LUKISAN RUMAH MISTERI 6

280 31 0
                                    

Perlahan lahan mereka melangkah menuju ke arah singa itu dengan langkah kaki yang terjengket jengket. Sebaik saja mereka berada dekat dengan pintu besi rumah tersebut, ribby pun mengambil sebatang ranting kayu yang ada di tepi pintu besi rumah itu secara perlahan lahan. kemudian dia cuba menarik keluar anak kunci yang tergantung di leher singa besar dengan berhati hati. Pada percubaan pertama dia tidak dapat menarik keluar kunci tersebut kerana singa itu menggerakkan kepalanya ke tanah. Ribby terpaksa menunggu singa tersebut tidur semula. Sebaik saja dia mendengar singa itu berdengkur dia kembali berusaha menarik keluar kunci tersebut

Tidak lama kemudian, "yes!.... saya sudah berjaya!...", bisik ribby sebaik saja anak kunci itu berjaya di raihnya. si monyet, si kucing dan si anjing turut merasa gembira sebab ribby sudah pun berjaya mengambil anak kunci tersebut tanpa mengejutkan singa itu dari tidurnya. Ribby memerhatikan anak kunci di tangannya. perlahan lahan dia memasukkan anak kunci tersebut ke dalam mangga pintu besi itu. sekali pusing saja pintu tersebut terus terbuka. "yeahhh!...", si monyet, si kucing dan si anjing bersorak kegirangan. "shhhhh!... jangan bisinglah... nanti singa tu terjaga dari tidurnya....", kata ribby separuh berbisik. mereka terus terdiam. mereka melangkah dari situ dengan langkah kaki yang terjengket jengket. langkah mereka terhenti sebaik saja mereka terdengar sesuatu..... "ggggrrrrrrrr!....", ribby cepat cepat menoleh ke belakangnya. alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat singa besar itu sedang berdiri memerhatikan mereka dengan wajah yang bengis sekali. "alamak.... singa tu dah terjaga dari tidurnyalah.... ca... buuuuttt!!!!!....", jerit ribby. mereka terus mlarikan diri dari situ.

Setelah mereka jauh berlari, ribby berhenti berehat seketika di sebatang pokok besar yang ada di situ. begitu juga dengan si monyet, si kucing dan si anjing. mereka berehat melepaskan lelah di situ. "fuhhh.... nasib baik kita dapat melepaskan diri dari singa tu.....", kata si monyet dengan termengah mengah. "ya.... betul tu.... kalau tidak sudah tentu kita di makan oleh singa tu....", sokong si kucing pula. "korang rasa singa tu tak tahu kita di sini, tak?", soal ribby separuh bimbang. "jangan bimbanglah.... kita dah jauh tinggalkan dia di belakang... dia pasti tidak tahu kita ada di sini....", balas si anjing. "Harap harap macam itu lah hendaknya....", kata ribby dengan penuh pengharapan. belum pun sempat ribby hendak melabuhkan punggungnya di atas batang kayu yang ada di situ tiba tiba singa itu muncul di hadapan mereka.

"alamak... habislah kita kali ini...singa tu datang lagilah....", ribby bersuara separuh ketakutan. si monyet, si kucing dan si anjing pun turut merasa takut. mereka bersembunyi di belakang ribby. "gulp....", ribby menelan air liurnya. singa tersebut memandang ke arahnya. perlahan lahan ribby mengambil sebatang kayu yang ada di situ. dia berkira kira hendak mencucuk mata singa itu dengan kayu di tangannya. ketika dia hendak berbuat demikian tiba tiba ribby lihat singa tersebut tunduk padanya. "maafkan saya ratu sebab menakutkan ratu tadi.... saya ingat ratu ni orang lain....", kata singa tersebut. ribby terpinga pinga. "singa tu fikir awak ni ratu yang jahat tu lah...", bisik si monyet di belakangnya. "oh ye ke?", soal ribby. "yelah... cuba awak berlakon jadi ratu jahat tu...", bisik si monyet. "macamana?", soal ribby lagi. "hishhh... berlakon jadi jahatlah.... maki hamun dia... tak pun pukul dia dengan kayu di tangan awak tu...", bisik si monyet di belakangnya. "baiklah....", bisik ribby dengan pantas.

