Bab 6

2.8K 117 0
                                    

"Oh, jadi Reza tu lelaki yang Miera dan Pak Amin terlanggar haritu lah ye." Mierul menyoal adiknya sebaik sahaja mereka sampai di rumah. Mierul sempat berkenalan dengan Reza semasa menjemput Miera tadi.

"Iya, abang. Dia baik kan. Sopan je orangnya."

"Hmm..orangnya okay. Tapi jangan terlampau rapat sangat. Miera tu sekolah lagi." ingat Mierul pada adiknya.

"Ok, boss." kata Miera lalu mengatur langkah ke biliknya.

Malam itu, Miera menerima chat dari Mr. R. Mr. R menghantar ayat - ayat berbunga kepada Miera tapi dia takut mahu membalas.

Miera mengandaikan yang ada orang mahu memain - mainkannya. Jadi dia buat tak endah je dengan Mr. R itu.

Tiba - tiba, Iphone6nya berbunyi lagu 'The girl who can't say goodbye, The boy who can't leave' nyanyian Leesang feat Jung In.

The girl who can’t say good bye
The boy that can’t leave
The two of us are no longer in love
So no no no no no no (x2)

Love is passing,
Love and heartbreak are one and the same
Hearbreak takes love and goes away. (x2)

How nice would it be if love
was something that could be earned?
(It’s all a dream, holding your hand)
How nice would it be
if love was something to get by wanting it?
(It’s all a dream but I can’t escape)

'Reza call, dia nak apa' detik hati Miera lalu menerima panggilan.
Reza meminta nombornya petang tadi. Mulanya Miera tak mahu kasi tapi Reza nak sangat jadi kawan dia, Miera pun terpaksa beri kerana nak jaga hati.

"Assalamualaikum, hai Miera. Selamat malam. Buat apa tu?"

"Waalaikumsalam, hai Reza. Selamat malam juga. Saya tengah buat homework ni. Kenapa ye?"

"Takda papa. Saya saja nak ucap selamat malam pada awak. Maaf saya mengganggu awak buat kerja."

" Takda papa lah. Cuma ingat awak ada hal tadi. Awak buat apa tu?"

"Saya just baring - baring je. By the way, saya dah cuci gambar awak. Sangat cantik. Gambar yang menarik." puji Reza.

"Yeke? Biasa je lah. Awak puji lebih padahal gambar saya tu biasa je."

"Ok, nanti saya tunjuk gambar ni kat awak. Nak tengok? Mesti awak terpegun."

"Ok, nanti saya tengok. Lagipun saya sibuk nak exam sekarang ni. Hmm... Ok lah Reza. Saya nak sambung buat homework ni. Nanti kita sembang lagi ye. Selamat malam awak." ucap Miera.

"Ok, selamat malam jugak Miera. Tidur awal ye. Esuk sekolah kan. Bye." Reza mematikan panggilan.

*****

-Group Girl Elite-

Miera
Hai korang!
Tengah buat pe tu?
Teka sapa yang call tadi...

Liyana
Hai Miera
Tengah study lagi ni
Errm...siapa yang call?
Tengah perah otak
Muahaha....

Melisa
Wiwitt..
Same lah aku
Aku teka Jerry yan Malaysia tu kan..

Ailina
Siapa?...siapa?....
Haaa....what?...kau biar betul Miera?
Betul ke Jerry yan call kau ni?
*wink*

Miera
Haa...
Betul lah tu.
Jerry yan Malaysia
call tadi.
Aku jumpa dia kat sekolah
petang tadi.
Dia baru balik kerja

Stalker ✔Where stories live. Discover now