BAB 8 | Lepas

22.2K 674 29
                                    

Ain melangkah kaki masuk ke bangunan serba tinggi itu dengan gemuruh. Hari ini dia ingin menghantar resume ke PUTRA Holding. Berjuma dengan penyambut tetamu di kaunter sahaja dia sudah gugup, ini pula mahu berdepan dengan pegawai yang incharge bahagian pengambilan pelatih untuk praktikal.

Menunggu hampir setengah jam di sofa akhirnya nama dia dipanggil lembut oleh si gadis yang bertugas sebahai penyambut tetamu. Manis sungguh orangnya.

"Cik boleh naik ke tingkat 10 ye. Jumpa dengan Puan Naemah. Maaf tunggu lama. Tadi dia meeting."

"Eh, tak apa. Terima kasih, ya." Terus hilang kantuknya apabila mengetahui yang dia sudah boleh menyerahkan resume. Segera dia berjalan pantas menuju ke pintu lift.

Menunggu beberapa detik untuk pintu lift terbuka, Ain sempat membetulkan tudungnya yang sudah senget. Segera diperhatikan penampilannya melalui pantulan permukaan pintu lift.

Akhirnya pintu lift terbuka dan dia melangkah masuk dengan gugup. Menepuk baju kurung modennya yang seperti sudah kedut agar tampak lebih lendik. Dia sampai di tingkat 10.

Ain menghampiri meja salah seorang staf dan terus menyapa sopan.

"Assalamualaikum. Maaf menganggu. Saya nak jumla Puan Naemah. Dia ada?" Tanya Ain.

"Ada. Atas urusan apa ya?" Tanya wanita itu beramah.

"Saya nak serahkan resume saya. Mohon untuk menjalani latihan praktikal di sini."

"Oh.. Sekejap ya." Wanita itu bangun lalu masuk ke bilik yang tidak jauh dari tempat dia berdiri.

Menghilangkan rasa gemuruh, Ain mengetuk permukaan meja dengan jarinya sambil berpusing. Dan matanya menangkap ke arah seseorang yang dia kenali di luar dinding cermin itu.

Seseorang yang dia tidak ingin jumpa walau disogok dengan wang satu juta.
Dan orang itu yang sedang berbual dengan seorang lelaki separuh umur tiba-tiba menangkap pandangannya. Serta merta wajah lelaki itu berubah terus.

Ain mengalihkan pandangan ke.arah lain dan dengan gusar berdoa agar lelaki itu tidak mampir ke arahnya.

"Cik, silakan masuk." Wanita tadi berdiri di hadapan pintu sambil mempersilakannya masuk. Ain bernafas lega.

Kakinya laju melangkag masuk ke bilik itu dengan gemuruh yang sudah bertukar hala. Bukan gemuruh untuk berjumpa dengan Puan Naemah, tetapi gemuruh terlihat susuk tubuh yang menakutkan.

"Ehm..."

"Encik Fedzriq.. Ada apa yang boleh saya bantu?"

"Wanita tadi tu ada urusan apa ya di sini?"

"Ohh.. Cik tadi tu nak hantar resume pada Puan Naemah."

Fedzriq mengangguk-angguk seketika kemudian membalas senyum. Kemudian Fedzriq melangkah keluar dari ruangan itu.

***

Ain kini menarik nafas panjang dan tersenyum mewah. Dia rasa tubuhnya ringan, fikirannya tenang.

'Dua sudah permohonan yang aku hantar untuk menjalani praktikal. Moga ada jawapan gembira nanti.'

Sedang berkira-kira untuk menghubungi Pak Cik Omar untuk menjemputnya, lengan Ain ditarik perlahan hingga dia terpejamkan mata akibat terkejut.

"Jangan culik saya!!" Teriaknya dalam suara yang tertahan. Tapi cemasnya menjadi dua kali ganda apabila terdengar suara ketawa halus di tepi telinganya. Lalu dia menoleh dan cemasnya sudah meningkat ke tiga kali ganda.

"Siapalah yang terencat nak culik kau? Tak mendatangkan keuntungan." Kata Fedzriq menyinis.

"Dan siapalah yang malang dan hina itu, sanggup berbicara dengan perempuan yang tak mendatangkan keuntungan ini."

My Parfait Love ✔Where stories live. Discover now