Bab 23

2K 73 0
                                    

"Hai, Miera. Macamana kau sekarang? Kiteorang lega kau selamat dan takda pape. We miss you, chingu." sapa Liyana memeluk Miera erat semasa dia dan Ailina serta Melisa melawat teman mereka di rumah.

"Thanks korang sebab datang melawat aku. Aku dah okay. Cuma trauma jugak lah dengan apa yang berlaku. I miss you alls too." Wajah Miera yang pucat dan sembap mengatakan kesedihannya.

"Aku risau sangat dengan kehilangan kau, Miera. Lagi - lagi Firdaus. Macam sasau dah aku tengok dia cari kau." ujar Melisa cuba memprovok Miera. Dia mahu Miera kembali pada Firdaus.
Melisa tersengih senget.

"Korang lah sahabat aku dunia akhirat. Sayang korang." Miera tidak menyebut nama Firdaus. Sekadar tersenyum nipis di depan mereka.

"Harap kau cepat sihat dan lupakan segalanya, Miera. Jangan banyak berfikir. Yang lepas tu lepas dah. Sekarang kau kena pandang masa depan kau."

Miera mengangguk cuma. Dia cuba melupakan Reza dan insident tu tapi hatinya tidak benarkan. Di sudut hatinya paling dalam, bertapak sudah nama lelaki stalker itu. Walaupun banyak kali dia cuba, tapi fikirannya sering ke arah itu.

"So lepasni kita masing - masing da nak sambung belajar kat tempat lain. Jarang lah kita dapat jumpa dah kan. I'll miss you guys." Ailina menceriakan suasana.

"Kita akan sering berhubung dekat whatsapp. Kalau ada cuti sem, kita jumpa lah, girls. Jangan lupakan group kita."

"Okay!" ucap mereka serentak. Cuma.Melisa yang terdetik di hatinya.

'Aku akan dapatkan Reza walau macamanapun. He will be mine.'

*****

"Assalamualaikum." laung seseorang dari luar rumah Miera.

"Waalaikumsalam." jawab Mak Jah yang bergegas keluar melihat siapa tetamu itu. Mak Jah agak terkejut.

"Mak Jah, Tn Mikhail dan Pn Raihana ada? Ni uncle saya, Dato' Rayman dan ini isteri dia, Datin Reina. Saya datang sebab ada hal mustahak nak dibincangkan dan nak serahkan kereta ni balik."

"Ada. Jemput masuk, Reza. Nanti Mak Jah panggilkan Tuan dan Puan." Mak Jah menjemput tetamu yang tak disangka itu dan membuka pintu pagar.

"Tuan dan Puan. Reza datang dengan uncle dan auntie dia di luar. Ada perkara nak dibincangkan." ujar Mak Jah memberitahu majikannya di ruang tamu. Kebetulan haritu hari minggu.


"Apa?" Pn Raihana bingkas bangun bersamaan Tn Mikhail.

"Hmm... Jemput mereka masuk, Mak Jah." arah Tn Mikhail.

"Tapi, abang..."

"Takpa, Dato' Rayman tu ahli perniagaan berjaya kat KL ni. Kita tak boleh tolak kedatangan dia, Ana. Biar abang yang bersuara."

"Jemput masuk Reza. Tuan dan Puan ada di dalam." Mak Jah menjemput mereka masuk sebaik keluar rumah.

"Terima kasih, Mak Jah." ucap Reza sopan. Mereka berempat mengatur langkah ke dalam rumah.

"Kenalkan saya, Dato' Rayman dan ini isteri saya, Datin Reina. Kami ni saudara pada Reza ni." ramah Dato' Rayman berkata seraya menghulurkan tangan tanda bersalam pada Tn Mikhail.

"Ye, siapa yang tak kenal Dato' Rayman. Bussinesman berjaya kat KL ni. Kenalkan ini isteri saya, Pn Raihana. Jemput duduk." Tn Mikhail membalas salaman Dato Rayman. Manakala Pn Raihana bersalam dengan Datin Reina.

"Ada perkara apa nak dibincangkan tu ye, Dato' Rayman?"

"Kami datang ni sebenarnya nak minta maaf pasal apa yang telah dilakukan oleh anak saudara kami, Reza pada anak awak, Mikhail. Panggil saya, Man je. Dan Reza nak pulangkan balik kereta yang diberi haritu pada dia. Dia rasa bersalah sangat sebab menipu awak, Mikhail."

