Bab 3

4.3K 170 0
                                    

P/s: Picture di multimedia ialah Reza Harriz.













"Sesaknya jalan harini kan Pak Amin." Miera mengeluh sambil melihat ke luar tingkap kereta.

"Ya, Miera. Petang macam ni ramai yang baru balik kerja. Jalan pun penuh sesak dengan kereta. Biasalah tu kawasan bandar kan. Hmm..." Pak Amin mengiyakan.

Mereka terperangkap di kesesakan traffic jam. Oleh kerana Miera bersekolah di sekolah elit dan agak jauh dari kawasan rumahnya terpaksa lah Miera mengharungi kesesakan jalan raya setiap hari.

"Mama dan papa dah balik ke, Pak Amin?" tanya Miera.

"Belum lagi kot miera. Pak amin pun dari pejabat papa Miera tadi ni. Napa Miera?"

"Hmm...tak da papa Pak Amin. Hihi..." Miera senyum sambil membalas whatsapp group temannya.

Semasa Pak Amin hendak membelok di selekoh jalan, ada sebuah motor melintas di hadapan kereta itu. Pak Amin tak sempat membrekkan kereta dan terlanggar motor yang dinaiki seorang lelaki sehingga terjatuh di tengah jalan.

Pak Amin cepat - cepat memberhentikan kereta Merc di tepi jalan.

"Napa Pak Amin?" Miera yang terkejut segera melihat ke luar.

"Pak Amin terlanggar orang Miera. Pak amin nak pergi tolong ni." Pak Amin segera keluar dari kereta.

Miera pun ikut keluar dari perut kereta untuk melihat apa yang berlaku. Di jalan, tersadai sebuah motor LC dan seorang pemuda yang memakai baju tshirt dan seluar jeans lusuh terduduk di tepi motornya.

"Maafkan pakcik, nak. Pakcik tak sengaja langgar kamu tadi. Pakcik tak sempat brek bila kamu melintas tadi." Pak Amin meminta maaf sambil membantu pemuda itu bangun.

Miera segera menghampiri mereka berdua dan melihat ada luka di siku dan lutut pemuda itu. Seluar jeansnya terkoyak di lutut mungkin kesan geseran.

Ada beberapa pemandu yang memberhentikan kereta untuk menolong dan melihat apa yang terjadi. Mereka membantu menegakkan motor pemuda itu.

"Saya tak pape, pakcik. Sikit je ni." lelaki itu cuba tersenyum sambil menahan sakit.

"Pak Amin, kita bawa dia ke hospital lah. Macam teruk je ni. Motor ni kita panggil mekanik suruh bawa ke bengkel."suruh Miera prihatin dan rasa bersalah.

"Baiklah Miera. Pak Amin telefon mekanik jap suh amik motor dia kat sini." Pak Amin bergegas mengeluarkan handphonenya.

Lelaki tu melihat Miera yang berbaju sekolah dan tersenyum manis berdiri di depannya. Mukanya yang ayu dan nampak sangat prihatin menarik perhatiannya.

"Maaf ye pasal terlanggar awak tadi. Kami tak sengaja." Miera meminta maaf pada lelaki itu.

"Takpa lah. Lagipun salah saya sebab nak cepat tadi. Tak pandang kiri kanan nak melintas." lelaki itu membalas sambil memandang motornya. Mungkin risau motornya rosak.

"Takpa saya repair balik motor awak tu. Jangan risau ye." Miera yang memahami perasaan lelaki itu cepat - cepat mencelah.

"Pak Amin da telefon mekanik suruh amik motor tu kat sini. Jap lagi dia sampai." Pak Amin memberitahu.

"Pak Amin tolong bawa dia masuk kereta. Sian dia berpanas kat sini." ujar Miera serba salah.

Pak Amin mengangguk dan memapah lelaki itu masuk ke tempat penumpang. Miera menolong membawa beg lelaki itu.

Selepas mekanik datang mengambil motor untuk di bawa ke bengkel, pemandu lain pun segera pergi dari situ. Miera dan Pak Amin segera bergerak ke hospital bersama lelaki itu.

*****

Di hospital, lelaki itu di rawat sebagai pesakit luar. Miera yang membayar bil hospital menggunakan kad kredit yang diberi ayahnya. Walaupun Pak Amin ingin membayar bil itu tapi Miera tidak beri kerana dia turut bertanggungjawab juga.

"Terima kasih kerana membantu saya, pakcik dan cik ni." lelaki itu tersenyum malu seraya menunjukkan tangan pada Miera dan Pak Amin.

"Takpa lah. Sama - sama. Maaf lagi sekali ye. Nama awak apa? Saya Miera Rosemel dan ini Pak Amin." Miera memperkenalkan diri.

"Nama saya Reza Harriz, Miera." Reza memperkenalkan dirinya sambil tersenyum manis.

"Marilah kami hantarkan awak balik, Reza. Rumah awak di mana?"

"Eh, takpalah saya balik naik teksi je. Rumah saya jauh dari sini." Reza menolak dengan baik.

"Tapi sian kat awak da lah tangan dan kaki berbalut. Saya serba salah pulak." Miera risau.

"Takpa Miera. Saya ok je ni. Saya boleh balik sendiri."

"Hmm..kalau macam tu boleh bagi nombor handphone awak. Sebab nanti saya nak suruh mekanik tu hantarkan motor awak ke rumah bila da siap baiki nanti." pinta Miera sambil tersenyum.

"011xxxxxxxx. Ni nombor saya. Terima kasih lagi sekali Miera."

"Pak Amin tolong tahan teksi untuk Reza ye." ujar Miera.

"Baik Miera." Pak Amin segera menahan sebuah teksi yang kebetulan lalu di depan hospital.
Setelah Reza berlalu pergi dengan teksi, Miera dan Pak Amin beranjak balik.

"Terima kasih Miera sebab tolong bayarkan bil hospital tadi. Segan Pak Amin pula." Pak Amin berkata sambil memandu.

"Takpalah Pak Amin. Saya tak kisah pun. Tapi Pak Amin jangan beritahu papa Miera pasal kes langgar ni. Nanti papa banyak soal pulak kat Pak Amin."

"tapi..." Pak Amin rasa serba salah.

"Takda tapi Pak Amin. Pak Amin ikut je cakap Miera..ok..lagipun kes ni tak melibatkan polis pun. Hal kecil je." Miera berkata.

"Baik lah Miera. Terima kasih lagi sekali ye. Miera sungguh baik hati."

"Sama - sama, Pak Amin." Miera tersenyum.

*****

Setelah menghantar Miera di rumah, Pak Amin segera bergerak pergi ke pejabat Tuan Mikhail untuk menjemput Tuannya pulang.

Miera menaiki tangga menuju ke biliknya. Dia sangat penat harini dan mahu membersihkan diri. Selepas solat dia mahu merehatkan diri sebentar sebelum turun makan malam.

Malam itu, pukul 8.00 malam Miera turun untuk makan malam bersama keluarganya.

"Wah...sedapnya udang masak butter ni. Tak sabar nak makan." senyum Miera sambil duduk di kerusi.

"Mestilah sedap Mak Jah yang masak. Mama tak sempat nak masak." Puan Raihana muncul sambil membawa jag sirap ais.

"Ok..jom kita makan." Tuan Mikhail mengajak mereka semua makan bila semua dah terhidang.

Selesai makan malam, Tuan Mikhail dan Puan Raihana serta Mierul duduk di ruang tamu menonton tv. Miera pula masuk ke bilik untuk membuat homeworknya.

Stalker ✔Where stories live. Discover now