"hei... singa!... kau ni memang bodoh lah!... yang kau takut takutkan kami ni kenapa, hah?!!... tak ada kerja lain lagi kah, hah?!... pergi berambuslah kau!!!!....", tengking ribby dengan garang sekali. di pukul pukulnya kepala singa itu dengan kayu di tangan. "auuuuwww.... maafkan saya ratu. maafkan saya....", singa bersuara dengan sedih. "apa maaf maaf?... pergi berambus dari sini!.... kalau tidak aku sumpah kau jadi katak...", kata ribby dengan wajah yang garang. "baba... baiklah ratu.... saya pergi dulu....", singa itu terus beredar dari situ. sebaik saja singa itu menghilang dari pandangan mereka, mereka bersorak keriangan.

"yeahhh!!!!.... singa tu dah lari... kita dah selamat dari di makan oleh singa tu. nasib baik awak pandai berlakon menjadi ratu yang jahat tu, ribby.... kalau tidak sudah tentu kita semua akan di bahamnya hidup hidup...", kata si monyet pada ribby. "terima kasih atas pujian awak tu... sebenarnya saya tidak pandai berlakonlah... saya cuma buat marah marah aje...", balas ribby sambil tersenyum. "apa apa pun lakonan awak tu dah menjadik...", kata si kucing. "ye btul tu...", sokong si anjing. "er...sudahlah tu. jangan asyik memuji saya... er... gunung meruh tu masih jauh lagi tak dari sini?", soal ribby. "yep... masih jauh lagi...", balas si anjing. "kalau macam tu jom kita pergi ke gunung meruh.....", ajak ribby. "jom....", balas mereka semua. mereka pun memulakan perjalanan mereka.

Ketika mereka meneruskan perjalanan mereka menuju ke gunung meruh, ribby merasa hairan. dia hairan sebab hutan tersebut sunyi sepi bagaikan tidak berpenghuni. anehnya hutan itu di penuhi dengan batu batu yang ganjil rupa bentuknya. "mana pergi semua binatang dalam hutan ni? bunyi unggas pun tidak ada.... aneh betul...", kata ribby kehairanan. "sebenarnya semua binatang dalam hutan ini sudah di sumpah menjadi batu sebab itu kawasan hutan ini sunyi sepi...", balas si anjing di sebelahnya. "oh.... yakah? kasihan betul semua binatang dalam hutan ni. patutlah dari tadi saya asyik nampak batu aje dalam hutan ni. rupa rupanya mereka semua di sumpah menjadi batu...", kata ribby perlahan lahan.

langkah kaki mereka terhenti sebaik saja mereka melihat ada beberapa buah rumah kosong yang terletak tidak jauh dari situ. "rumah ni semua siapa yang punya?", soal ribby ingin tahu. "sebenarnya inilah kampung orang bunian....", jawap si monyet. "mana pergi semua penduduknya? kenapa semua rumah nampak macam kosong aje?", soal ribby bertambah hairan. "sebenarnya semua penduduk di dalam kampung ni sudah di sumpah menjadi mayat hidup...", kata si anjing. "apa?!!!... maksud awak semua penduduk di sini telah di sumpah menjadi zombie?...", soal ribby terkejut. "ya... lebih kurang macam itulah....", balas si anjing. belum pun sempat ribby bersuara tiba tiba muncul sekumpulan mayat hidup melangkah keluar dari dalam setiap buah rumah yang ada di situ. mereka melangkah terhuyung hayang menuju ke arah ribby dan kawan kawannya. "Ca... buuuttt!.....", jerit ribby ketakutan. mereka terus lari lintang pukang dari situ.

LUKISAN RUMAH MISTERI (PG13)Where stories live. Discover now