Aiman menoleh ke arah Hafiya, meminta penjelasan. Hafiya
menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tidak tahu apa yang patut dia jelaskan."Err.. Err.." tergagap-gagap Hafiya ingin mulakan bicara.
"Akak yang datang sini nak jumpa 'adik ipar' kesayangan akak. Adik ni pula datang, macam mama tak jaga adab. Kurang ajar." celah Hana.
Dia menjegilkan matanya pada Hani. Hani terkulat-kulat di situ. Sengaja Hana tekankan perkataan adik ipar supaya Farah berasa sakit hati sepertimana Hafiya terasa.
Aiman meraup mukanya beberapa kali. Kemudian dia mencengkam lengan Hafiya menjauhi daripada kakaknya tetapi Hana menghalang Aiman berbuat demikian.
"Tu tarik Hafiya kenapa? Nak marah dia? Hello! selagi Hafiya masih isteri Aiman, tolonglah hormat dia sebagai isteri. Kalau tak boleh pun, hormat dia sebagai manusia. Akak takkan naik hantu kalau korang semua tak buat perangai." sembur Hana panjang lebar.
Riak wajah Aiman masam mencuka sahaja ketika itu. Farah dan Hani menundukkan wajahnya. Hafiya pula hanya berdiam diri.
"But kaklong, ingat lagi tak perjanjian tu?" balas Aiman tidak ingin kalah.
Hana tersenyum sinis.
"Memang Aiman boleh buat sesuka hati! Buatlah! Buat sampai Aiman rasa puas! Tapi akak tak jamin kalau satu hari nanti Aiman akan menyesal dengan segala perbuatan yang Aiman buat pada Hafiya!! Seronok kan mempermainkan hati dan perasaan orang? Jatuhkan maruah orang?!! Sampai mama dengan abah salah faham pada Fiya! Padahal korang semua yang buat perangai!!!" tengking Hana sebelum menarik Hafiya mengikut langkahnya.
"Akak.." panggil Aiman perlahan.
Hana memberhentikan langkahnya. Dia menggenggam erat tangan Hafiya.
"Sekarang ni akak betul-betul rasa kecewa gila dengan korang. Lansung kan..tak kisah pasal perasaan orang lain. Jom Fiya."
Boleh dengar getaran suara Hana yang sedang menahan tangis.
Apabila Hana berselisih dengan Farah, dia membisikkan sesuatu."Kau fikir kau sakit, aku kena jaga hati kau? Hey kau dengar sini. Sekali aku buka mulut. Jangan harap kau boleh jumpa Aiman. Tapi kan kenapa kau tak mampus je. Takderlah kacau rumah tangga orang." bisik Hana kemudian berlalu.
Farah terkedu apabila mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Hana. Hatinya betul-betul terasa sentap dengan kata-kata Hana sebentar tadi. Perlahan-lahan air matanya mengalir.
Setelah bayang Hana dan Hafiya hilang dari pandangan, Hani terus mendapatkan Farah.
"Kak Farah okey ke? Kaklong kata apa dekat kak Farah? Jangan ambil hati. Kaklong kalau marah, dia memang macam tu." pujuk Hani sambil menarik Farah duduk di atas sofa dengannya.
Aiman mencengkam rambutnya. Serius otaknya betul-betul tengah serabut. Banyak pula masalah sejak kebelakangan ini.
••••••
"Kak Hana nak bawa Fiya ke mana ni?" soal Hafiya.
Hana hanya mendiamkan diri. Mungkin terlalu fokus semasa memandu. Fikir positif, Fiya.
Setelah sampai di sebuah kafe, Hana mengajak Hafiya minum di situ. Hafiya hanya mengiyakan sahaja.
Mereka mengambil tempat di luar kafe yang agak tersorok daripada pelanggan lain.
Hana merenung wajah Hafiya. Hafiya hanya tersengih.
"Fiya ada salah dengan kak Hana ke? Sorry.." ucap Hafiya perlahan.
Hana melepaskan keluhan.
"Haish, macam mana la Fiya boleh senyum lagi ni. Fiya tak marah ke dengan segala benda yang terjadi dalam hidup Fiya. Akak tahu Fiya sedih." ujar Hana.
Hafiya kaku. Tidak tahu apa yang perlu dibalasnya. Kemudian perlahan-lahan kepalanya menggeleng.
"Kalau ini ujian daripadaNya Fiya redha." jawab Hafiya tenang.
"Akak nak minta maaf bagi pihak mama dengan abah." ucap Hana sayu.
