Tersilap!

372 25 2
                                    

[Cafe Maconna]

"You jangan main main lah,Qis.I tak suka gurauan you meh"

Miss Rene menyambung kerja nya yang tertangguh.Hari ini dia buat keputusan untuk teman Qistina dan Illy.Bahaya juga kalau dibiarkan dua gadis itu duduk dalam cafe waktu malam.

"I tak main main,Miss Rene.I serious ni"

Qistina yang tadi berdiri depan meja kerja Miss Rene terus menarik kerusi dan duduk di hadapan bos nya itu.

Miss Rene mengangkat wajah memandang Qistina."You pekerja terbaik I tau.Mana boleh you berhenti kerja.Nanti siapa mahu jaga cashier?"

"Miss Rene,bukan semua pekerja yang berhenti.I sahaja.Lagipun I dah ambil offer."

Miss Rene mengeluh.Pen yang berada di tangan di lepaskan.Badanya yang masih bergetah itu disandarkan pada kerusi.

"You fikir masak masak dulu meh. Nanti bukan I sorang sahaja yang sunyi.Nanti kawan kawan you pun rasa sunyi.You tak kesian dekat kami ker?"

Hah!Ni buat Qistina lemah.Pantang orang bagi ayat sedih,dia terus accept.Tapi kali ini dia tak kan mengalah.Dia dah janji dengan kakak nya.Lagipun ahli keluarga lagi penting.

"I minta maaf ya,Miss Rene.Tapi I tetap dengan keputusan I.Minggu ini I last kerja.Minggu depan I dah kerja dekat tempat lain."

Miss Rene mengeluh kecewa.Mana tak nya!Satu satunya pekerja handal dan hebat seperti Qistina yang dia ada. Tiba tiba pula jatuh ke tangan orang lain.Qistina seolah sesuatu yang berharga buat Cafe Maconna.

Qistina memegang tangan Miss Rene yang berada di atas meja."Miss Rene jangan risau meh.Walaupun I tak kerja dekat sini,tapi nanti I datang melawat you dengan friends.I janji"

Miss Rene menganggukkan kepala nya.Terpaksa lah dia lepaskan Qistina."Janji eh you datang melawat kami semua"

"Yes Sir"Qistina mengangkat tabik ala ala askar.Tergelak Miss Rene sedikit.

"You kerja dekat mana maa?Nanti I nak jumpa bos tempat kerja you. Biar I siku kepala dia.Suka hati sahaja ambil pekerja I.Apa tak ada orang ker dalam dunia ini sampai ambil you."

Qistina hanya memberikan senyuman sahaja.Takkan dia nak bagitahu yang dia kerja bawah syarikat Mr.Oh.Tak pasal pasal dichop 'pekerja lari sebab coustumer'.

"I sambung kerja ya,Miss Rene" Qistina bangun dari kerusi lalu berjalan ke arah pintu.

"Eh,you tak jawab lagi soalan I meh.You kerja mana?"

Qistina menghadiahkan senyuman lagi.Murah betul senyuman gadis itu.
"Lainkali ya,Miss Rene.Selamat malam"Terus Qistina menutup pintu.

-------------------------------------------------------------
[Cafe Maconna (12:45 a.m.)]

"Qis,balik elok elok tau.Jalan nak ke rumah kau dah lah gelap. Buatnya-"

Qistina menutup mulut Illy.Aduhai gadis sorang ni!Mulut kasi tapis lah.

"Aku dah biasa lah.Dont worry maa"

"Tulah kau!Aku suruh tumpang Miss Rene tadi,kau tak nak. 'Aku tak nak susahkan Miss Rene'. Poyo lah.Bos dah bagi offer naik kereta dia,kau tolak.Kereta Subaru tu."

Qistina menggelengkan kepalanya.
"Aku tough okay!Kalau ada orang kacau,kaki aku yang panjang ni akan tendang dia tau!See the leg lah"

"Apa apa lah.Nanti dah kena dekat batang hidung kau,jangan menyesal.Bye bye"

DIFFERENT THAN I THOUGHT (COMPLETED) Where stories live. Discover now