BAB 11 | Confirm

19.5K 673 30
                                    

"Alhamdulillah. Dapat lagi kita bersua dalam usrah minggu ini. Semua sihat ke?" Tanya ustazah Rohainun lembut.

"Alhamdulillah. Sihat ustazah."

"Baik. Kalau ikut modul usrah minggu ni adalah tajuk 'memahami makna perkahwinan'. Walaupun ada di antara kalian ada yang belum berkahwin, namun tajuk ini sedikit sebanyak dapat membantu kalian untuk melangkah ke alam perkahwinan kelak." Ustazah tersenyum.

"Ada yang dah kahwin?" Soal ustazah lagi. Kelihatan dua orang pelajar dari yang mengangkat tangan. Ain hanya diam memerhati. Cuba menyembunyikan hakikat sebenar.  Ustazah mengangguk lagi.

"Islam mensyariatkan perkahwinan untuk memenuhi naluri fitrah semula jadi manusia. Ia juga merupakan satu pengiktirafan sebuah ikatan yang sah dan halal. Perkahwinan ini berlaku dengan suatu cara perhubungan yang dibenarkan oleh Allah SWT kepada mereka berdua. Ini merupakan suatu sistem perkahwinan yang disyariatkan bagi membiakkan manusia untuk memerintah Bumi dan mendudukinya buat sementara waktu. Terdapat firman Allah ta'ala yang bermaksud;

"dan kahwinkanlah orang-orang yang bujang (lelaki dan perempuan) diantara kamu, dan orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberi kekayaan kepada mereka dengan kurniaanNya, kerana Allah maha luas (rahmat dan limpah kurniaNya) , lagi maha mengetahui."

"Boleh sesiapa terangkan maksud ijab dan qabul?"

"Saya ustazah! Ermm.. Ijab ialah lafaz yang diucapkan oleh wali kepada pengantin perempuan yang dinikahkan kepada pengantin lelaki. Kabul pula ialah lafaz yang diucapkan oleh pengantin laki-laki selepas wali mengucapkan ijab. Kalau maskahwin tidak berupa wang, sebutkan jenis atau nama barangnya." Terang seorang wanita bernama pHidayah.

"Perkahwinan juga perlu untuk tujuan memperluaskan lagi hubungan kekeluargaan diantara keluarga lelaki dan perempuan. Dengan perkahwinan, ia  juga mampu mengembangkan lagi masyarakat dengan zuriat dan keturunan yang soleh. Islam turut memberi panduan bagi golongan muda yang ingin berkahwin dengan niat menjaga diri daripada dosa dan maksiat, tetapi khuatir rezekinya sama ada mencukupi atau tidak untuk menanggung keluarga. Dalam hal ini, sekiranya usaha mencari rezeki dijalankan dengan tersusun selepasnya, yakinlah bahawa rezeki akan dimudahkan melalui perkahwinan itu. Namun begitu, sekiranya seseorang belum mempunyai kemampuan dan persediaan menempuh kehidupan berkeluarga, maka hendaklah berusaha menahan hawa nafsu dengan sebaiknya." Ustazah menerang satu per satu point yang dibincangkang.

"Ustazah, bagaimana kita nak tahu seseorang itu jodoh kita?"

"Istikharahlah. Minta pertolongan dari Allah untuk diberikan petunjuk. Allah SWT menyuruh umat Islam agar memandang erti sebenar perkahwinan dari pelbagai sudut. Perkahwinan adalah penyatuan dua jiwa, yang mana Allah SWT menemukan dua insan yang mempunyai hati yang berlainan, ditautkan dalam satu ikatan pernikahan supaya kedua jiwa tadi menikmati rahmat dan ketenangan dalam berkongsi kehidupan berumahtangga yang dipenuhi cinta serta kasih sayang. Dalam proses perkahwinan, Islam  menitikberatkan soal persamaan taraf, iaitu kufu dan pasangan yang sesuai, mencakupi keagamaan, keturunan, pendidikan, harta, kecantikan dan sebagainya. Persoalan sekufu adalah satu perkara yang agak penting kerana kalau  pasangan tidak sekufu ia boleh menyebabkan perceraian. Seterusnya berkahwin bukan sahaja menyatukan dua hati, dua cinta tetapi mengeratkan hubungan silaturahim antara dua keluarga iaitu keluarga pihak suami dan isteri yang berkahwin itu serta membawa pada asimilasi dua cara hidup dan budaya dari pasangan berkenaan. Oleh itu, dalam hal ini, misalnya selepas berkahwin, pengantin digalakkan menziarahi ahli keluarga kedua-dua belah pihak untuk saling mengenali saudara mara jauh dan dekat. Selain itu, ziarahlah ahli keluarga jika ada masa dan bukan hanya waktu keramaian seperti hari raya. Pasangan juga mesti adil dalam mengeratkan silaturahim dengan ahli keluarga kedua-dua pasangan."

My Parfait Love ✔Where stories live. Discover now