Rindu Burger

372 8 3
                                    

Widad sedang duduk termenung di deck kapal sambil menghadap laut. Sambil dalam lamunan, kopi di tangan kanannya dihirup perlahan-lahan supaya tak terlecur bibir gelap jantannya akibat kepanasan kopi.

Begitulah rutin harian Widad diatas kapal sebelum menunggu bermulanya shift siang beliau.

"Jauh termenung, bhai", bahu kanannya di tepuk dari belakang. Widad memandang kebelakang secara spontan, tiada sesiapa. Seketika, dia mahu memandang kembali ke hadapan, Epul berada di sebelah kirinya, tersengih. Memang kegemaran Epul untuk menegur orang bertentangan dengan posisi sebenar beliau. Entah mengapa.

"Biasa lah, Pul. Jauh pandangan, luas pemandangan", balas Widad. Seperti tiada kena-mengena jawapan yang diberikan, tetapi ada benar di sebalik ungkapan teresebut.

"Ko dah macam stokin tak basuh ni, dah kenapa. Kusam bagai", tegur Epul.

Sambil Widad meneguk kopi, "Aku dah makin hari, makin down lah. Takde mood dah ni. Lama sangat dah rasa job kali ni."

"Sabar la Dad. Orang keje laut, macam ni lah. Kena kuat, sabar banyak. Baru jantan".

"Bukan apa Pul, selalunya aku tak rasa macam ni. Selalu naik kapal orang kita, ok la jugak. Selesa. Kali ni kita berdua ja Malaysia. Entah kali ni sial betul kena naik job kat Vietnam ni. Makan pun susah, nak enjoy sembang pun susah".

"Tu la. Dah la kena 3 bulan kali ni. Baju aku semua pun dah bau babi dengan anjing goreng. Lekat bau tak hilang. Balik ni rasa nak kena tanam dalam tanah beg aku semua 7 hari 7 malam".

"Aku nak balik. Aku rindu nak makan. Rindu nak makan burger", riak wajah Widad tiba-tiba menjadi sayu. Kedua-dua hujung bibirnya terketar-ketar melengkung ke bawah.

Seakan-akan memahami apa yang bakal berlaku keatas reaksi Widad itu, Epul cuba menguatkan jiwa Widad dengan kelakar hambar, "Weh, rilek la bhai. Nanti malam kita siat daging babi kat galley sama-sama. Lepastu kita kapit dengan roti keping". Mungkin lawak babi demikian akan menceriakan sedikit keadaan Widad.

Dengan suara tersekat-sekat, Widad bersuara sambil memandang laut, "Dalam banyak-banyak burger Pul, burger apa yang kita rindu sangat?".

Epul mengecilkan mata dan memandang Widad. Keliru dengan soalan tiba-tiba Widad, tetapi Epul tidak mahu menghampakan jiwa Widad yang semakin menisu.

"Aku rindu burger daging. Double cheese. Ni kau buat teka-teki ke, kau tanya personal kesukaan aku?"

"Ni teka-teki. Dan jawapan kau salah", mata Widad mula terkebil-kebil dan bibirnya semakin bertambah getaran melengkung kebawah.

"Jawapan dia, laut yang burgerlora."

Mengalir deras air mata di pipi Widad. Tetapi Widad tidak meraung.

"Maderfake", bisik Epul dan berlalu pergi.

Mental LautWhere stories live. Discover now