LUKISAN RUMAH MISTERI 2

442 37 1
                                    

Ribby menggosok gosokkan matanya berulang kali kerana dia fikir mungkin matanya tersalah lihat tapi bila dia perhatikan semula lukisan tersebut dia masih juga melihat pemandangan yang sama. Ketika ribby tercengang melihat lukisan rumah yang penuh misteri itu, tiba tiba matanya terpandang akan bayang kelibat seorang gadis yang hampir sebaya dengannya sedang berdiri di pintu jendela loteng rumah tersebut. gadis berambut panjang dan bergaun hitam itu berdiri sambil merenung ke arahnya. Ketika dia membalas renungan mata gadis tersebut, tiba tiba saja ribby terjatuh lalu pengsan di atas lantai...

*** *** ***

Perlahan lahan ribby membuka matanya. dia lihat yang dirinya kini berada di dalam sebuah bilik tidur yang agak asing pada pandangan matanya. "aku kat mana ni? Ini bilik tidur siapa?", persoalan demi persoalan mula bermain di benaknya. dia memerhatikan keadaan di dalam bilik tidur tersebut. ianya tidak begitu kemas seperti bilik tidurnya. ribby tidak tahu bagaimana dia boleh berada di dalam bilik tidur yang asing itu. yang dia tahu dia berada di dalam bilik tidurnya tadi dan dia sedang memerhatikan lukisan rumah misteri itu. Kemudian dia lihat ada seorang gadis yang sebaya dengannya sedang merenung dia dari dalam lukisan tersebut. Apabila dia membalas renungan mata si gadis itu dia pun jatuh pengsan. "oh.... nanti dulu... mana perginya lukisan rumah misteri itu?", soal hati kecil ribby.

perlahan lahan dia bangun dari atas lantai. matanya mula melilau ke sana ke mari mencari di mana letaknya lukisan tersebut. tiba tiba matanya terpandang akan sebuah lukisan tergantung kemas di atas dinding bilik tidur itu. alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat apartment papanya terlukis kemas di dalam lukisan itu. "Oh... apa dah jadi ni?... kenapa pula apartment papa ada dalam lukisan tu? mana perginya lukisan rumah besar di dalam hutan tu ar?", soal ribby dengan nada suara yang terkejut. dia memerhatikan lukisan itu sekali lagi. kelihatan seorang gadis menyerupai dirinya sedang merenungnya dari dalam lukisan tersebut. dia berdiri di pintu jendela bilik tidurnya sambil tersenyum pada ribby.

"hey!.... kenapa wajahnya hampir serupa dengan wajah aku pula?...", soal ribby kebingungan. Dia lihat gadis yang menyerupai dirinya itu sedang melambai-lambaikan tangannya pada ribby. Dia tahu itu bukan dirinya yang sebenarnya. "Hey... apa kau buat dalam bilik tidur aku tu, hah?..."soal ribby dengan hati yang marah. Si gadis yang menyerupai wajahnya itu langsung tidak menjawap soalannya. Malah dia tersenyum lebar pula padanya. Perlahan lahan dia menutup pintu jendela bilik tidur ribby. "hey!.... tunggu dulu... kau nak pergi ke mana tu, haah?!... kau belum jawap soalan aku lagilah.... hey!....", jerit ribby dengan marah sekali. namun jeritannya itu hanyalah sia sia. gadis tersebut sudah tidak ada lagi dalam lukisan itu. ribby bersandar di dinding sambil menangis hiba.

ketika dia sedang menangis, tiba tiba saja matanya terpandang akan sebuah cermin besar yang tergantung di atas dinding tidak jauh dari situ. dia lihat wajahnya di cermin. Alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat wajahnya sudah berubah. Dia tahu itu bukan wajahnya sendiri. "oh.... wajah itu....", dia teringat akan sesuatu. kalau tidak salah itulah wajah gadis yang merenungnya dalam lukisan sebentar tadi. dia pun terus bangun lalu melangkah menuju ke arah cermin tersebut. dia merasa sungguh terkejut apabila dia melihat dirinya menyerupai gadis misteri dalam lukisan itu. Rambutnya hitam panjang mengurai sehingga ke paras pinggang dan baju gaunnya juga berwarna hitam. dia bukan dirinya lagi. dalam erti kata yang lain dia kini telah menjadi gadis misteri tersebut. ribby macam tidak percaya dengan apa yang di lihatnya saat itu.

"jangan jangan aku bermimpi kot? Harap harap ini hanyalah mimpi....", ribby pun memejamkan kedua belah matanya lalu di cubitnya lengan kirinya dengan kuat sekali. "ouwhhhh!....", dia menjerit kesakitan sebaik saja tangannya di cubit. ribby terus membuka matanya. dia tahu yang ini bukan mimpi lagi. hatinya semakin gelisah. cepat cepat dia membuka pintu jendela yang terletak tidak jauh dari situ. dia meninjau keadaan di luar rumah tersebut. di hadapan matanya terbentang luas hutan belantara yang sangat tebal. di halaman rumah terbiar itu pula ada pokok pokok mati. Ia mengingatkan ribby tentang lukisan rumah misteri itu. otaknya mula ligat berfikir. "jangan jangan aku terperangkap di dalam tubuh gadis misteri itu?.... dan mungkin juga aku terperangkap di dalam lukisan rumah misteri itu?!... oh!....tidakkkk!!!.....", jerit ribby, histeria....

LUKISAN RUMAH MISTERI (PG13)Where stories live. Discover now