Episode 4 "Kenapalah kau wujud?"

39.5K 1.7K 177
                                    

"Farah." panggil Aiman.

"Ye?" jawab Farah.

Aiman mengusap belakang tengkuknya kekok. Farah setia menanti ayat Aiman seterusnya.

"Kalau Aiman ajak Farah kahwin, Farah nak?" soal Aiman serius.

"Huh?" mata Farah terbeliak.

"Aiman tengah propose Farah ni." terang Aiman.

"Isteri Aiman?" soal Farah lagi.

"Dia kena terimanya juga. Kalau dia tak sanggup bermadu, Aiman akan ceraikan dia." jelas Aiman tanpa ragu-ragu.

"Farah tak tahu." balas Farah.

Apabila mendengar jawapan dari Farah, lelaki itu menjadi sedikit kecewa. Dia memandang mata Fara sedalam-dalamnya.

"Takper Aiman akan tunggu Farah. Aiman janji juga yang Aiman sentiasa ade di sisi Farah. Satu je lagi Farah kena ingat yang Aiman sentiasa cintakan Farah sepenuh hati Aiman." luah Aiman memandang mata Farah.

Farah mengalirkan air matanya, terharu dengan kata-kata yang keluar dari lelaki yang dicintainya.

'Sekarang aku kena uruskan perempuan yang menghalang cinta aku dengan Farah' tekad Aiman dalam hati.

•••••

Pada pagi itu, Aiman berjalan menuju ke bilik Hafiya. Niat di hati sengaja mahu menyakiti hati isterinya itu. Pintu dibuka kasar.

"Woi perempuan! Bangun ah! Dah subuh ni. Kau kan solehah pergi solat subuh. Waktu dah nak habis ni." ujar Aiman sinis.

Hafiya mencelikkan matanya sambil berkerut kerana cahaya menyilaukan pandangannya.

"Ergh.. thanks Aiman kejutkan saya." ujar Hafiya lemah.

Hafiya memegang kepalanya yang pening. Dia duduk sebentar. Aiman tersenyum sinis mendengar kata-kata Hafiya.

"Woi pompuan, aku kejut sebab aku nak kau buat sarapan untuk aku jer! Kalau tak, takdernye aku nak hadap muka bodoh kau ni." balas Aiman sebelum dia berlalu pergi.

Hafiya memicit-micit kepalanya yang semakin berat. Perkara yang Aiman cakap padanya lagi menambah pening di kepala otaknya.

Hafiya terus menuju ke bilik air ingin mengambil wudhu'.

Seusai dia menunaikan kewajipannya kepada Allah. Hafiya duduk termenung seketika lalu menadah tangan.

"Ya Allah, kau kuatkanlah hati hambamu ini untuk menempuh dugaan yang engkau beri. Aku memohon kepadaMu, lembutkanlah hati suamiku untuk menerima aku sebagai isterinya ya Allah." doa Hafiya menahan sebak.

•••••

Hafiya turun ke bawah terus menuju ke arah dapur. Mukanya pucat tak bermaya. Kelibat Aiman mula kelihatan di meja makan.

Hafiya masih sibuk memasak untuk sarapan Aiman. Aiman memandang tajam dari jauh. Masam sahaja mukanya.

"Cepat sikit! Aku dah lambat pergi kerja la bodoh!" Marah Aiman sengaja menakut-nakutkan Hafiya.

"Jap..jap dah siap ni." balas Hafiya sambil membawa nasi goreng bersamanya.

Pinggan dan cawan telah disediakan. Hafiya menuangkan air kopi yang dibancuhnya tadi.

Walaupun dia tidak sihat tetapi hatinya rasa gembira. Sebab? Aiman mula bergantung dengannya.

Aiman hanya memerhati tingkah laku Hafiya. Dia mencapai sudu untuk merasa. Hafiya berdiri di sisi Aiman. Tiba-tiba Aiman berkerut.

"Puih!!" ludah Aiman di depan Hafiya.

Hafiya tergamam.

Aiman menghempas sudunya. Mukanya lansung tiada secalit senyuman tetapi kali ini lebih menakutkan. Dia bangun dari tempat duduknya.

"Kau! Nak bagi aku mati ke apa?!" tengking Aiman.

"Ke.. kenapa?" soal Hafiya takut.

Aiman ketawa seperti orang gila lalu dia mengambil sesudu nasi goreng dan menyumbat ke mulut Hafiya kasar.

"Kau rasa pompuan! Masin tau tak masin!!" tengking Aiman lagi.

Hafiya menunduk. Perasaan bersalah mula menguasai diri. Kepalanya yang pening membuatkan dia tidak perasan yang dia terlebih masukkan garam.

"Kenapa kau senyap?! Bisu dah?! Jawablah pompuan!"

Aiman menunjal dahi Hafiya berkali-kali. Aiman mula geram dengan Hafiya yang senyap dari tadi terus menterbalikkan meja makan tersebut.
Mata Hafiya berkaca menahan tangis. 'Ya Allah, kau berikanlah aku kekuatan.' bisik hati Hafiya.

Dalam tidak sedar serpihan kaca terkena pada kaki Hafiya.

"Maafkan saya.. s..saya tak berapa sihat.. saya betul-betul tak perasan." kata Hafiya gagap.

"MAAF, TAK PERASAN, MAAF, TAK PERASAN! ITU JE KE ALASAN TERBAIK KAU? DULU KECIK-KECIK TAKNAK MAMPUS! SEKARANG MENYUSAHKAN TENGKU, MENYUSAHKAN AKU PULAK! HEY PEREMPUAN! KENAPALAH KAU MESTI WUJUD? KENAPA HAH? KAU TAU TAK KAU PEREMPUAN YANG PALING KOLOT PENAH AKU JUMPA. JIJIK TAU JIJIK!" jerkah Aiman betul-betul di depan muka Hafiya.

Hafiya menarik nafas yang dalam dan cuba tersenyum. Hanya senyuman hambar yang dapat diberi.

"Maaf kalau saya menyusahkan awak." ucap Hafiya perlahan.

Aiman ketap giginya menahan amarahnya.

"Sakit mata aku pandang perempuan jijik macam kau lama-lama! " ujar Aiman kasar sebelum dia meninggalkan Hafiya yang setia berdiri di situ.

Setelah bayang Aiman hilang, Hafiya mencangkung lalu mengutip serpihan kaca yang pecah.

Satu persatu kaca yang dikutip, air mata mula menitis. Dia berhenti seketika untuk mengelap air matanya yang semakin laju menurun lalu menggigit bibirnya kuat supaya tidak mengeluarkan suara.

Kakinya yang luka dibiarkan sahaja olehnya. Sakit di kaki tidak seperit sakit di hatinya. Kata-kata Aiman seperti duri-duri yang tajam menusuk ke hatinya.

Akhirnya Hafiya kalah dengan perasaannya sendiri, dia menangis teresak-esak memegang dadanya.

Bersambung...

[HHC] Hari-Hari CintaWhere stories live. Discover now