"Tapi anak kami dah trauma dengan apa yang berlaku. Mana mungkin kami nak biarkan je." potong Pn Raihana sedikit marah. Reza menundukkan kepala mendengar Pn Raihana cakap macam tu.

"Ana, sabar. Kita bincang baik - baik."

"Kami datang pun dengan niat yang baik, Mikhail dan Raihana. Reza cuma sukakan anak gadis kalian berdua. Dia nak lamar Miera jadi isteri dia."

"Tak, saya takkan benarkan. Cukuplah dengan apa yang jadi. Saya taknak hidup dia terseksa lagi lepasni. Hati ibu mana yang nak tengok anak dia dibuat macam tu." bidas Pn Raihana lagi.

"Maafkan saya, uncle dan auntie. Saya rasa bertanggungjawab dengan apa yang jadi pada Miera. Saya cintakan dia sepenuh hati saya. Tiada perempuan lain dalam hati saya selain dia. Saya janji saya takkan kecewakan dia dan bertindak kasar lagi. Saya rasa bersalah kerana menipu uncle sekeluarga." Reza melutut di depan mereka dan menunjukkan riak bersalahnya.

"Hmm..bagi kami masa fikir dulu dengan keluarga kami. Uncle nak yang terbaik untuk anak uncle. Lagipun dia muda sangat. Harap Dato' Rayman dan Reza faham. Pasal kes tu mungkin kami akan maafkan Reza kalau Reza takkan ulanginya lagi." Tn Mikhail mengambil kata dua menamatkan perbincangan itu.

"Baiklah, Mikhail. Bila kamu dah dapat jawapan, segeralah hubungi kami. Kami balik dulu." pinta Dato' Rayman meminta diri untuk pulang.

Tn Mikhail menganggukkan kepalanya saja dan bersalam dengan tetamunya.

"Terima kasih, Uncle dan auntie kerana memaafkan saya."

*****

"Apa, ma? Reza datang tadi dengan Dato' Rayman dan isterinya?" tanya Mierul petang itu sebaik dia berada di rumah.

"Ye, Mierul. Reza pulangkan balik kereta yang papa bagi haritu. Dan dia minta maaf atas apa yang jadi pada Miera."

"Hmm..."

"Dia datang nak lamar Miera nak dijadikan isteri dia."

"Mama tak setuju, Mierul adik kamu dijodohkan dengan penculik tu. Walaupun dia anak Tan Sri sekalipun, dia tak patut culik Miera. Kamu tengok Miera trauma sekarang." kata Pn Raihana. "Abang, kita hantar Miera belajar luar negara. Kebetulan sepupu saya menetap kat Swiss sekarang. Eloklah Miera pergi sana."

"Ana, sabar dulu. Jangan bertindak terburu - buru." tenang Tn Mikhail.
"Apa pendapat kamu, Mierul?"

"Saya pun rasa baik kita hantar Miera belajar luar negara, pa. Miera masih muda baru habis sekolah. Elok dia fikir pasal masa depan dia. Papa pun nak dia ambik alih syarikat papa kan."

"Hmm.. Kalau macam tu kata kamu, papa ikut je. Baik, kita hantar Miera ke Swiss hujung bulan ni."

*****

"Miera, mama dan papa da sepakat nak hantar Miera belajar kat Swiss." Pn Raihana duduk sebelah anaknya dan menatap penuh kasih anak perempuan tunggalnya.

"Yeke, ma? Kenapa Miera tak boleh belajar kat dalam negara je? Kan banyak uni kat KL ni?" Miera meletakkan kepalanya di riba mamanya. Pn Raihana mengusap lembut ubun kepala Miera.

"Demi kesembuhan dan keselamatan kamu, Miera. Kami taknak apa - apa jadi dah lepasni pada Miera. Miera setuju ye!"

"Bila Miera pergi?"

"Hujung bulan ni, sayang. Kamu akan duduk dekat tempat sepupu mama. Dia da menetap kat sana sekarang. So Miera ada teman kat sana."

"Cepatnya, Ma. Hmm... Bagi Miera ucap selamat tinggal dekat kawan Miera ye, ma." Miera agak sedih akan meninggalkan tanah airnya sendiri untuk belajar ke oversea. Mesti dia rindukan temannya dan yang lain terutama sekali Reza.








#Do vote dan comment. Tq. Enjoy...

Stalker ✔Where stories live. Discover now