan di sebalik lukisan tersebut... tiba tiba saja lukisan itu nampak 'hidup'... maksud saya lukisan tu bertukar menjadi real. Saya nampak dengan jelas sekali pintu jendela terbuka dan tertutup dengan sendirinya. Malah ranting ranting kayu di atas pokok mati seperti bergoyang goyang dan lebih memeranjatkan lagi daun daunan kering berterbangan di tiup angin. ketika saya tercengang melihat lukisan itu, tiba tiba saja saya nampak ada seorang gadis berdiri di tepi jendela loteng rumah tersebut. dia merenung ke arah saya seperti hendak makan saya pula. sebaik saja saya membalas renungan matanya tiba tiba saja saya jatuh pengsan. bila saya sedar aje saya dapati yang diri saya berada di dalam rumah ini dan tubuh ini....", jelas ribby dengan panjang lebar.

"oh.... begitu... jadi dia berjayalah buat rancangan jahatnya tu....", kata si monyet. "hm.... mungkin juga....", balas si kucing pula. "wei.... korang cakap apa ni? rancangan jahat siapakah yang korang maksudkan ni? saya tak fahamlah....", celah ribby. "sebenarnya kami sedang bercakap tentang ratu yang jahat tu. buat pengetahuan awak ratu yang kami maksudkan itu ialah perempuan tua pari pari sihir yang jahat sekali. dia merancang hendak menjadi seorang manusia untuk menguasai dunia manusia... tubuh yang awak gunakan sekarang ialah tubuh adik kami. rohnya terperangkap di dalam botol di sebuah gua yang terletak tidak jauh dari sini...", jelas si monyet. "er... nanti dulu... boleh tak awak ceritakan bagaimana perkara ini boleh terjadi?", soal ribby.

"boleh... semuanya terjadi di suatu petang yang indah di mana kami sedang bermain di kaki gunung meruh. ketika kami bermain di situ adik kami holly berlari masuk ke dalam sebuah gua yang terletak di kaki gunung tersebut. kami mengejarnya dari belakang. adik kami holly terjumpa sebiji botol yang begitu aneh rupa bentuknya. Holly kata yang dia nampak ada sesuatu di dalam botol tersebut. jadi dia pun membuka penutup botol itu. sebaik saja penutup botol di bukanya, kelihatan kepulan asap keluar dari dalam botol itu....", si monyet berhenti dari bersuara. dia menghela nafas panjang. "selepas itu apa yang terjadi?", soal ribby ingin tahu...

LUKISAN RUMAH MISTERI (PG13)Where stories live. Discover now