Bab 31

157K 7.4K 1.1K
                                    

" Argh penatnya ! "

Kawaii melabuhkan punggungnya di atas kerusi . Dia mengelap peluh di dahi . Rasa nak tercabut tangan angkat bunga yang banyak tu masuk dalam van . Habis rosak kulit tangan aku yang mulus ni

Orked yang sedang menyapu lantai sudah mula bercekak pinggang

" Duduk apa lagi ? Pergi lah hantar bunga tu " arah Orked . Nak aja aku ketuk kepala pondan ni dengan penyapu

Selalunya Ika atau Kawaii yang akan hantar bunga , tapi disebabkan Ika cuti kerana demam , terpaksa lah Kawaii yang hantar seorang diri . Syukur juga demam Ika dah mula kebah pagi tadi . Pada mulanya , Ika mahu bekerja hari ini . Namun ditolak keras oleh Orked . Dia menyuruh Ika berehat di rumah sahaja

" Ish kejap lah . I penat tau . I ni perempuan , cepat penat bila buat kerja berat-berat ni "

Rungutan Kawaii mengundang tawa Orked . Penyapu diangkat menunjuk ke arah Kawaii

" Kau perempuan ? "

Orked ketawa terbahak-bahak . Kawaii pula buat muka menyampah . Bos dia yang satu ni suka sangat nak menbahan dia . Apa hina sangat aku di mata orang ? huhu

" Dah lah tu , Kamal . Ingat sikit kau tu jantan " kata Orked apabila tawanya mula reda . Kawaii hanya buat tidak dengar . Sudah memang dia begini , nak ubah macam mana lagi

" Err maaf .. "

Perbualan Orked dan Kawaii terhenti apabila ditegur satu suara di pintu hadapan kedai

" Ada penghataran bunga untuk ... " kata lelaki itu sambil melihat seketika kertas ditangannya

" Untuk Cik Orked Dahlia " sambungnya lagi

Buat seketika kening Orked bertaut . Penghantaran bunga untuk aku ? Siapa pula yang bagi ? Kat kedai aku ni pun dah berlambak dengan bunga

Penyapu ditangan disandarkan pada dinding . Dia menepuk sedikit tangannya bagi menhilangkan sisa habuk . Kemudian dia mula mengatur langkah mendekati lelaki tersebut . Kawaii membuntuti . Nak tahu juga siapa secret admire si Orked

" Saya Orked Dahlia " Orked perkenalkan diri

Lelaki tersebut mengangguk seketika . Dia menghulurkan sejambak bunga tulip berwarna merah jambu . Orked menyambut

" Cik tanda tangan kat sini "

Orked pun menurunkan tanda tangannya

" Siapa yang bagi bunga tu Orked ? " soal Kawaii apabila lelaki tersebut sudah beredar

Orked hanya jongket bahu . Dia mencari-cari kad yang mungkin terselit pada bunga itu . Haaa ada pun . Kad berwarna merah terang

" Woah , bukak cepat ! " kata Kawaii teruja . Gaya macam dia pulak yang dapat bunga

Perlahan-lahan tangan Orked membuka kad kecil itu

I love you ...

- Haydar -

" Tak sangka si pinggan ni pun sweet jugak " komen Kawaii . Orked hanya mencebik . Love you taik ayam !

Laju sahaja kakinya melangkah ke tong sampah . Baru sahaja dia hendak membuang sejambak bunga tulip itu , Kawaii sudah menahan

" Eh kejap , kenapa you nak buang ? Comel tau bunga ni " Kawaii mengambil bunga tersebut dari tangan Orked . Orked hanya buat tak tahu

" Ambiklah kalau kau nak . Dah , pergi hantar bunga sekarang . Kalau lambat nanti customer bising " ujar Orked tiada mood . Hilang terus moodnya setelah mendapat bunga daripada Haydar tadi . Tak faham bahasa betul mangkuk yang satu itu . Huh menyampah !

Dahlia MikailWhere stories live. Discover now