BAB 1 | Benci

49.4K 820 23
                                    

"Ain, cepat laa.. Kita dah lambat ni. Nanti tak sempat pula tengok cerita tu dari awal." Marah Reen. Satu satunya sepupu perempuan yang rapat dengan aku.

Aku, Ain Humaira. Anak yatim piatu yang telah kematian kedua orang tuaku kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya yang juga meragut nyawa kakak kandungku. Aku dibesarkan oleh nenek dan datukku. Tapi beberapa tahun lepas datukku telah meninggal dunia.

Nenekku soarang usahawan wanita yang menjalankan perniagaan hartanah hasil peninggalan arwah datukku. Nenek bekerjasama dengan bapa saudaraku.

Namun, perniagaan nenek sekarang lebih tertumpu kepada senireka binaan rumah. Perniagaan yang telah dikembangkan sejak arwah datukku masih ada.

Bapa saudaraku yang merupakan adik kepada papaku mempunya tiga orang anak. Dua orang lelaki dan seorang perempuan.

Anak lelaki sulungnya, Fedzriq Haikal terlalu memusuhi ku. Atas sebab apa, aku sendiri pun tidak tahu. Sedari kecil lagi, dia seperti tidak sukanku. Ya, mulanya terasa sedih dan tersisih kerana hanya aku seorang sahaja yang dia benci. Namun, lama kelamaan perasaan itu sudah menjadi biasa dalam diriku seiringan dengan peredaran waktu.

Anak lelaki keduanya, Faridz Haidar seorang yang pendiam tetapi baik hati. Dia teramatlah sopan dan bercakap bila perlu sahaja. Dia yang banyak berkawan denganku apabila aku disisihkan hingga lahirlah adik perempuannya dan kini menjadi sepupu yang paling rapat denganku dan amat manja.

Farriesya Hazreen. Dia muda dariku namun perbezaan itu tidak menjauhkan dia dariku. Kami sering berkongsi mainan, buku malah makanan. Dia yang terlalu baik denganku. Menyimpan segala rahsiaku dan sangat memahami diriku. Ya.. Aku sangat sayangkannya seperti adik aku sendiri.

Menginjak dewasa, kedinginan Fedzriq terhadapku makin menjadi-jadi. Aku malah terlalu pelik dengan sikapnya. Puas aku fikir kesalahanku, namun aku sendiri tidak menemui jawapan.

Menjadi orang yang keliru memikirkan salah sendiri ternyata amat letih sekali. Lagi letih apabila satu jawapan pun tidak ditemui. Lantas, harus ku teruskan untuk membutakan mata dan menulikan telinga.

Mungkin itu akan menjadi menjadikan alasan untuk aku selalu bersendirian apabila berkumpul ramai-ramai atau menjadikan aku seorang yang tersangat introvet. Berada di dalam duniaku sendiri.

Alangkah baik jika arwah kakak masih hidup. Mesti dia tak membenarkan aku melalui perkara ini seorang diri. Bahagiakan ada kakak?

"Ye lah. Kau tunggu kejap aku habiskan minuman ni." Omel Ain perlahan. Perlahan juga dia menyisipkan minuman hingga langsung tiada baki. Lalu ais batu pula menjadi sasaran untuk dimasukkan ke dalam mulut.

"Kejap, lepas tengok wayang kita balik kan?" Tanya Ain mendapatkan kepastian.

"Alah, pergi rumah aku dulu lah. Aku dah bagitau nenek. Kau jangan risau." Balas Reen sambil menayangkan gigi putihnya tu. Sungguh manja seperti seorang adik yang menagih pada kakaknya.

Janji tuhan itu pasti. Dia tak akan membebankan seseorang itu sesuai dengan kesanggupannya. Ya, dia hilang keluarganya, tapi Allah itu maha adil dalam mengantikan kasih sayang yang hilang kepadanya meski tidak setimpal dengan kasih yang sebenar dalam sebuah keluarga. Lalu kita sebagai hamba kenapa masih tidak mampu untuk mensyukuri nikmat yang diberikan?

Allahuakbar..

Tergeleng-geleng kepalanya malu dengan sikap sendiri yang selalu membandingkan kehidupan sendiri dengan kehidupan orang lain. Justeru membuka pintu untuk menjadi iri dan dengki. Syaitan tak pernah penat untuk menghasut anak Adam.

"Boleh tak ni? Tergeleng tu maksudnya apa?" Reen yang memerhati bertambah pelik melihat Ain yang mula tersenyum pula. Akhirnya dia mengangguk juga sebagai tanda setuju tapi tidak rela.

My Parfait Love ✔Where stories live. Discover now