Bab 7

2.9K 39 0
                                    

Sabar di Puncak Jiwa.

Mimpi aneh saya empunya,

Naga ganas hilang apinya.

KELUAR dari kamar Chairil dengan seribu rasa. Sebal dan mual. Senyum sinis dan kerlingan tajam Chairil menusuk lagi menghiris kalbu. Batin bersilang jeritan. Malu! Aib! Nyaris tersungkur di lutut Chairil! Aduhai, kenapa aku tak siasat siapa mamat tu sebenarnya?!

"Huda... CR tu nama pendek Tuan Chairil, ya?"

"Aha, kenapa?"

"Saya tak tahu. Tadi saya masuk bilik Tuan Chairil. Effa suruh saya cari fail. Saya tak sangka lelaki yang duduk di atas sofa dalam bilik tu Tuan Chairil."

"Eh, Pia tak kenal lagi ya mana satu bos muda kita?"

"Tahu namanya saja."

"Hah, kadang-kadang orang panggil dia CR. Ada masa kami panggil dia Cougar. Kalau angin dia tak baik, dia amuk satu pejabat macam anak harimau jadinya. Tapi anak harimau yang handsome!"

Terkebil-kebil Sofeatulaishah mendengar gurauan Nisa yang sama-sama menyusun dokumen dengannya sebelum masuk mesyuarat.

"Kenapa Pia pucat sangat ni?"

"Cougar? Gurau ke?"

"Betul! C untuk Chairil, C juga untuk Cougar. Tuan Chairil yang ada masanya jadi anak harimau jadi-jadian!"

Tersangkut-sangkut nafas Sofeatulaishah.

"Sebenarnya hari pertama saya di sini saya dah terserempak dengan dia. Saya tak sangka dia tu anak bos."

"Tak apalah. Staf baru memanglah tak kenal bos-bos atas ni." Huda menenangkan.

"Tapi masalahnya, saya panggil Tuan Chairil masa tu abang jaga parking."

"Hah???" Huda yang sedang menghadap komputer terhenti menaip. Kepala tertoleh memandang Sofeatulaishah dengan kerut.

"Pia panggil dia abang jaga parking? Goshhh!"

"Saya tak sengaja. Saya memang tak tahu. Dia tegur saya masa di parking. Sempat saya minta tolong dia pandu kereta Fiat saya tu naik ke tingkat 20."

"Habis tu?"

"Hah... Apa jadi?"

"Dia tolong. Tak sangka dia bos. Sebab dia pakai selekeh masa tu. Betul-betul macam budak jaga parking."

"Ya Allah! Memanglah Tuan Chairil kalau pergi site pakai sempoi. Tapi sempoi-sempoi pun kekadang cair tengok dia. Dengan jeans koyak dia tu, sama baju T-shirt putih tu pun dah nampak badan ketak-ketak dia."

"Hahaha... Sempat kau scan six-pack dia!"

"Dah dia pakai baju melekat badan. Memang nampaklah!"

"Masa dia tolong tu dia tak sembang apa-apa ke?"

Sofeatulaishah geleng. Muka dia memang putih tidak berdarah. Bibir diketap rapat-rapat. Perut terasa sangat senak.

"Tu yang masa masuk bilik dia tadi, saya ingat abang jaga parking tu saja-saja lepak situ nak mengacau saya."

Kalau ikutkan rasa malu, mahu saja Sofeatulaishah serah notis 24 jam!

"Nak buat macam mana? Tak sengaja. Buat tak reti sudahlah," pujuk Nisa sambil mengerling jam di dinding. Sempat solat zohor sebelum menghadap bos mudanya itu.

"Tak apalah. Kita saja yang tahu. Alah, hari raya nanti minta maaf!" sampuk Huda dengan gelak kecil.

Huh! Minta maaf hari raya? Entah-entah tak panjang hayat aku di Menara Rumah Manis ni! Tak sempat merasa puasa kut di sini!

Izinkan Aku Jadi SayapmuWhere stories live. Discover now