Sudah 2 hari berlalu sejak kejadian pertengkarannya dengan Tengku Farhan . Dan selama 2 hari jugalah mereka tidak bercakap
Orked berasa sungguh bersalah . Nak ditegur Tengku Farhan , rasa takut pula . Mahunya dia mengamuk macam tempoh hari
Hancur berkecai telefonnya dibaling Tengku Farhan . Memang rosak teruk . Mujur sahaja telefonnya yang lama itu masih boleh digunakan
Dia dan Tengku Farhan langsung tidak bercakap sejak kejadian itu . Masing-masing buat hal sendiri . Orked sendiri pun tak faham apa yang jadi sebenarnya . Tiba-tiba sahaja Tengku Farhan mengamuk pada malam tersebut . Alasannya , dia tidak suka Orked berhubung dengan Bella
Tapi atas sebab apa ? Tak pernah dia lihat Tengku Farhan naik angin sebegitu . Dia bukanlah jenis yang panas baran
Lamunan Orked terhenti saat telefonnya berbunyi menandakan ada mesej yang masuk . Dia membuka mesej daripada nombor tidak dikenali itu
Orked , ini saya Bella
Mata Orked terkedip-kedip . Dari mana dia dapat nombor lama aku ni ?
Jemari Orked bergerak hendak membalas mesej tersebut namun terhenti apabila dia mula teringatkan Tengku Farhan . Ya , Tengku Farhan tak mahu dia berhubung dengan Bella . Lantas dibatalkan sahaja niatnya itu
Ini lebih baik . Kalau tidak , makin teruk la keadaan nanti
Mata Orked tertancap pada pintu bilik saat pintu tersebut dikuak daripada luar . Tengku Farhan masuk lalu menuju ke arah closet . Langsung tidak memandang ke arah Orked
Orked menggigit bibir . Marah sungguh dia kat aku . Bercakap sikit pun tidak . Sampai bila nak macam ni?
Dia mengeluh perlahan . Dia bangun lalu berjalan menghampiri Tengku Farhan . Dipandang suaminya yang sedang mengenakan T-shirt polo hitam
" Awak ... " meleret nadanya . Cuba memancing perhatian Tengku Farhan . Namun lelaki itu cuma buat tidak dengar
" Awak , saya minta maaf .. "
Masih tiada respon
" Awak , saya tahu saya salah . Maafkan saya " pujuk Orked lagi . Dia memeluk pinggang Tengku Farhan dari arah belakang . Kepalanya disandarkan pada belakang badan sasa itu
Tengku Farhan menghela nafas berat . Tak sanggup dia membiarkan Orked merayu meminta maaf . Hatinya sungguh terusik
Bukannya dia terlalu marahkan Orked. Sengaja dia bersikap dingin . Dia mahu Orked tahu yang dia serius tentang Bella
Dia yakin Bella mempunyai agenda tersendiri . Disebabkan itulah dia tak mahu Orked rapat dengan perempuan jalang itu
Perlahan dia memusingkan badan memandang Orked . Dipaut pinggang Orked agar rapat kepadanya
Orked terkebil-kebil . Hairan dengan Tengku Farhan . Tadi bukan main dingin , sekarang ni dah elok ke ?
" Awak masih marahkan saya ? " Orked menduga . Tengku Farhan mengukir senyuman nipis . Dia menggeleng
" Betul awak dah tak marahkan saya ?" soal Orked meminta kepastian
" Ya , saya tak marah dah " jawab Tengku Farhan . Dihadiahkan sebuah kucupan di dahi isterinya
Senyuman Orked melebar . Tapi dirasakan ada sesuatu yang kurang pada Tengku Farhan
" Emm awak .. kalau Nabila Huda hilang , apa nak kena buat ? " Orked mengajukan soalan pelik yang membuatkan kening Tengku Farhan terangkat
" Kenapa awak tanya macam tu ? "
" Ala jawab la "
Makin pelik Tengku Farhan jadinya
YOU ARE READING
Dahlia Mikail
Romance[Previously known as Mr Tengku VS Miss Flower] [Wattys Awards Winner 2016] Highest ranking: #1 in Romance #1 in Viral list -- "Saya tahu yang awak akan setuju jugak akhirnya untuk kahwin dengan saya," ujar Tengku Farhan. "Macam mana awak tahu?" Orke...