Episode 37 - "Who are you,Haikal?"

36.5K 1.2K 79
                                    

"Cry as much as you want." ucap Hafiya seperti cuba memujuk Aiman.

Selepas beberapa minit dalam keadaan begitu, Aiman melepaskan pelukan.

"Teri..."

Tak sempat Aiman ucap sesuatu kepada isterinya, bayang Hafiya terus lesap dari pandangan dia.

Hafiya berlari ke belakang rumah. Mukanya betul-betul panas pada masa itu. Dia memegang kedua belah pipinya. Jangan buat hal wahai cik hati. Kata Hafiya mengingatkan dirinya.

Kemudian dia kembali ke dapur untuk menolong apa yang patut.

"Haaa Fiya, tolong Qayum tu sekejap. Angkat makanan ni ke depan. Fiya kuat tak?" arah Tengku Alisa a.k.a emak kepada Qayum.

"Of course la Fiya kuat." balas Hafiya senang hati.

Tengku Alisa sekadar menggelengkan kepalanya sahaja melihat telatah Hafiya.

Seusai Hafiya meletakkan makanan di atas meja, dia tiba-tiba terdengar ada orang memanggilnya. Dia melihat gerangan di sebelahnya.

"Fiya."

"Ha.. Haikal?!" balas Hafiya terkejut.

Haikal hanya memberi senyuman hambar kepadanya.

"Terkejut sangat tu." ujar Haikal perlahan.

"Yelah. Tak sangka awak ada. Siapa yang bagitahu?" soal Hafiya.

Haikal senyap.

Hafiya perasan dengan perubahan muka Haikal. Nampak sedih sangat. Sedih dengan kematian nenda ke? Tapi siapa dia ni?

"Awak nampak sedih." tutur Hafiya lembut.

Haikal meraup rambutnya ke belakang. Kemudian dia cuba mengukir senyuman manis kepada Hafiya tapi itu tak cukup untuk menipu perempuan di hadapannya.

"Haikal, kita kawan kan?" Pujuk Hafiya.

Makin sedih hati Haikal mendengar soalan dari Hafiya.

"It's nothing."

"Just tell me. I will be a good listener to you." balas Hafiya pula.

Haikal mengeluh.

"Nenda masih tak kenal aku sampai akhir hayat dia.." luah Haikal.

Kening Hafiya bertaut.

"Maksudnya?"

"Haziq!!" Panggil Tengku Alisa tiba-tiba.

Apabila Tengku Alisa datang mendekati, Haikal pura-pura mengukir senyuman manis ke arah perempuan dalam likungan 40-an itu.

"Are you okay?" soal Tengku Alisa lalu menyentuh bahu anak terunanya itu.

Hafiya yang berada di situ masih tertanya-tanya dengan semua benda ini.

"I'm okay la ma." jawab Haikal tersenyum ke arah mamanya.

Ehhh!!? Muka Hafiya berubah menjadi terkejut. Tengku Alisa bukan emak kepada Qayum ke?

"I hope so." kata Tengku Alisa sebelum berlalu pergi.

Haikal terus melepaskan keluhan yang berat. Hafiya memerhati wajah Haikal dengan penuh simpati.

"Selalu ke awak tipu perasaan sendiri?" tanya Hafiya ingin tahu.

"I'm not lying." ujar Haikal.

"Yes, you're." kata Hafiya tak mahu mengalah.

"I'm sorry tapi aku takde mood nak cerita semua ni." balas Haikal lemah.

[HHC] Hari-Hari CintaWhere stories live. Discover now