Hana mencapai tangan Hafiya lalu digenggamnya. Matanya memandang tepat ke dalam mata Hafiya."Fiya.. andai keadaan semua ni tak memihak kepada Fiya.. Akak dengan abang Khairul akan sentiasa menyokong Fiya."
Hafiya mula berair. Terharu apabila ada seorang insan sudi menghulur harapan terhadapnya di saat dia putus harapan.
"Thanks kak Hana." ucap Hafiya menahan air matanya.
Hana mengukir senyum. Dia tahu Hafiya ingin menangis tetapi ditahannya. Mesti pedih kan, Fiya?
"Nangislah Fiya." kata Hana.
Hafiya tersenyum ke arah Hana. Kakak iparnya itu membuat muka pelik.
"Tak ada guna pun kalau Fiya menangis. Fiya yakin Fiya cukup kuat nak hadapi ujian ni. Sebab Fiya ada anak Fiya." ujar Hafiya gembira.
Hana ketawa kecil.
"Betul tu. Tak sabar akak nak tengok anak Fiya. Mesti cantik macam ummi dia." puji Hana.
"Ada-ada je la kak Hana ni." kata Hafiya malu-malu.
Tiba-tiba Hana baru teringat sesuatu yang dia ingin beritahu Hafiya.
"Ah Fiya! Malam ni ada majlis anniversary abah dengan mama. Papa dengan mama Hafiya pun ada sekali. Alang-alang tu jom kita shopping beli baju untuk malam ni." ajak Hana teruja.
Hafiya tersenyun kelat. Dalam fikirannya sudah terlintas kalau ada Aiman mesti akan ada Farah. Nak lari mana lagi. Herm.
"Takperlah kak Hana. Fiya fikir taknak pergi kot. Fiya penatlah." tolak Hafiya lembut supaya tidak membuat kakak iparnya berkecil hati.
Hana menarik muncung. Ini mesti kes tentang papa dan mama.
"Alaa, tak best la kalau takder Fiya." kata Hana cuba memujuk Hafiya.
"Kalau takde Fiya, lagi la meriah majlis tu. Apa la sangat Fiya dalam keluarga Tengku ni." kata Hafiya berjauh hati.
Hana menghirup teh yang sudah sejuk itu.
"Apa Fiya cakap ni. Fiya keluarga Tengku juga okey." bela Hana.
Hafiya tersenyum kelat saat Hana berkata dia sebahagian daripada keluarga tengku.
"Serius Fiya tak boleh datang. Mama dengan abah mungkin tak selesa dengan kehadiran Fiya. Bukan diorang je, Aiman, Hani, Farah mungkin termasuk sekali." kata Hafiya.
"Janganlah macam ni. Akak tahu mama dengan abah jadi macam tu sebab apa. Ini semua budak bertiga tu punya pasal." balas Hana cuba mengambil hati Hafiya.
Hafiya melepaskan keluhan.
"Kak Hana janganlah marah Aiman sangat. Masalah semua ni punca daripada keluarga angkat Fiya juga. Kalau Fiya tahu tujuan sebenar perkahwinan ni, Fiya takkan setuju dengan perkahwinan ni. Dan Aiman takkan jadi macam ni. Dia akan cari Farah dan hidup bahagia dengan Farah. Hani pula, dia cuma protect abang dia. Fiya faham." luah Hafiya.
Hana menongkat dagunya dengan kedua belah tangan dia.
"Tapi, akak tetap tak boleh terima. Sampai hati diorang fitnah Fiya untuk kepentingan diri diorang. Buat cerita dekat mama dengan abah yang Fiya tu mengandung anak luar nikah. Akak takkan bengang dekat diorang tanpa sebab. Diorang semua memang dah melampau." balas Hana tegas.
Air mata Hafiya jatuh setitik demi setitik apabila teringat kembali kejadian pagi tadi. Dia diserang oleh keluarga mertuanya. Hafiya menundukkan wajahnya lalu mengusap perut dia perlahan.
'Maafkan ummi ye sayang. Ummi tak dapat nak lindungi anak ummi. Ummi bukan ummi yang baik kan?'
Bersambung....
YOU ARE READING
[HHC] Hari-Hari Cinta
RomanceKalau dah namanya isteri, Dia sentiasa mahu jadi yang pertama. Tetapi disebabkan dia berkahwin dengan sang suami atas permintaan keluarga, Dia diduakan. Bagaimanakah pengakhirannya? ******* "Awak tahu tak dalam dunia ni ada banyak perkara yang...