Bab 1

11.3K 294 6
                                    

Miera Rosemel terjaga di saat jam locengnya berbunyi menandakan sudah pukul 6.00 pagi. Dia lekas bangun untuk menunaikan solat subuh kerana takut ketinggalan waktu.

Sudah menjadi rutin harian Miera untuk bangun awal bersolat subuh dan bersiap untuk ke sekolah. Mamanya, Puan Raihana sangat tegas dalam mendidik kedua anaknya iaitu Mierul Alif dan Miera Rosemel untuk menjalankan kewajipan yang satu itu.

Selesai berpakaian sekolah, Miera turun ke ruang makan untuk bersarapan bersama keluarganya. Di meja sudah ada ayahnya, Tuan Mikhail bersama abangnya Mierul menunggu Miera bersarapan sekali. Sementara ibunya, Puan Raihana berada di dapur mengambil jag air berisi jus oren.

"Morning papa....Morning abang....Mama mana?" ucap Miera sambil menarik kerusi untuk duduk di sebelah Mierul.

"Mama kat dapur ambil jus oren. Kejap lagi mama datang lah tu. Haa...tu mama da datang dah. Jom kita sarapan sama." kata Tuan Mikhail tersenyum sambil memandang Puan Raihana yang muncul bersama jag air.

"Mak Jah taknak makan sekali ke dengan kita,ma? Miera bertanya prihatin dengan pembantu rumahnya.

"Mak Jah katanya ada kerja lagi nak dibuat di dapur tu. Nanti dia makan lepas siap kerjanya. Miera makan cepat nanti nak berangkat ke sekolah lambat pulak." Puan Raihana tersenyum melihat anak perempuannya itu sangat prihatin dengan orang lain walaupun berbeza pangkat.

"Cepat adik makan. Nanti abang nak hantar adik ke sekolah lagi. Abang takut jalan sesak pulak." Mierul mencelah sambil mengunyah roti bakar. Miera hanya mengangguk menurut.

Mierul bekerja sebagai Doktor di sebuah hospital kerajaan. Walaupun Tuan Mikhail mempunyai syarikat sendiri tetapi Mierul lebih suka bekerja di bidang kedoktoran. Miera lah satu - satunya harapan Tuan Mikhail untuk mengambil alih perusahaannya kelak.

Selesai bersarapan, Miera dan Mierul bergegas ke kereta untuk berangkat ke sekolah selepas menyalami tangan ibu dan ayah mereka. Sementara Tuan Mikhail bersedia untuk berangkat ke pejabat dengan pemandunya, Pak Amin.

Puan Raihana mengemas meja makan bersama Mak Jah dan bersiap untuk ke aktiviti persatuannya. Selepas bersara dari menjadi Guru Besar di sekolah anaknya, Puan Raihana terus melibatkan diri dalam Persatuan Rumah Kebajikan dan Anak Yatim. Disebabkan itu, Mierul dan Miera pelajar pandai dan tidak pernah mengabaikan pelajaran.

*****

Setibanya Miera di sekolah, dia disambut oleh teman rapatnya iaitu Liyana, Melisa dan Ailina.

"Hai girls. Whatsupp. Lama tunggu. Sorilah tadi jalan jammed sikit dekat rumah aku." Miera berkata sambil membetulkan kacamatanya. Dia digelar budak skema kerana memakai cermin mata dan ulat buku.

"Tak lama sangat pun. Kiteorang pun baru sampai jugak. Hihi" ujar Liyana.

"Haa..betul kata Ana tu. Masing - masing pun lewat jugak arini. Maklum lah tahun ni nak SPM makin banyak homework cikgu bagi. Penat aku nak jawab soalan yang macam grade universiti ni. Lagi - lagi addmath tu haa."celah Melisa sambil menyepetkan mata nya yang sedia kuyu tu.

"Haha...korang ni relaks..ok..apapun kita akan buat study group sama nanti ye. Kalau tak paham tanye je aku. Aku kan pakar addmath."Ailina yang digelar Ratu Addmath tu menyampuk sambil tersengih.

"Betul tu. Aku sokong Ina. Lepas sekolah kita buat study group pelajaran yang kita tak paham..ok..Tahun ni kita semua target 8A dalam genggaman." Miera memberi semangat kepada semua temannya sambil menggenggam jari.

"Ok...Jaiyo..jaiyo chingu...hwaiting." terkeluar bahasa korea disebut Melisa yang acah acah kpopers tu.

Mereka berempat tersenyum dengan karenah masing - masing yang sengal kadang - kadang tu.

Ailina tiba - tiba mengangkat tangan sambil menudingkan belakang tangan ke arah temannya. Seraya itu Miera dan yang lain meletakkan tangan masing - masing di atas tangan Ailina.

"Study smart until success. Kita yakin boleh. Yeah!" mereka berempat bersorak sambil menjulang tangan masing - masing ke langit.

Pelajar lain hanya memandang gelagat empat pelajar yang dikategorikan pelajar kelas pandai dan popular itu. Mereka semua bergerak ke dewan untuk mendengar taklimat pagi dari Guru Besar.

*****

Sebaik Miera berada di kelasnya, seorang pelajar lelaki merangkap teman tapi mesranya iaitu Firdaus Nasuha menegurnya.

"Selamat pagi, Miera. Ceria je pagi ni. Nanti kita study group sama ye dekat library."

"Selamat pagi jugak. Mestilah ceria sebab bersemangat nak belajar tau. Sebab tu muka kena happy. Hihi...boleh je nak study group sama tapi bila?"Miera membalas sambil tersenyum sopan.

Walaupun mereka berkawan rapat tetapi pelajaran masih di tonggak utama. Pernah Firdaus ingin menjadikan Miera kekasihnya tapi Miera menolak dengan baik. Katanya dia perlu fokus study di tahun akhir ni. Lagipun mereka tidak matang lagi untuk bercinta.

Firdaus menerimanya dengan tenang hati dan sebab itu mereka berkawan baik sampai sekarang.

"Hmm...lepas habis sekolah boleh? Harini cikgu Muhd takda kan jadi kelas tambahan batal lah kan. Kita balik awal boleh sambung study group dekat library." ujar Firdaus.

"Girls...Korang jom kita study group sama Firdaus dekat library lepas balik sekolah nanti nak tak? Harini kan takda kelas tambahan." Miera bertanya pada ketiga temannya dulu untuk kepastian.

"Ok...boleh jugak..lagi ramai lagi meriah..senang aku nak suruh Daus ajar aku subjek biologi ni. Dia kan terror dalam subjek tu." Melisa bersetuju sambil tersengih.

"Ok...kami pun takda masalah jugak" Liyana dan Ailina pn bersetuju. Firdaus tersenyum senang mendengar mereka semua setuju study group bersamanya.

Pelajaran mereka pun dimulai sebaik cikgu subjek biologi masuk ke kelas.

"Selamat pagi, kelas. Ok harini kita akan belajar tentang pembiakan lelaki dan perempuan. Pembiakan ialah bla..bla..bla..bla...."

Masing - masing tekun mendengar cikgu mengajar di hadapan sambil mencatat nota.




P/s: Hai...cerita pertama author update di wattpad. Mungkin agak membosankan tapi insyaallah lepasni akan best... Boleh vomment untuk bagi feedback dan support cerita author..:)

Stalker ✔Where stories live. Discover now