BAB 15 | Penthouse

25.6K 739 35
                                    

Hon panjang diberikan oleh Fedzriq hingga membuatkan Ain berlari tergopoh-gapah menuju ke pagar.

"Awak ni tak reti sabar ke?" Bebel Ain sebaik sahaja masuk ke dalam perut kereta. Tangannya ligat memperbetulkan shawl yang dibelit pada kepalanya. Fedzriq terdiam lama memerhati ke arah Ain.

'Cantik pulak dia.'

Matanya belum dialihkan dari terus memandang wajah lembut dan menawan. Make upnya  tidak terlalu berlebihan. Hanya simple but nice. Lama dia menelek hingga membuatkan dia terbuai. Apabila terdengar deheman dari orang sebelah, barulah Fedzriq kembali ke alam yang nyata. Dia segera memandang ke hadapan, memegang kejap stereng.

"Kau pakai baju apa ni?" Tanya Fedzriq geram.

"Kenapa? Baju kebaya. Tak boleh pakai pergi office ke?" Tanya Ain blur. Dia memandang ke arah baju yang dipakainya. Dahinya berkerut-kerut memikirkan apa yang tidak kena dengan pakaiannya. Tak adalah fit sampai mengikut bentuk tubuh, cuma ada shape di bahagian pinggang. Dan kain susun depan sedikit sinting tapi tidak terbelah.

"Pergi tukar!"

"Tapi kenapa?! Saya tengok Kak Warda pakai okey jer. Lagi pun kita dah lambat!" Ain mula menyebal. Dia geram dengan perangai Fedzriq yang tiba-tiba emosi tanpa sebab. Wajahnya kini masam mencuka. Kalau kena tukar baju maknanya kena buka tudung. Kalau bukak tudung maknanya nanti kena pakai semula.

'Tahu tak berapa lama aku ambil masa nak belit shawl itik ni?'

"Pergi tukar, Ain Humaira!" Kalau dah Fedzriq menyebut nama penuhnya, maknanya ribut akan melanda kalau dia tetap berkeras memprotes dengan lelaki itu.

Dengan wajah kelat tambah masam, Ain keluar juga masuk ke dalam rumah dan menukar pakaiannya. Kali ini dia memilih seluar slack dipadankan dengan blouse longgar beriben di leher dengan padanan warna yang sama iaitu peach.

Masuk ke dalam kereta semula, wajah Ain masih sama. Monyok. Mengundang senyum kecil di bibir Fedzriq yang kelihatan senang hati lalu mengerakkan keretanya menghadap jammed di jalan raya.

Hari itu, Fedzriq tidak ada di office sepanjang hari. Lelaki itu terburu-buru selepas menghantar Ain di hadapan pintu utama.

Sehingga hampir tiba waktu pulang, Fedzriq menghantar pesanan whatsapp memberitahu dia tak sempat menjemput Ain dan meminta Ain pulang dengan rakannya.

Ain bersetuju dengan senang hati kerana dia memang berencana untuk ke shopping mall dengan Farah dan Diana.

'Telefon, tak telefon, telefon, tak telefon? Aku kena telefon juga untuk minta kebenaran. Macam mana kalau dia tak izin? Hmm. Try ja lah dulu.'

Fedzriq yang baru duduk untuk berbincang soal tender dengan client terkejut melihat pemanggil di telefon pintarnya. Cepat-cepat dia meminta diri untuk menjawab panggilan telefon tersebut.

"Hello?"

"Hello.. Awak— saya nak minta izin keluar dengan Farah dan Diana. Kami nak ke Pavilion. Boleh tak?"

"Siapa lagi?"

"Farah dan Diana je lah. Betul." Ain cuba meyakinkan Fedzriq lagi.

"Nak beli apa?" Eh dia ni soal macam polis pencen apa hal?

"Nak tengok wayang. Lepas tu nak beli baju kerja."

"No more kebaya! Dan jangan balik lewat."

"Okey. Terima kasih. Assalamualaikum." Talian terus dimatikan. Ain tersenyum senang.

Tepat jam 5, Ain berjalan menuju ke pintu utama. Menungu seketika sebelum ternampak kereta Farah. Mereka bergelak ketawa di dalam kereta sambil berbual tentang kerja dan praktikal.

My Parfait Love ✔Where stories live. Discover now