LUKISAN RUMAH MISTERI 5

289 34 0
                                    

"selepas itu, kami nampak seorang perempuan tua pari pari keluar menjelma dari dalam kepulan asap tersebut. dia ketawa gembira sambil mengucapkan terima kasih kepada kami sebab kami dah keluarkannya dari dalam botol itu. pada mulanya kami menyambutnya dengan gembira namun kegembiraan kami hilang bila dia mula mengangkat kayu saktinya lalu membaca mentera yang bunyinya sangat aneh. tiba tiba kami lihat adik kami holly jatuh pengsan. roh holly keluar dari dalam tubuhnya kemudian dia terus masuk ke dalam botol kecil di dalam tangan si pari jahat itu. selepas itu tubuh pari pari jahat tersebut berubah bentuk menjadi kepulan asap yang hitam. kepulan asap itu terus masuk ke dalam tubuh adik kami. apabila kami melihat adik kami terperangkap di dalam botol tersebut kami pun melawannya dengan menggunakan ilmu sakti dari dalam buku sakti kecil yang selalu kami bawa dari rumah tapi belum pun sempat kami membaca mentera di dalam buku sakti tersebut, si pari pari jahat itu terus menyumpah kami semua menjadi binatang... selepas itu dia memaksa kami membawa dia pulang ke rumah kami sebab dia mahu tinggal dengan kami. Sebaik saja dia berada di rumah kami, dia menyuruh kami memanggilnya ratu. yang lebih teruk lagi dia nak jadikan kami sebagai hamba abdinya....", jelas si monyet panjang lebar.

"oh... begitu.... kasihan korang semua.... kenapa korang tidak hafal saja semua mentera yang ada di dalam buku sakti tu?", soal ribby ingin tahu. "sebenarnya buku sakti itu adalah kepunyaan datuk kami. Datuk kami yang serahkan buku sakti tu pada kami sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir sebulan yang lalu. kami belum pandai lagi menghafal semua mentera yang tertulis di dalam buku sakti tu.... buat pengetahuan awak buku sakti tu sangat berguna bagi kaum kami orang bunian. ianya sangat berguna bagi memprtahankan diri dari serangan musuh tapi malangnya kami ini bebal. langsung tidak tahu bagaimana menggunakan buku sakti tu...", keluh si kucing dengan sedih.

"oh.... jadi korang ni orang bunian?... thats mean saya sekarang berada di alam bunian...", ribby bersuara seperti baru sedar tentang perkara itu. "ya... kami orang orang bunian di tawan oleh pari pari sakti yang jahat...", balas si kucing. "mana orang tua korang? kenapa orang tua korang tidak melawan pari pari yang jahat tu?", soal ribby lagi. "kami berempat anak yatim piatu... orang tua kami sudah lama tiada...", balas si monyet dengan wajah yang sedih. "oh.... begitu... er... buku sakti korang tu kat mana sekarang?", soal ribby ingin tahu. "buku sakti tu di simpan oleh pari pari jahat tu dalam gua yang terletak di kaki gunung meruh bersama dengan adik kami yang terperangkap di dalam botol tu... buku sakti dan botol itu di jaga dengan rapi oleh seekor naga peliharaan pari pari yang jahat tu...", jawap si anjing. "Hah?... naga?", soal ribby terkejut. "ya... seekor naga yang ganas... anyway, kenapa awak terkejut bila kami menyebut tentang naga tu pula?", soal si kucing.

"sebenarnya saya belum pernah tengok naga sebelum ini... tak sangka pula naga ni wujud dalam dunia korang... er... kenapa korang tidak pergi ke sana untuk ambil buku sakti tu dan selamatkan adik korang tu?", soal ribby ingin tahu. "kami tidak boleh berbuat begitu sebab kami terperangkap di dalam rumah besar ni... setiap kali kami mencuba hendak keluar dari sini, kami gagal membuka semua pintu dan jendela dalam rumah ni... buat pengetahuan awak, semua pintu dan jendela dalam rumah ni telah di kunci oleh pari pari yang jahat tu...", balas si monyet.

"jadi macamana kita nak keluar dari sini?", soal ribby ingin tahu. "hm... tak tahulah...", balas si monyet separuh mengeluh. mereka duduk di atas katil sambil berfikir panjang. "hah!... saya ada satu idea....", ribby bersuara secara tiba tiba. Terkejut mereka yang lain ketika mendengarnya berkata begitu. "apa dia?", soal si kucing sambil memandang wajah ribby. "apa kata kalau kita sama sama cari kunci tu dalam rumah ni. manalah tahu kot kot kunci tu ada dalam rumah ni....", balas ribby sambil tersenyum. "Oh... baiklah... mari kita semua mencarinya...", cadangan ribby di persetujui oleh mereka semua. mereka pun segera mencari kunci itu di dalam rumah tersebut.

Ribby mencari kunci dalam bilik tidur yang di jejakinya sebentar tadi. manakala si kucing, si anjing dam si monyet mencari kunci tersebut di bilik tidur yang berasingan. setelah puas mencari mereka bertemu semula di ruang tamu tingkat bawah rumah tersebut. "so macamana?.... korang dah jumpa kunci tu tak?", soal ribby. "belum lagi...", balas si kucing, si anjing dan si monyet hampir serentak. mereka semua terduduk di atas kerusi sofa dengan wajah yang monyok. ketika mereka berada di situ tiba tiba ribby ternampak seekor singa yang sangat besar sedang baring di luar pintu rumah tersebut. singa itu sedang tidur lena di tepi pintu rumah besar tersebut. di leher singa itu ada rantai besi yang sangat besar. di rantai besi tersebut ada anak kunci yang berkilauan di sinari mentari pagi. "jangan jangan kunci yang ada di leher singa tu ialah kunci pintu rumah ni tak?....", ribby bersuara sambil tangannya menunjuk ke arah singa tersebut. mereka berpandangan seketika. kemudian perhatian mereka tertumpu ke arah singa besar itu...

LUKISAN RUMAH MISTERI (PG13)Where stories live. Discover now