BAB 17 | Kereta

25.7K 706 29
                                    

"Nenek tengok Ain semakin rapat dengan Fedzriq sekarang. Ada apa-apa yang istimewa ke? Kerap pula dia ambil dan hantar Ain sekarang?" Nenek merenung cucunya itu dengan riak yang penuh kecurigaan.

Ain sejak dulu adalah seorang yang bersifat memendam dalam segala hal termasuk yang berkaitan dengan perasaan dan emosi. Dia lebih memilih untuk mendiamkan apa sahaja yang dilaluinya. Datin Seri Sofea tahu itu adalah kerana dia terkesan dengan peristiwa kehilangan dalam hidupnya.

"Eh tak ada lah nenek. Dia masih tak suka dengan Ain. Ada saja yang tak kena dan dia akan marah-marah. Cuma Ain kan satu office dengan dia sekarang dan Ain rapat dengan Reen. Selalu kalau keluar dengan Reen, Fedzriq ada. Tu yang dia selalu hantar Ain." Ain menggaru kepala yang tidak gatal. Berdebar dia menjawab soalan dari neneknya itu. Ain mula risau apabila nenek dah perasan perubahan antara dia dan Fedzriq.

'Macam mana kalau nenek tahu nanti? Mesti nenek marah dan sedih.'

"Baguslah kalau rapat, tapi biarlah rapat sebagai sepupu sahaja. Ain faham kan maksud nenek? Nenek tahu, tak salah kalau kamu ada hubungan yang lebih serius, ya la kan sepupu boleh berkahwin. Tapi kalau boleh, biarlah kekal sebagai sepupu sahaja. Nenek tak mahu hubungan yang tidak berkembang seperti itu."

"Ya, nenek. Tak ada la sampai macam tu. Lagi pun Fedzriq tak padanlah dengan Ain. Dia berkerjaya, sudah tentu taste dia yang lebih hebat dari Ain."

"Cucu nenek ni pun hebat. Nanti tiba masa, Ain akan dapat hak Ain yang sebenar. Arwah papa dan mama telah mewasiatkan segalanya pada Ain. Nenek akan bincang dengan Pak Ngah dan Peguam nanti." Ain menggeleng perlahan.

"Biarlah dulu. Ain pun belum bekerja. Yang penting Ain ada nenek sekarang. Itu yang lebih penting. Ain sayang nenek sampai akhir nafas Ain."

"Nenek pun sayang Ain. Tapi, Ain harus terima bahagian Ain. Ini wasiat sayang." Nenek memegang pipi Ain lembut.

"Ain mempunyai hati yang bersih dan suci. Lembut seperti mama. Jaga hati Ain sebaik mungkin. Nenek sentiasa doa Ain akan selalu bahagia dan beroleh kesenangan. Ain pun kena selalu berdoa. Doa anak yatim ni didengar sentiasa oleh Allah."

"Nenek, papa dan mama orangnya macam mana? Kenapa Ain tak boleh ingat apa-apa tentang mereka?

"Papa orangnya selalu sibuk. Dia mewarisi perniagaan Datuk. Datuk memang harapkan papa selaku anak sulung. Papa baik sangat. Tak pernah ingkar kata-kata nenek dan datuk. Papa dan Mama berkenalan selepas papa balik dari study di Australia. Tak lama lepas tu, mereka bernikah. Mama orangnya sangat lembut dan prihatin. Tutur katanya tak ada yang keras-keras. Bicaranya penuh sopan dan adab. Sebab tu kali pertama nenek jumpa mama, nenek dah berkenan." Datin Seri Sofea tersenyum pada Ain.

"Rindunya dengan arwah papa, mama dan kakak."

"Kalau rindu, sedekahkan al-fatihah selalu. Jangan lupa doa untuk mereka, agar mereka tenang di sana." Nenek tersenyum melihat cucu kesayangannya itu.

"Nenek.. Sebab nenek dah sebut hal ni, Ain nak cakap sesuatu. Ain pun rasa ada baiknya Ain kurang berjumpa dengan Fedzriq. Tapi, sebab utama Fedzriq dan Ain berjumpa kerana dia tolong hantarkan Ain. Kalau Ain ada kereta.."

"Nak kereta?" Nenek sudah mengangkat kening sambil senyum simpul. Dia tahu keinginan cucunya itu.

"Bukan lah macam tu nek.. Ain nak beli dengan duit Ain sendiri."

"Ain, apa cakap macam tu? Segala apa yang nenek bagi pada Ain ikhlas dari nenek untuk jaga Ain. Nenek tak kisah pun berbelanja untuk Ain. Ingat lagi tak datuk pesan apa? Tak nak rasa diri Ain tu macam orang asing dalam keluarga ni. Lagipun, bahagian papa tu masih banyak belum disentuh. Ain juga ada bahagian dalam Grandeza Holding. Tapi Pak Ngah ambil alih sementara tunggu Ain bersedia. Jangan rasa seperti menumpang dalam keluarga ni. Ain punya hak dalam keluarga ni." Tubir mata Ain bergenang. Neneknya sangat-sangat sayangkannya. Dia lantas memeluk nenek.

My Parfait Love ✔Where stories live. Discover now