Main

67 0 1
                                    

“Weh, Zam...Kau pernah main dengan awek kau? “

Terpacul soalan yang tiba-tiba keluar dari mulut Badaruddin ditujukan kepada teman sebiliknya, Zamarul Hanif. Dengan berpersonalitikan lelaki yang suci yang konon tak faham perkara berkaitan isu 18 tahun keatas, tersentak jiwa Zamarul Hanif yang sedang asyik menulis kembali diatas sekeping kertas kosong  tentang apa yang sedang dihadam otaknya selepas membaca sehelai muka surat daripada bab 3 buku teks tebal yang bertajuk Ilmu Hisab Moden atau Mathematics Modern, dan lebih popular digelar teman-teman sekuliah sebagai MatMod. Ditenung teman sebiliknya itu yang sedang tersengih-sengih sambil menatap telefon bimbit Oppo A3S nya itu.

“Aduh, Bad ni... Ini tak lain tengah wassap blue dengan awek la tu. Mentang-mentang handphone skrin besar, gersang habih la dapat gambar bogel awek”, getus hati kecil Zamarul Hanif sambil memandang Badaruddin secara slack atau dengan pandangan serong. Badaruddin masih lagi tersengih tapir sambil menatap telefon bimbitnya tanpa pedulikan lirikan tajam Zamarul Hanif.

Terngiang-ngiang suara rakan sekuliahnya Furqan Ajmain yang diberi tanggungjawab menyampaikan tazkirah maghrib di surau hostel mereka meluahkan tentang kesabaran dan kesedihan terhadap rakan-rakannya yang suka berpasangan serta selalu berdua-duaan seperti belangkas kesana kemari yang dilihatnya tanpa arah tuju walaupun yang sebenarnya mereka semua mempunyai tujuan yang sama iaitu membina mahligai bahagia di syurga dunia masing-masing. Tapi peduli tahi apa Furqan Ajmain dengan tujuan mahligai apa kejadah mereka semua itu, yang dia faham, semua couple itu adalah haram.

Tambah Furqan Ajmain dalam tazkirahnya lagi, lebih baik menyentuh sambil berpeluk dengan khinzir daripada berselisihan kulit yang bukan mahramnya. Mendengus panjang Zamarul apabila mengenang kembali peristiwa dia menyambut baki lebihan wang daripada Makcik Tipah di kafeteria tempoh hari.

“Eh engko ni, lain kali rapat sikit tangan engko nak ambik duit. Tengok, dah berterabur duit syiling dalam lauk ni haaa.”, ujar Makcik Tipah kepada Zamarul yang tiba-tiba menarik tangannnya sendiri akibat tersentuh belakang tapak tangan Makcik Tipah. Ini semua terjadi selepas tazkirah yang diberikan Furqan Ajmain selepas maghrib pada hari itu.

“Tak boleh jadi, kali ni aku kena terus terang dengan si Bad ni jugak. Orang macam dia aku kena mulakan dulu, sebab dia pon dengar apa kata si Furqan tu,” monolog Zamarul sendirian. Ya, kali ini Zamarul tekad. Zamarul bangun dari kerusi belajarnya.

Sekarang Zamarul berdiri tegak dengan tangannya disisi yang menggenggam. Matanya masih tajam tertumpu kepada Badaruddin yang masih lagi tersengih menatap telefon bimbitnya. Posisi Badaruddin sekarang berubah sambil bantal yang empuk dikepit di celah kangkangnya.

Zamarul mengetap mulut dan dengan berhati-hati dia menyusun ayat yang bakal dimuntahkan dari mulutnya. Menang dengan otak, tak mesti dengan pedang, lantunan lenggok suara M.Nasir yang berduet bersama Malique dalam Mantera Beradu berkumandang di dalam otak Zamarul sekarang.

“Hangpa ni saya tengok, takdak dah segan silu sesama laki pompuan. Ingat, jauhi zina. Hgpa tau zina tu stat dari mana? Ni dari benda-benda lagha couple menatang ni semua ni lah, “ ceramah Ustaz Hadi pula datang menyinggah di sawang pemikiran Zamarul selepas M.Nasir dan Malique berundur tadi. Makin berkobar terasa di jiwa Zamarul sekarang, lantas Zamarul Hanif mula bicara,

“Main apa? “

“Main bowling”, pendek balas Badaruddin.

“Tak pernah lagi main dengan awek, segan. Aku pon tak pandai main sangat”

“Haa, jom Zam. Lusa kita gi main. Awek aku ajak. Aku pon segan main berdua, kalah nanti, malu aku.” tersengih Badaruddin menjawab jawapan Zamarul.

“Ok, nanti aku ajak awek aku sekali. Plan dengan awek aku nak tengok wayang je. Tapi boleh la main bowling sekali, beres! “

Zamarul mengangkat ibu jarinya lalu menukar seluar pendeknya tadi dengan tuala. Zamarul ke tandas untuk melangsaikan hajatnya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 04, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Mental LautWhere stories live. Discover now