Coffee dan Toast

1.1K 33 0
                                    

Seperti biasa,pukul 6 pagi Qistina sudah jejak di Cafe Maconna .Tugas nya sebagai pelayan tidak lah sesusah mana.Ambil order,sampaikan order dan hantar makanan.Alahaiiii kacang sungguh!

Dah 6 bulan dia bekerja di sini.Tidak pernah lagi boss pemilik cafe ini mengomel tentang dia.Syukurlah. Sekurang kurangnya dia boleh melaksanakan tugas dengan tenang dan selesa.

Kunci Cafe di keluarkan dari poket seluarnya.Di acukan mata kunci itu pada tombol pintu Cafe lalu dia memulas tombol itu.Pintu Cafe terbuka.

Qistina melangkah masuk ke dalam Cafe dengan senyuman.Suasana di dalam Cafe agak sunyi tapi gadis itu suka dengan keadaan begitu.

Bag galasnya diletakkan di atas counter.Kaki melangkah menuju ke arah suis kipas dan lampu.Apabila dia dah tekan suis itu,dia kembali ke counter.Mengemas apa yang patut.

CINGG!

Bunyi loceng pintu Cafe berbunyi menandakan ada orang masuk.Mata Qistina memandang ke arah pintu. Muncul seorang pemuda kacak.

"Morning,qis.Tak sangka hari ni kau datang awal"

Pemuda itu bergerak ke arah Qistina lalu dia duduk di kerusi yang berada di depan counter.

"Morning too,Zaf.Hari ni kan tugas aku buka cafe"

Lelaki yang bermana Zafrel a.k.a Zaf mengangguk tanda faham.

"So,ada apa apa yang perlu aku buat?"

Zaf bertanya kepada Qistina yang sedang khusyuk mencatat sesuatu pada buku nota.Qistina menyelak satu helaian.Di situ tertulisnya tugas yang perlu dilaksanakan.

Qistina mengangguk."yes.Coffee Milk Latte and French Toast with Cheese for our regular coustumer."

Zaf mengeluh panjang.Dia membaring kan kepalanya di atas counter.

"Asyik benda yang sama jer aku kena buat.Regular coustumer kita tu tak boleh order yang lain ke? Naik muak juga aku nak buat benda tu"

Qistina menggeleng.Dia pun dah naik muak bila bau coffee dan toast menusuk hidungnya.

"Nak buat macam mana.Coustumer always right.Ikut jer lah"

Qistina kembali mencatat sesuatu pada buku nota.Telinganya menangkap bunyi keluhan panjang dan bunyi berdecit dari arah Zaf. Nampak benar yang lelaki itu malas.

Zaf terus bangun dari duduknya.Dia bergerak masuk ke dalam dapur. Tinggal Qistina yang sibuk kan dirinya di counter.

CINGG!

Bunyi loceng pintu cafe berbunyi lagi. Kali ini seorang perempuan berlingkungan 30-an pula yang masuk.Siapa lagi kalau bukan pemilik Cafe ini,Miss Rene.

"Pagi Qis.Hari ni you awal meh. Its good"

Miss Rene yang berkuturunan Cina itu menyapa Qistina.Kini dia pula yang duduk di depan counter.Tempat Zaf duduk tadi.

"Ayo Miss Rene.Today is Friday lah. Pagi Jumaat banyak rezeki loh.Apa itu orang Cina panggil...hah banyak ong maa"

Balas Qistina sambil tersenyum manis.Walaupun cara percakapan Qistina nampak agak tidak sopan,tapi Miss Rene langsung tidak kesah. Baginya pekerja yang bekerja di Cafe ini adalah keluarga keduanya.

"Yalah,banyak ong.Siapa lagi yang belum datang?"

"Illy,Mirul,May dengan Zinta.Zaf dah datang.Dia ada dekat dapur"

Miss Rene mengangguk.Tanganya mengambil buku record order di sebelah pasu yang berada di atas counter.Satu persatu helaian diselaknya.Satu muka surat menarik perhatian Miss Rene.

DIFFERENT THAN I THOUGHT (COMPLETED) Where stories live. Discover now