Sumpahan Mustajab

232 7 2
                                    

"Kenapa awak buat saya macam ni? Saya tak pernah rasa sakit macam ni". Jelas kemerahan di raut wajah Salina sambil air mata mengalir di kedua-dua belah pipinya. Sungguh jiwa seorang perempuan yang lembut dan sopan sepertinya ibarat tisu nipis yang murah di jual di Tesco yang jikalau terkasar sedikit carikan, makan terkoyak lah separuh tisu.

"Eh, kau ni dah kenape? Kita berdua bukan ada apa-apa. Kau kawan sekelas aku je. Yang kau beriye-iye karang surat dengan tabur bedak gini apehal?", sambil tangan Aizat menampar-nampar surat yang mengandungi pelbagai ayat pickup lines yang ditujukan kepadanya oleh Salina pada papan kenyataan kelas mereka.

Suasana hening yang berlaku ketika waktu rehat itu disaksikan juga oleh dua orang rakan Salina yang membantu menenangkan Salina, serta tiga orang lagi rakan Aizat yang sama-sama menunjukkan reaksi riak mereka terhadap gadis lemah yang sedang menangis tersedu-sedan itu.

Langkah Salina yang tersilap dengan meluahkan perasaannya terhadap jejaka idaman gadis di sekolah mereka memang mengundang bala keatas dirinya. Mungkin sepanjang persekolahannya disitu.

Semua orang tahu betapa buayanya perangai Aizat yang mengganas di sekolah mereka. Berapa ramai gadis yang telah tercalar dan remuk harapan mereka akibat kemesraan dan layanan Aizat yang diberikan kepada mereka. Oleh yang sebab itu, ada diantara mereka menyangka Aizat membela saka buaya. Walhal, dengan status sebagai anak seorang Dato' serta mempunyai ketinggian yang ideal dan raut wajah ala-ala pengacara TV3, Aizat tidak perlu membela saka seekor buaya untuk menarik perhatian para gadis. Sedangkan buaya itu sendiri sifatnya hanya meniarap dan merangkak. Bagaimana gadis boleh tertarik dengan seekor buaya?

"Tak baik lah kau buat Salina macam ni. Kalau yer pun, tak payah lah sampai canang apa yang Salina dah buat kat satu kelas. Satu sekolah. Salina ada maruah," tegas Aina rakan baik Salina yang memeluk menenangkan Salina ketika ini.

"Maruah? Dah tahu diri tu ada maruah, jagalah elok-elok. Mana ada perigi cari timba. Hahahahahaha!" gelak tawa Aizat disambut oleh rakan-rakan syaitannya yang lain.

"Sudah lah. Janganlah tisu sangat adik manis. Berpijaklah pada bumi yang nyata", tambah Aizat dan mula melangkah pergi bersama rakan-rakannya yang lain.

"Aku benci kau! Aku benci kau, Aizat! Aku sumpah kau! Aku sumpah!" jerit Salina sebelum Aizat melangkah jauh pergi.

Aizat menoleh, "Sumpah? Dah berapa banyak sumpah aku kena dengan pompuan lain. Sumpah ape pulak aku dapat kali ni. Harap-harap bukan sumpah jadi laki kau, ciaa ciaa ciaaaa." dengan iringan ketawa rakan-rakan Aizat yang lain.

"Aku sumpah kau! Aku sumpah kau

jadi Dinosaur!"

"Gulp......"

"Dinosaur?"

Ahahahahahahahaha!" berdekah Aizat dan rakan-rakannya ketawa berlalu pergi.
Aina yang sedang memeluk Salina agak terkedu dengan sumpahan Salina. Dinasaur? Apakah!

Malam itu, setelah selesai makan malam bersama keluarga, Aizat hanya lepak di bilik sambil tangannya tak henti-henti menyentuh skrin handphone nya. Untungnya seorang Aizat ini, dia berkemampuan untuk melayan lima orang gadis dalam sesuatu masa.

Isi kepala Aizat tiba-tiba berdenyut kuat. Seperti ada kontraktor yang membuat jalan didalam otaknya. Menjerit-jerit Aizat di dalam bilik.

"Aizat, sayang. Kenapa ni?". Dato Arif dan Datin Zainah datang menyerbu bilik Aizat selepas mendengar jeritan Aizat yang menggila itu. Aizat menggelupur seperti dirasuk saka. Mungkinkah saka buaya baru menjumpai tuannya? Tidak. Bukan buaya.

Sambil Dato Arif mengawal keadaan dengan cuba memegang tangan Aizat, Datin Zainah pula sedang cuba menghubungi doktor persendirian mereka. Ketika Aizat meronta-ronta, kakinya tiba-tiba membesar kedua-dua belah. Seperti penyakit untut gajah. Jari-jari kakinya bercantum dan membuatkan bahagian tapak kakinya membulat.

Begitu juga terjadi kepada tangan Aizat. Tiba-tiba membesar dan mejadi bulat di bahagian pergelangan tanggannya.

Tersentak dengan kejadian itu, Dato Arif dan Datin Zainah menjauhi anak mereka dan tersandar ke dinding. Telefon bimbit Datin Zainah jatuh ke lantai. Angin luar bertiup deras. Bunyian pokok berlagu kencang. Dramatik.

Aizat kemudiannya berguling jatuh ke lantai. Dia mengerekot. Tulang belakangnya membengkok. Aizat cuba bangun, dan dia hanya mampu bangun didalam posisi merangkak dengan kedua tapak tangan dan tapak kakinya berada di lantai. Muncul pula sesuatu daripada bahagian belakang seiring dengan tulang belakangnya iaitu ekor. Tengkoknya juga tiba-tiba memanjang seperti seekor zirafah. Aizat berevolusi. Dia semakin membesar. Baju dan seluarnya koyak akibat tidak dapat menampung tumbusaran Aizat yang mendadak. Lantai biliknya runtuh. Aizat sedar tentang perubahan pada dirinya itu, lantas merempuh dinding biliknya dan berlari keluar menuju ke bukit yang berhutan di belakang taman perumahannya.

"Aizat. Anak kita, bang. Aizat dah jadi dinosaur", menangis Datin Zainah diatas bahu Dato Arif.

Aizat kini telah menjadi seekor dinausaur yang dikenali sebagai Brachiosaurus, iaitu spesies dinosaur seperti didalam cerita The Good Dinosaur.

Ya, Aizat akhirnya tidak menjadi seekor buaya lagi.

Mental LautWhere stories live. Discover now