BAB 4 | Fail

19K 598 10
                                    

Suasana KLIA agak sibuk pagi tu. Terdengar pengumuman memanggil penumpang masuk ke balai berlepas. Ain masih memeluk nenek. Dari kecil dia tak pernah ditinggalkan lama oleh nenek. Hanya dua atau tiga hari. Itu pun atas urusan kerja nenek.

"Along, jangan lupa jenguk ke rumah. Adik kamu tinggal berdua je dengan Ain." Pesan Pak Ngah

"Tengok la kalau along tak sibuk. Sekarang kan branch dekat JB baru nak launch. Lagi pun kan ada Mak Yang dengan Pak Ali."

"Hish kamu ni, dia orang tu pembantu kita. Kamu tu family, lain. Takde, papa nak kamu balik jugak. Kerja tu boleh tinggalkan sekejap."

"Ye la papa. Nanti along balik."

"Ain dan Reen jaga diri baik-baik ye." Pesan nenek lagi. Ain dan Reen hanya mengangguk. Ain menghantar nenek serta Pak Ngah dan Mak Ngah dengan linangan air mata.

'Nenek adalah insan yang paling rapat denganku setelah kepergian kedua orang tuaku. Sungguh aku tak dapat bayangkan bagaimana rasanya jika tiada nenek yang sudi menghulurkan tangan menarikku rapat ke pelukkannya lantas menjagaku dengan penuh kasih sayang.

Pahitnya kenyataan harus dirasakan oleh seorang anak yatim yang di mana ketika aku melihat teman temanku bersama dengan kedua orang tua pasti membuat aku juga ingin merasakan hal demikian, namun kenyataan yang pasti, aku harus menyimpan perasaan itu sedalam dalamnya.

Jika diungkapkan dengan sebuah kata kata tentu tidak akan pernah mampu mengungkapkan perasaan hati seorang anak yatim piatu. Tapi nenek berusaha sedaya upaya untuk mencukupkan segala kekurangan yang aku rasakan.

Aku sentiasa mendoakan nenek atas kebaikannya memeliharaku. Sebabnya aku pernah terdengar bahawa pengasuh anak yatim dijamin masuk syurga.

Rasulullah SAW bersabda:

"Orang yang memelihara anak yatim di kalangan umat muslimin, memberikannya makan dan minum, pasti Allah akan masukkan ke dalam syurga, kecuali ia melakukan dosa yang tidak bisa diampuni." (HR. Tirmidzi dari Ibnu Abbas). (Lihat Sunan Tirmidzi, Kitab Al-Birr wa Ash-Shilah'an Rasulillah: 1840).

Aku tak pernah berjauhan dengan nenek dalam tempoh masa yang sungguh lama. Tapi kali ini nenek akan meninggalkanku lebih dari sebulan. Air mata ini tidak mahu berhenti mengalir. Di samping rasa sedih kerana akan berpisah, air mataku ini juga adalah tangisan gembira buat nenek dan ibu bapa saudaraku kerana menjadi tetamu Allah. Detik menjadi tetamu Allah lebih indah apabila saudara terdekat turut mendapat panggilan menunaikan ibadat haji ke Tanah Suci pada tahun sama.

Dalam keadaan renyuk emosi yang menghentam dasar hati, tanpa Ain sedar, Fedzriq tengah memerhatikannya yang sedang menangis. Lama dia mengelamun sehingga mata mereka bertemu dan akhirnya Fedzriq menghala pandangan matanya ke arah lain sebelum bersuara.

"Ehm.  Dah sudah-sudah la berdrama air mata bagai. Nenek dah masuk balai berlepas pun. Kau ingat cantik ke muka kau menagis tu?" Tegur Fedzriq senada tanpa riak.

Memang pedih. Tak apa. Orang yang sabar tak semestinya kalah. Kan? Melihat Ain masih berdiam diri, Fedzriq dilanda rasa tidakn puas hati.

"Nanti tinggal di rumah agam jangan nak buat hal macam-macam pulak. Belajar sedar diri menumpang di rumah orang. Rajin-rajin tolong kemas rumah." Ucapan Fedzriq hanya berlalu sepi di telinga Ain.

"Along ni kenapa? Tak habis-habis nak sakitkan hati Ain. Tak reti ke berbahasa baik-baik?"

"Jangan sibuk lah!" Fedzriq pantas berlalu.

Ain tak ambil peduli. Lagi pun Ain nak fokus pada STPM yang tak lama lagi. Pejam celik sekejap je nenek akan balik. Pujuk hati Ain.

Kebisuan Ain mencabar emosi Fedzriq. Dia merengus kasar sambil kaki menghala ke ruangan parkir.

My Parfait Love ✔Where stories live. Discover now