" Balik kampung.. Ohh...balik kampung! "
Tengku Farhan membuat muka mendengar suara Orked yang menyanyi serupa katak itu . Matanya difokuskan memandang jalan , cuba untuk tidak menghiraukan gangguan disebelahnya
You used to call me on my cellphone
Late night when you need my love
Call me on my cellphone
Late night when you need my love
And I ..." Apa ni ? " suara Orked separuh menjerit apabila Tengku Farhan selamba sahaja menutup siaran radio . Matanya merenung tajam ke arah Tengku Farhan yang bercermin mata hitam itu
Ish artis favourite aku okay !
" Suara macam katak . Ada hati nak menyanyi " kata Tengku Farhan selamba . Sakit telinga aku dengar nyanyian dia yang terlalu merdu tu
" Habistu awak fikir suara awak sedap ke ? "
" Memang pun "
Orked membuat gaya nak muntah . Perasan !
" Duduk diam-diam . Saya turunkan awak nanti baru tahu " ugut Tengku Farhan . Dari tadi mulut dia bising je
" Hah turunkan jelah saya . Lagi saya suka . Menyampah betul bila dengan awak tahu tak . Kita baru je kahwin , awak dah berani nak ugut saya . Awak fikir saya takut ke ? Oh please , saya tak takut langsung blablabla "
Serentak itu , Tengku Farhan memberhentikan keretanya di tepi jalan
" Turun " arahnya
Orked terkebil-kebil . Lantas dia mengunci mulut . Dia langsung tak berani pandang wajah Tengku Farhan . Suara lelaki itu kedengaran serius sahaja
" Saya kata turun sekarang . Tadi awak nak sangat saya turunkan awak "
Orked menunduk . Ala aku cakap sikit je kut , kenapa dia nak marah pulak
" Orked Dahlia ! " suara Tengku Farhan meninggi apabila Orked hanya membatu
" Saya minta maaf ! Janganlah suruh saya turun . Saya gurau je tadi . Nanti saya nak naik apa ? Mesti ramai orang jahat . Saya tak sengaja , saya minta maaf " Orked sudah seperti hendak menangis . Dia takut apabila Tengku Farhan bersuara lantang sebegitu
Dia memejam mata dengan rapat apabila terasa hembusan nafas di telinganya . Air matanya sudah hampir nak tumpah
" Saya pun gurau je " bisik Tengku Farhan . Kemudian dia ketawa kecil
Laju Orked membuka matanya kembali . Dia toleh memandang Tengku Farhan yang sedang tersengih . Kurang asam boi !
Tengku Farhan ketawa berdekah-dekah melihat air mata yang bertakung di mata Orked
" Eh awak menangis ke ? Hahaha "
" Ish awak ni kan ! " Orked memukul kuat lengan Tengku Farhan . Eii sakitnya hati
Dia kembali memandang hadapan . Kedua tangannya disilangkan ke dada . Mulutnya dimuncungkan
" Marah sikit je nak menangis . Manja " ejek Tengku Farhan . Dia kembali memandu
" Bukan masalah manja . Masalahnya awak tu yang tiba-tiba nak marah " jawab Orked tak mahu kalah
" Hah bising lagi . Saya turunkan awak betul-betul nanti "
Orked tidak membalas . Nanti dia turunkan betul-betul memang buat naya je
Suasana antara mereka bertukar sepi . Orked mula melayan perasaan memandang ke luar tingkap
Yela , aku nak layan radio , malaun kat sebelah ni tak kasi
Fikirannya melayang teringatkan Ika . Ah rindunya kat cik kiah tu . Macam mana lah dia survive sorang-sorang kat rumah ? Sudahlah dia tak tahu memasak . Mesti makan kat luar je
YOU ARE READING
Dahlia Mikail
Romance[Previously known as Mr Tengku VS Miss Flower] [Wattys Awards Winner 2016] Highest ranking: #1 in Romance #1 in Viral list -- "Saya tahu yang awak akan setuju jugak akhirnya untuk kahwin dengan saya," ujar Tengku Farhan. "Macam mana awak tahu?" Orke...