Perbualan Pertama

358 24 0
                                    

[Cafe Maconna]

Qistina melangkah masuk ke dalam cafe dengan senyuman.Hari ni shif dia waktu malam.Walaupun sekarang pukul 8 pagi,Qistina tetap mahu datang ke situ.Duduk sorang sorang dekat rumah buat apa?Dia tengok tv, tv tengok dia.Bosan kan.

May,si gadis Cina yang sedang mengelap lantai perasan dengan kehadiran Qistina.May melambai tangannya.

"Qis,awal meh?Shif you malam kan?"

Qistina duduk di kerusi yang berdekatan dengan May.Senang sikit nak berbual.

"Haah,shif I malam.Sengaja datang awal.Nak kacau sama you all loh"

May tergelak kecil.Dia tahu yang Qistina bergurau.Mesti gadis ini ada sesuatu.Sebab tu dia datang awal.

"Eh!Qis?Kau buat apa dekat sini? Shif kau kan-"

"Ya!Shif aku malam.Penat lah nak ulang jawapan yang sama.Salah ker aku nak lepak dengan korang semua"

Qistina memotong kata kata Zaf.Dia ni jenis malas nak ulang kata.Apa orang putih cakap?...Repeat?Hah gitu gitulah.

"Oh nak lepak?Or nak jumpa buah hati?"Zaf mengusik Qistina.

Qistina mencebik."Sejak bila pula aku ada buah hati?Aku nak lepak dengan korang jer lah"

Zaf mengangguk.Dia kemudian menyertai Qistina.Zaf duduk di depan Qistina manakala May duduk di sebalah gadis itu.Kawannya yang lain sibuk melayan pelanggan.Makan gaji buta si Zaf dengan May ni.

"Mana Miss Rene?"Qistina bertanya pada Zaf.Zaf mengangkat bahu.Lelaki itu memandang May pula.

"Miss Rene pergi jumpa kawan lama dia.Katanya sangat penting."

Qistina mengangguk faham.Mata nya meliar memandang ke arah luar Cafe. Sekejap mata pandang jam,sekejap mata pandang luar Cafe.

Zaf perasan dengan gerak geri Qistina.Dahi lelaki itu berkerut."yang kau kejap tengok jam,kejap tengok luar dah kenapa?"

Qistina memandang Zaf lalu menggelengkan kepalanya.Kantoi lah kalau Zaf tahu apa yang dia buat.

"Geleng kepala sangat!Kau ingat aku tak tahu yang kau tunggu regular coustumer kita"

Suhu badan Qistina tiba tiba menjadi panas.Terkantoi pula niatnya dekat Zaf.Lelaki tu memang pandai baca fikiran orang dan faham gerak geri orang.Bahaya dia ni!

"Siapa regular coustumer kita?I tak tahu pun"May bertanya.Gadis itu menongkat dahunya.Mata nya gilir gilir memandang Qistina dan Zaf.

"Itulah you.Selalu datang lambat. Kawan kita yang ni suka sama regular coustumer kita maa."

Zaf berkata sambil menjuihkan bibir nya ke arah Qistina.Qistina membuat tanda penumbuk ke arah Zaf.Laser juga mamat ni.

"Ya ker?Mengapa I tak tahu maa. Regular Coustumer kita itu hensem ker?Boleh kalahkan Kim JongIn yang berlakon dalam cerita Choco Bank tak?"May bertanya kali ke dua. Kim JongIn yang disebut May ialah pelakon korea.May ni gila drama korea.

"Ayo,May.You ingat I kenal ker Kim Jong...Jong...Jong apa meh?"Zaf pula bertanya.

"JongIn"May membalas.

"Hah Kim JongIn.I tak tahu muka dia macam mana,tapi yang I tahu regular coustumer kita tu memang hot gila loh"Kata Zaf sambil mengibas tangannya.Hah keluar pula sikap lembutnya.

"Iya ker?Eh,I nak tengok dia lah"

Selepas sahaja May berkata,bunyi loceng pintu berbunyi menandakan ada orang masuk.Qistina,Zaf dan May memandang ke arah pintu serentak.

DIFFERENT THAN I THOUGHT (COMPLETED) Where stories live. Discover now