Bab 2

5.6K 198 2
                                    

P/s: Picture di multimedia ialah Miera Rosemel.









Tamat waktu persekolahan, semua pelajar bergegas pulang. Miera, Firdaus dan tiga lagi temannya beriringan keluar dari kelas menuju ke perpustakaan sekolah di tingkat 2.

"Ala...aku dahaga lah. Korang nak air tak? Aku nak pergi gerai depan pagar tu. My treat."Liyana tiba - tiba terasa haus dan ingin membeli air kelapa sambil terbayang tengah meminum air itu.

"Aku nak air kelapa."Melisa meminta.

"Sama lah kami pun air kelapa." jawab Miera dan Ailina serentak.

"Kau plak firdaus? Nak air apa? Aku belanja ni." Liyana yang tidak kedekut duit tu bertanya.

"Sama lah jugak air kelapa. Hihi....panas - panas ni memang sedap minum air kelapa. Thanks belanja aku." Firdaus tersenyum malu.

"Ok...tapi Ina teman aku ye sebab nanti tak menang tangan aku nak angkat air korang ni nanti. Jom!" Liyana menarik tangan Ailina agar mengikutnya.

Sementara mereka berdua pergi beli air, Miera dan yang lain menunggu di pondok rehat yang disediakan di kawasan sekolah sambil berbual - bual kosong.

Tidak berapa lama kemudian, muncul kelibat Liyana dan Ailina memegang cawan plastik berisi air kelapa temannya. Mereka membahagikan air ke tangan masing - masing.

"Haa..lega tekak aku ni dapat minum air panas - panas ni. Sekarang musim panas el nino melanda negara kita. Kena minum banyak air. Baru badan tak dehidrasi kan, korang." Liyana mengeluh lega dapat menghirup air bercampur ais tu.

"Betul tu korang. Ma aku pun pesan suruh minum air banyak musim panas ni. Takut demam. Nanti lagi susah nak concentrate kat pelajaran." setuju Melisa.

"Yelah kan. Bila lah musim panas ni nak berakhir kat negara kita ni. Risau aku air sungai da kering kontang. Nanti kita nak minum air apa kalau kena catu air. Nak mandi pun susah." celah Ailina.

"Sabar..ok..korang. Ada hikmahnya Tuhan tak turunkan hujan. Mungkin dia nak kita banyak jimat air. Jangan membazir. Betul tak awak?"Miera menyabarkan temannya sambil memandang Firdaus.

"Ye betul tu Miera. Korang kena jimatkan air sekarang tapi minum air banyak tu mesti..ok." Firdaus menasihati temannya sambil menghirup air kelapa.

"Ok...kami akan ingat tu pesan kau, Firdaus. Hihi...thanks saling mengingati antara kita. Jom lah pergi library. Air da habis ni."ujar Ailina sambil membuang cawannya di dalam tong sampah.

Mereka semua membuang cawan masing - masing dan berjalan menaiki tangga ke tingkat 2.

*****

Mereka berlima mendapatkan meja yang hujung dan senyap dari keriuhan kerana senang untuk fokus study. Firdaus yang pandai dalam subjek biologi mengajar Melisa mana yang tidak di fahami. Sementara Ailina yang pandai dalam subjek addmath mengajar Miera dan Liyana soal kira - kira yang susah.

Mereka saling berkongsi masalah dalam subjek yang tidak difahami ataupun susah.
Selama 3 jam lebih mereka berlima fokus study sampai masing - masing tak sedar ramai pelajar lain dah pulang dan perpustakaan hampir sunyi.

"Arrghhh....penatnya mata aku ni buat kira - kira addmath." Melisa menegangkan ototnya yang lama duduk di kerusi.

"Samalah aku ni. Dah rasa berpinar mata ni asyik menghadap buku ni." Ailina pun menyerah.

"Ok lah korang. Jom lah kita balik. Sambung di rumah pulak. Dah petang ni. Nanti lewat pula sampai rumah kan."cadang Miera sambil mengemas buku dan alatan pensil.

"Ok..jom." Firdaus pun mengemas bukunya.

*****

Sampai di depan pagar sekolah, ayah Liyana dan Melisa sudah menunggu di dalam kereta. Ailina pula pulang sekali dengan Melisa kerana rumah mereka berdekatan satu sama lain.

"Alamak...abang aku tak sampai lagi lah. Mesti jammed jalan. Hmm."Miera mengeluh sambil mngeluarkan handphone dari beg.

"Takpelah...Balik dengan aku je, Miera."cadang Liyana.

"Eh..takpelah. Menyusahkan ayah kau je nak pusing balik nanti. Takpa aku tunggu abang aku." miera menolak.

"Takpa aku ada temankan Miera ni. Aku kan bawa motor sendiri. Aku tunggu sampai abang Miera jemput." Firdaus tersenyum.

"Ok..kiteorang balik dulu tau. Apahal tipon tau. Annyeong chingu." Ailina bergerak ke kereta dengan Melisa sambil melambai tangan ke arah Miera.

"Aku pun balik dlu. Jaga diri Miera. Daus tolong jaga sahabat aku tau." pesan Liyana seraya menaiki kereta ayahnya. Firdaus mengangguk dan mengukir senyum.

Miera segera mendail nombor abangnya, Mierul.

"Assalamualaikum abang. Miera da balik ni. Tunggu depan sekolah. Abang kat mana?"

"Abang lambat sikit balik harini, adik. Adik suruh Pak Amin ambik ye." Mierul yang kesibukan kerja terpaksa memberitahu adiknya yang dia lambat pulang.

"ok..lah. Nanti adik call Pak amin suruh amik. Bye abang." Miera menamatkan panggilan.

"Abang saya tak dapat ambik. Kena lah suruh Pak Amin ambik saya ni. Hihi..."Miera kecewa tapi riak nya biasa je di depan firdaus.

"Takpalah saya teman awak sampai Pak Amin datang..ok. Jangan risau, yeoja." Firdaus menenangkan Miera sambil tersenyum menawan hati.

Mereka duduk di perhentian bas depan sekolah sambil menunggu Pak Amin datang mengambil Miera pulang.

"Miera, awak nampak cantik walaupun tengah berpeluh. Hihi...saya suka tengok awak." Firdaus mngenyit mata.

"Issh... Awak ni kesitu pulak. Saya biasa je lah. Tak cantik pun. Nanti orang lain dengar awak cakap macam tu lain pulak yang dipikirnya. Kita kan masih sekolah." nada marah Miera tapi lembut di pendengaran Firdaus.

"Uppss...sorry. Saya cair tengok awak kalau tengah bercakap - cakap dengan chingus awak. Saya tak buat lagi ye. Hihi..." Firdaus meminta maaf sambil mengangkat tangan.

Miera hanya tersenyum melihat ulah teman tapi mesranya itu. Walaupun ada perasaan sayang di hatinya untuk Firdaus tapi dia perlu menumpukan perhatian pada SPM tahun ni.

Tidak lama kemudian, Pak Amin tiba dengan Merc Tuan Mikhail. Miera mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal pada Firdaus kerana sudi menemaninya tadi.

Firdaus hanya tersenyum meleret dan melambai tangannya pada buah hati kesayangannya.

Selepas kereta yang dinaiki Miera berlalu, Firdaus segera menghidupkan enjin motor Kawasaki kesayangannya dan menderum pergi dari sekolah.

Stalker ✔Where stories live. Discover now