BAB 14 | Subuh

27.1K 755 17
                                    

"Nek!! Rindunya. Nek sihat?" Ain
melonggarkan pelukan untuk menatap muka tua yang amat dikasihinya itu. Seminggu berada di rumah sewa sudah membuatkan rindu Ain membuak-buak.

"Sihat. Nenek sibuk dua minggu kebelakangan ni. Tak sempat nak nak jenguk Ain. Projek 'Ihsan Permata' dengan rumah anak yatim di Gombak baru aje mula."

"Ye ke nek? Nanti bolehlah Ain pergi tolong nenek?" Muka Ain berubah ceria.

"Boleh sayang. Haa.. Fedzriq, tak sibuk ke hari ni?" Nenek terpandangkan Fedzriq yang berdiri di belakang Ain. Kaca mata hitamnya ditanggalkan.

Dia kelihatan tenang. Wajahnya terfokus pada neneknya yang sedang memerhatikannya. Senyuman kecil diberikan. Ain juga menoleh sekilas. Fedzriq nampak sangat tampan dibias dengan cahaya matahari petang. Kemeja berwarna biru gelap yang dipakainya nampak sangat sesuai dengannya.

"Saya baru balik dari Indonesia petang tadi, nek. Ada Kongres Bussines Asean."

Ya. Fedzriq baru saja pulang dari Indonesia dan dia berkeras juga mahu menghantar Ain pulang ke rumah nenek walau sudah diberitahu berkali-kali bahawa Pak Cik Omar akan menjemput Ain.

"Eh, jom la masuk. Ain pergi ambilkan air untuk Fedzriq. Letih nampaknya tu." Ain bergerak meninggalkan mereka.

"Tidur sini lah malam ni, Fedzriq. Nampak letih sangat tu. Lagi pun esok kan cuti." Pelawa nenek sambil duduk di sofa single.

"Erm.." Tergagap Fedzriq mahu menyambut perlawaan nenek. Otaknya ligat berfikir sama ada ingin menerima pelawaan neneknya atau tidak. Bulat matanya memandang Ain yang datang menadah cawan berisi air.

"Boleh la nek. Malas pula saya nak drive balik." Hati kata lain, mulut kata lain. Ain dah menghilang ke dapur.

"Hah. Elok sangatlah. Kalau nak berehat masuk sajalah bilik kamu tu." Memang bilik tu yang dia guna jika bermalam di rumah nenek. Sebelah bilik Ain. Depan bilik papa dan mama. Nenek dah bangun meninggalkannya yang masih terbaring di sofa. Terlihat Ain melintasi ruang tamu untuk ke tingkat atas.

"Ehm, mari kejap!" Ain yang baru nak mendaki tangga terhenti. Tergaru-garu kepala kerana hairan Fedzriq memanggil siapa. Nenek sudah menghilang ke dapur.

"Kau lah. Mari sini!" Panggil Fedzriq lagi sedikit keras.

"Ada apa? Saya nak naik atas ni." Tanya Ain cuba untuk mengelak.

"Buatkan aku laksa johor. Aku nak makan esok pagi." Ain hanya menganggukkan kepala. Malas mahu bertekak.

"Nanti saya beritahu Mak Kiah."

"Aku nak kau yang buatkan." Fedzriq menegaskan ucapannya.

"Saya tak reti. Mak Kiah boleh buatkan untuk awak."

"Aku tak peduli. Aku nak kau yang buatkan! Kalau aku tahu Mak Kiah yang buat, siap kau!" Baru berjalan beberapa tapak, Fedzriq berpusing kembali. "Aku nak nasi dagang sekali."

"Eh, awak ingat rumah nenek ni restaurant ke? Nak makan macam-macam, pergi ajelah restaurant!"

"Suka hati aku lah! Kau masak jugak!"

"Tak takut ke kalau saya racun awak?" Ain juga tak nak kalah. Matanya tajam mengejek Fedzriq. Fedzriq tercengang melihat Ain yang berani menyerangnya. Fedzriq melangkah menghampiri Ain.

"Kau berani ke nak racun aku?" Suara Fedzriq yang garau itu menyapa gegendang telinga Ain. "Hmmm?"

"Kenapa pulak tak berani?! Awak tu order macam-macam. Awak ingat saya chef? Chef pun bayaran mahal tau untuk setiap menu yang dimasak!"

"Oh, jadi kau nak minta duit dengan aku? Dasar perempuan mata duitan! Kaki kikis. Patutlah harta nenek menyusut, ada cucu tak tahu malu dok mengemis dan mengkis harta nenek!"

My Parfait Love ✔Where stories live. Discover now