Bab 11

2K 100 0
                                    

"Happy birthday to you. Happy birthday to you. Happy birthday to Miera. Happy birthday to you."
Nyanyi keluarga Miera dan Reza serta beberapa tetamu iaitu teman sekolahnya yang hadir meraikan majlis hari lahir Miera yang ke 17 hari ini.

Miera yang cantik berpakaian dress warna merah dan shawl sedondon terharu dengan sambutan itu. Dia meniup lilin pada kek berbentuk hati yang ditempah special khas untuknya.

"Cepat potong kek." kata mereka ramai - ramai. Tak sabar ingin menikmati kek coklat buatan Ziela De' Cake yang sangat sedap itu.

Miera memotong perlahan - lahan keknya dan menyuap sedikit pada mama dan papanya.
Reza yang bekerja sebagai photographer ditugaskan mengambil gambar Miera untuk dijadikan kenangan hari lahirnya.

Miera tersenyum kegembiraan pada hari yang bahagia itu. Dia tak sangka papa dan mamanya masih mahu meraikan hari lahirnya walaupun dia sudah remaja. Abangnya, Mierul yang merencanakan semuanya dibantu Reza.

"Selamat hari jadi, Miera!" ucap temannya serentak iaitu Liyana, Ailina dan Melisa. Mereka masing - masing memberi hadiah yang istimewa pada Miera.

"Thanks girls. Aku terharu sangat. Sayang korang." kata Miera seraya memeluk mereka bertiga. Hehehe...

"Ehem..." batuk seseorang.
Miera menoleh dan terkejut Firdaus hadir dalam majlisnya sambil membawa jambangan bunga dan sekotak hadiah.

"Oh, awak datang. Ingatkan tak ingat birthday saya dah sebab gaduh haritu." usik Miera dengan senyuman manjanya.

"Mestilah saya datang untuk raikan birthday girls saya ni. Mana boleh saya lupa. Nah your gift. I'm sorry about yesterday. Saya tak sepatutnya buat awak macam tu." balas Firdaus seraya menghulurkan hadiah kepada Miera. Dia tersenyum manis.

"Ok lah, Miera. Kiteorang nak makan kek dulu. Sedap sangat." sampuk Melisa dan yang lain. Mereka meninggalkan Miera dan Firdaus berdua.

Reza yang sedang mengambil gambar terlihat Firdaus dan Miera berbual mesra sambil Miera memegang bunga dan hadiah. Timbul perasaan jealous di hatinya itu.

"Thanks awak. Saya dah maafkan awak da pasal haritu. Cukup lah awak datang harini. Tak payah lah bagi bunga segala. Macam nak melamar pulak. Nanti mama papa saya nampak, lain yang dorang fikir." kata Miera tersipu malu.

"It's ok. Saya ikhlas untuk awak. By the way, Happy birthday my girl. Hope God bless you."

"Ok lah, awak pergi makan dulu. Saya nak letak hadiah kat meja kejap." Miera berjalan ke meja hadiah meninggalkan Firdaus.

"Errmm...Miera. Ni hadiah dari saya untuk awak." kata Reza yang mengekori Miera ke meja. Dia memegang sebuah kotak sederhana besar dan menyerahkan kepada Miera.

"Eh, susah - susah je bagi hadiah ni. Thanks Reza. Jom pergi makan. Saya tengok awak tak makan lagi kan." ajak Miera tersenyum manis.

"Ok jom." Mereka beriringan ke meja makan menyertai yang lain. Firdaus hanya buat - buat tak nampak saja dengan kehadiran Reza. Dia sibuk berbual dengan rakan yang lain.

*****

'Selamat hari jadi yang ke - 17, Miera. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu. Awak nampak cantik sangat dengan dress merah dan shawl. Saya suka tatap awak lama - lama. Alangkah indahnya kalau awak jadi milik saya. Tiap - tiap hari saya peluk awak dan takkan lepaskan awak pada lelaki lain. You are mine, Miera. I won't let any men touch you. Saya akan jadikan awak hak milik saya seorang. I love you.'

From
Mr. R

Miera membaca chat yang dihantar oleh Mr. R malam itu sambil membuka hadiah hari lahirnya. Dia terkejut dengan kata - kata Mr. R tu. Macamana dia tahu aku pakai dress merah dengan shawl harini sedangkan aku tak upload gambar pun dekat akaun sosial aku lagi.

Adakah Mr. R tu salah seorang dari teman sekolah aku yang hadir kat majlis aku harini? Desis hati Miera sendiri. Tapi siapa? Takkan Reza pula Mr. R tu? Tak mungkin. Hmmm...

Miera mula berasa agak gerun  apabila Mr. R mahu menjadikan dia hak miliknya seorang. Siapa yang suka stalking aku ni? Fikir Miera. Patut ke aku tanya dekat Reza?

-Conversation-

Miera
Hai awak
Maaf ganggu
Awak tengah buat apa tu?

Reza
Hai Miera
Saya baru balik
Keluar dengan kawan

Miera
Ohh
Sori saya nak
tanya ni
Harap awak
tak marah ye

Reza
Ok
Tanyalah
Saya tak marah

Miera
Awak ada akaun
laman sosial
nama Mr. R tak?

Reza
Takda pun
Saya pakai nama
'Reza Harriz'
Napa, Miera?

Miera
Ohh
Takda apa
Saya saja tanya
Oklah, saya
nak tanya tu je
Hihihi
Maaf ye

Reza
Ok
Takda masalah

-Miera offline-

Habis siapa yang jadi Mr. R tu?
Siapa yang stalking aku ni? Jerit batin Miera sendiri.

*****

"Miera, napa mata kau sembap? Tak cukup tidur ke semalam?" tegur Liyana pagi itu di sekolah

"Ohh, nampak sangat ke? Ha'a..
Aku tak boleh tidur semalam."

"Macam mata panda dah. Hihihi..
Kau ada masalah ke? Cerita lah kat kami." celah Melisa pula.

"Aku...aku takut."

"Napa kau takut? Takut apa?"

"Ada orang stalked aku kat laman sosial aku. Nama dia Mr. R. Dia follow semua akaun aku termasuklah facebook, twitter, instagram dan lain - lain. Mr. R tu suka hantar chat ayat bunga - bunga kat aku."

Haa? Yeke! Habis tu kau tak tahu siapa dia lah?"

"Tak tahu lah tu yang aku risau sangat ni. Aku fikir Reza sebab nama dia bermula huruf R kan tapi bukan dia."

"Hmm...something fishy. Kena siasat ni, Miera."

"Tapi macamana? Aku tanya dia kata dia peminat aku. Profile dia pun gambar kartun anime. Pening aku. Malam tadi dia kata dia nak jadikan aku milik dia seorang. Lagi lah aku takut."

"Kau block dia je lah, Miera."

"Tapi dia akan menyamar pakai akaun lain pulak. Sama je."

"Hmm... Mungkin dia cuma main - main je, Miera. Nak kenakan kau. Tak payah layan lah."

"Buat sementara waktu ni, aku takkan buka akaun sosial aku. Korang papehal whatsapp je aku ye."

"Ok jugak macam tu. Bukan boleh percaya sangat orang kat laman sosial ni. Banyak yang fake je. Dah lah. Lupakan lah, Miera. Jom kita masuk kelas."

Miera mendiamkan diri sahaja dan seraya mengikut temannya masuk kelas.

Stalker ✔Where stories live. Discover now