Puteri Ikan

189 6 0
                                    

Maka, berkelana lah Awang Suria selama beberapa bulan purnama di dalam hutan belantara untuk mencari lubuk terbaik untuk mengail ikan terhebat di seantero alam warung kopi Lebai Man.

Sebulan sebelum itu, Awang Suria, seperti hari-hari sebelumnya bersama rakan-rakan meja sepahit kopi dengan Shuib Sentul serta Jefri Abang Din, mengadakan satu perbincangan yang lain daripada hari-hari mereka yang lain,

"Koi rasa, kita perlu buat sesuatu ni. Hari-hari kita lalui benda yang sama. Pukul 9.00 pagi, maka bermesyuaratlah kita disini. Tak habis-habis mesyuarat kita hari demi hari", ujar Shuib Sentul.

"Betoi tu. Kita ni kena buat sesuatu ni. Penat dah aku dok naik haji setiap 15minit berhari-hari. Kalah artis mahupun jutawan kosmetik yang turun naik pi umrah", sokong Jefri Abang Din yang percakapannya ditutur dengan penuh budi bicara agar tidak keterlaluan sangat bunyi dialek utaranya.

Sambil buah dam Awang Suria melangkah dua biji buah dam Jefri Abang Din, Awang Suria bersuara, "Habis tu, kita nak buat apa lagi. Sudahnya, memang ini sahajalah kerja kita. Bukankah bijak pandai berkata, nak kerja, cari kerja yang kita suka. Barulah kita boleh kerja dengan penuh semangat dan seronok. Apa beza kerja kita dengan orang lain? Kita ni, hari-hari pon bermesyuarat. Bersyukurlah dengan takdir tuhan."

Ketiga-tiga mereka lalu tersengih seperti kerang busuk. Perumpamaan yang seperti tak kena antara tersengih dan kerang busuk. Tapi itulah, orang tua-tua dahulu kala memang selalu deep kata-kata mereka.

"Haaaaa......elok sangatlah pemikiran cenggitu!" tiba-tiba satu suara yang menjengah dari dapur bancuh air warung kopi Lebai Man.

"Elok sangat ler mikir ghupe gitu. Ate, oghang lainnye keghoje mendapat hasil duit menimbun-nimbun, komenye keghoje naik haji tak habih-habih. Utang awoknye yang menimbun-nimbun." ujar sinis Lebai Man melibas kain putih jenama Good Morning dari bahu kiri ke bahu kanan. Lebai Man ini sebenarnya seorang pemilik warung yang tegas dan garang. Dengan wajahnya seperti Pak Jabit tauke warung Kampung Pisang, beserta hujung misainya yang kebawah, siapa sahaja yang tidak tunduk hormat dengan Lebai Man. Pantang dirinya dengan orang yang suka berhutang hatta walau dengan secawan kopi. Sifat bakhil tetap tersemat sedikit dalam jiwanya.

Tetapi, lain pula layanannya dengan tiga sekawan meja sepahit kopi ini. Ini gara-gara kerana ibunya kepada Shuib Sentul adalah seorang janda berhias.

"Ginilah, awok sebenarnye sayang kat mengkome sume ni, terutamanye kat Shuib Sentul ni...," Lebai Man mula menarik kerusi untuk duduk sambil matanya mengeyit kearah Shuib Sentul.

"Kampung kite ni tiap tahun, akan ade sorang wakil untuk ke Negeri Berlumpor sane untuk pertandingan  Raja Ikan."

Lebai Man membetulkan kedudukannya.

"Kome tahu mane datang name Jakpa Raja Ikan? Daripada pertandingan tu ler. Sebab tu mengkome tengok rumah deme sebesor-besor alam kat kampung ni", ujar Lebai Man sambil menghembus asap curutnya.

Jakpa Raja Ikan atau nama sebenarnya Jaafar Sani satu-satunya wakil daripada Kampung Menglembu yang pernah menjuarai Pertandingan Memancing Kebangsaan atau lebih dikenali sebagai Raja Ikan Malaya. Pemenang keseluruhan pertandingan itu akan dihadiahkan dengan sejumlah wang yang besar nilainya serta kawasan menternak ikan-ikan beserta kolam yang tersedia. Oleh yang demikian, Jakpa Raja Ikan merupakan individu yang kaya dan berpengaruh di kampung itu, kerana hasil wangnya semakin hari semakin bertambah dengan kolam ternakan ikannya.

"Oooo......koi ingat, Pak Jakpa tu jenis kecik-kecik dah kaya. Maklumlah, selalunya orang kaya ni berketurunan", sampuk Shuib Sentul yang merupakan kaki drama Melayu.

"Woi, woi, woi...menarik tu. Senang-senang jugak nak jadi kaya ni. Tangkap ikan, kaya. Kita ni pun, memang menjadi kewajipan Sabtu dan Ahad untuk memancing serta mecandat sotong", bersinar-sinar mata Jefri Abang Din.

Mental LautWhere stories live. Discover now